Minuman yang popular ketika di bulan Ramadhan. Puasa lepas tidak berkesempatan untuk membuatnya, jadi buatlah pada hari biasa kerana bahan-bahannya pun telah pun ada. Saya menggunakan resepi dari my resipi.. dan membuat sedikit penambahan dengan merujuk resepi lain...
Bahan:
Air ~ secukupnya
Gula pasir ~ Secukup rasa
15 biji badam~ tanpa kulit
1 tin susu cair
1 helai daun pandan
100 g katirah
Sedikit pewarna hijau
Bahan isian tambahan jika suka:
Segenggam kembang semangkuk ~ direndam berasingan
1 sudu besar biji selasih ~ direndam berasingan
Hirisan buah kurma
Cincau ~ dipotong
Kacang tanah goreng ~ dibuang kulit
Cendol
Ketulan ais secukupnya
Cara:
1. Rendam dahulu katirah hingga kembang semalaman.Tapis dan bersihkan.
2. Masak air, gula dan daun pandan sehingga gula larut.
3. Kisar badam bersama sedikit air hingga halus dan tapiskan ke dalam air gula tadi dan masak lagi hingga mendidih, kacau sentiasa. Matikan api dan biar sejuk.
4. Setelah air sejuk, masukkan susu cair dan katirah dan gaul rata. Titikkan pewarna hijau dan pewarna lain jika suka dan tambahkan bahan2 isian lain secukupnya. Sejukkan didalam peti sejuk.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan