1 Okt 2012

24. Nasi Goreng Ikan Masin

Hari ini Isnin 1 Sep 2012, nasi semalam ada sepinggan penuh, nak buang sayang jadi ambo nak buat nasi gorenglah pulok! Ikan tenggiri masin memang lama beli dok tergantung je kat tingkap.

Bahan:

1 keping ikan masin tenggiri
1 sdm ikan bilis halus
1 sdm campuran kisaran bawang besar, bawang putih, halia & serai
4 biji lada kecil dihiris memanjang
1 biji telur ayam
4 cawan nasi semalam yang masih elok
2 sdm minyak masak

Cara:

1. Panas 2 sdm minyak masak, goreng ikan masin garing dan hancurkan.
2. Masukkan ikan bilis lak, pastu bahan kisaran.
3. Dah naik bau, masuk lada masak hingga layu.
4. Ketepikan goreng telur di tengah kuali dan hancurkan seketika.
5. Masuk nasi dan goreng cam biasa. Siap!!! Nah hias ke tak hias ke, ikut hangpalah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan