16 Okt 2012

60. Kuih Kasui aka Lompang

Saya nak kongsikan resepi Kuih Kasui aka Lompang!!! Macam macam jenis kasui ada selain kasui biasa. Saya sorang bje yg suka kuih ni dalam keluarga. Ini memang resepi saya sendiri setelah mencuba beberapa kali. dan kuih ni memang dekat dihati saya dan dah biasa sangat membuatnya. Resepinya mungkin tak jauh berbeza tapi bila dibuat oleh tangan yang lain akan lainlah hasil kejadiannya!

Kuih Kasui ini, memang lembut tak pejal dan yang sedang sedang aje! Yang penting saya memang suka kuih yang macam ni, tak terlalu pejal dan tak pula terlalu lembik jadi taklah melekat pada tangan bila kita makan. Sesetengah kuih kaswi bila kita pegang dia akan melekat, tapi resipi ini tidaklah begitu dan rasanya pula memang sedap pada tekak. Tak tahulah pada orang lain kan. Kalau nak tahu kebenarannya kenalah mencuba ya.

Bahan:
1000ml air 150g gula pasir 150g gula merah Cop Bintang 200g tepung gandum Cop Kunci 100g tepung ubi 100g tepung beras Cop Teratai 1sdt air kapor
Cara:
1. Campurkan air, gula pasir, gula merah dan panaskan sehingga larut, sejukan.
2. Campurkan tepung, sebatikan dan tapis ke dalam kuali masuk air kapor, panaskan menggunakan api yg kecil sahaja. Apabila keluar wap, padam api dan tuang ke dalam bekas 4 segi bujur (9"x6"), kukus selama 40 minit (lap tudung kukus setiap 5 minit). Jika mengunakan acuan kuih lompang dalam 10-12 minit.
3. Sejukkan kuih baru dikeluarkan dari acuan. Boleh dihidang dengan kelapa parut bercampur sedikit garam yang telah dikukus seketika supaya kelapa parut tahan lama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan