Untuk penyediaan Nasi ni, senang je! Tapi yg penting, kena sediakan sediakan lauk dahulu. Kerana lauk baru nasi boleh masak nanti.
Ok, dah bersedia ke nak belajar cara-cara penyediaan nasi beriani jadi jadian nih??
Jom kita masuk dapur dulu..
Sumber Asal: SINI
Bahan Lauk:1/2 kg daging batang pinang ~ potong anggaran 6x6x5 cm
2 biji kentang ~ belah dua
4 biji telur rebus keras
1/4 cwn minyak sapi
1/2 sdt buah pelaga
1/2 in kulit kayu manis
2 kuntuk bunga lawang
1/2 sdt jintan manis
1 biji bawang besar Holland ~ hiris
2 ulas bawang putih ~ kisar
5 ulas bawang merah ~ kisar
1/2 in halia ~ kisar
3 sdm pes rempah beriyani
1/2 genggam gajus
1/2 genggam kismis
Air secukupnya
1/2 cwn yoghurt ~ jika tiada perahkan 1 biji limau nipis ke dalam 1/2 gelas susu dan biarkan 15 minit
Garam dan gula secukup rasa
1 sdm tomato puri
1/2 keping gula kabung
1/2 kiub daging
Cara:
1. Pijarkan minyak sapi dalam kuali
2. Tumiskan bawang besar hiris, bahan kisar dan semua rempah campak (kulit kayu manis etc) hingga naik bau
3. Masukkan pes beriyani dan biar terbit minyak
4. Rempah Beriani jika serbuk campurkan dengan sedikit air untuk jadikan pes
5. Masukkan daging , kentang, kiub daging dan air ~ 1 inci atas paras daging dan kentang. Biarkan ia merenih
6. Bila daging dah empuk, masukkan tomato puri dan yoghurt
7. Biarkan ia merenih sebentar, kemudian maukkan garam, dan gula secukup rasa. Kecilkan api , tambahkan kismis, gajus dan telur rebus
Masak hingga daging mesra.
Bahan Nasi:
2 cwn beras basmathi
1/2 cwn minyak sapi
1/2 sdt buah pelaga
1/2 in kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
1/2 sudu teh jintan manis
1/4 sdt pewarna kuning telur
2 ulas bawang putih ~ hiris halus
5 ulas bawang merah ~ hiris halus
1/2 in halia ~ hiris halus
1.5 sdm pes rempah beriyani
1/2 genggam gajus
1/2 genggam kismis
2 cwn air
garam secukup rasa
Cara:
1. Beras di rendam , cuci bersih dan toskan
2. Panaskan minyak sapi dalam kuali, tumiskan bahan hiris beserta buah pelaga, kayu manis, bunga lawang dan jintan manis sampai berbau harum
3. Masukkan rempah beriyani dan biar sehingga naik bau
4. Seterusnya masukkan beras dan kacau rata
5. Masukkan air sehingga menutup paras beras dan kacau rata. Kecilkan api,
masak beras sehingga 3/4 masak
Kuiz:
Bagaimana perkataan Gum itu terhasil?
Untuk mengetahui caranya mari kita sama-sama belajar cara untuk menghasilkan beriani Gum ini
Sebelum tu saya nak bagi tau dulu, kuah beriani yang kita masak tadi kalau boleh biar dia cair sikit atau kuahnya banyak sedikit sebab kita akan tanak nasi bersama lauk beriani kita ni nanti.
Gunakan api yang perlahan sahaja.
Sediakan:Pengukus
Kain napkin ~ untuk mengalas kukusan
Kain koton yang panjang untuk ukurlilit periuk kukus
Kanji ~ 1 sudu tepung ubi di masak bersama sedikit air
Kafiat Kukus:
1. Masukkan lauk beriani ke dalam periuk kukus ~ bahagian bawah kukus yang biasanya kita letakkan air
2. Alaskan pengukus ( tingkat 2) dengan kain koton, buat 3 layers
Masukkan nasi yang separuh masak tadi, gajus, kismis dan pewarna
3. Tutupkan pengukus
4. Letak periuk mengukus atas periuk kukusan yang berisi lauk
5. Celupkan kain kapas dengan kanji, lilitkan kain tersebut pada bahagian di antara periuk lauk beriani dengan pengukus yang diletakkan nasi tadi.
6. Pastikan iktannya agak kejap supaya wapnya tidak keluar.
7. Gunakan api yang perlahan, masak sehingga lebih kurang 1 jam
8. Buka lilitan dan buka tutup pengukus
9. Dengan menggunakan garpu, gemburkan nasi yang sepatutnya sudah masak .
10. Kalau nasi masih belum masak, ulangi proses kukusan.
* Pastikan kuah beriani tu banyak ~ bila lama di masak ia akan pekat
* Gunakan api perlahan supaya kuah tidak hangus
Kafiat Makan:
Setelah kita belajar cara-cara penyediaan nasi Beriani, sekarang kita kena tau pula bagaimana cara untuk menghidangkan nasi beriani ni pula.
aaa... ia ada caranya yang tersendiri dan semestinya tidak sama seperti nasi minyak.
Jom kita belajar..
Untuk Seorang:
Sendukkan separuh nasi ke dalam pinggan
Kemudian letakkan seketul daging beriani dan kuahnya di tengah-tengah nasi
kambuskan daging tadi dengan separuh lagi nasi
taburkan bawang goreng atau daun saderi di atasnya
Kuah beriani di hidangkan berasingan dalam bekas kecil
Atau boleh juga di nikmati bersama kuah dal dan acar
Hidangan Ramai:
Sendukkan 4 senduk nasi ke dalam pinggan hidang yang besar, ratakan
Letakkan 4 ketul daging, 4 ketul kentang dan 4 biji telur di atas nasi tersebut
Sendukkan 4 senduk nasi lagi untuk menutup lauk tersebut
Taburkan bawang goreng, daun saderi, daun bawang dan hati ayam yang telah digoreng garing dan dicincang.
Kuah beriyani tadi di hidangkan berasingan
Selain itu acar buah juga boleh dijadikan hidangan sampingan
Pencuk Nanas:
Bahan:1 biji timun ~ potong kecil
1/2 biji nenas masak ~ dikupas dan dipotong kecil
1 biji bawang besar ~ di hiris halus
1 btg cili merah ~ dihiris
1 btg cili hijau ~ dihiris
1 sdm cuka makan
Garam dan gula secukup rasa
Cara:
Satukan semua bahan ke dalam bekas
gaul rata dan sesuaikan rasanya
Sedia dihidangkan
Lauk Tambahan (kalau suka le!)
Ayam Masak Merah lada Hitam
Bahan:1/2 ekor ayam ~ dipotong dan cuci bersih
1/2 sdt buah pelaga
1/2 in kulit kayu manis
2 biji bunga cengkih
2 kuntuk bunga lawang
1/2 sdt jintan manis
1/2 btg serai ~ dititik
1/2 cwn lada kering ~ dipotong dan rendam hingga lembut kemudian di kisar
5 ulas bawang merah ~ dikisar
2 ulas bawang putih ~ di kisar
1 sudu teh lada hitam ~ dikisar
1/2 inc halia ~ dikisar
1/2 btg serai ~ dikisar
1/2 sdm tomato puri
1 biji tomato ~ di potong baji
1/2 keping gula Melaka
1/2 kiub ayam
garam dan gula secukup rasa
1 pokok daun ketumbar ~ dihiris
Air secukupnya
Cara:
1. Ayam di lumurkan dengan kunyit dan garam
2. Kemudian goreng ayam separuh garing
3. Toskan ayam setelah di angkat
4. Keluarkan minyak dan tinggalkan 1/2 senduk
5. Tumiskan buah pelaga, kulit kayu manis, cengkih, bunga lawang, jintan manis dan serai titik hingga naik bau
6. Kemudian masukan bahan kisar dan masak hingga garing dan terbit minyak
7. Masak lama sikit supaya cili kering benar-benar garing
8. Tambahkan air jika terlalu kering
9. Kemudian masukkan, kiub ayam, tomato puri dan tomato buah, renihkan,
masukkan gula Melaka dan ayam
10. Biar ayam mesra bersama kuah, masukan garam dan gula secukup rasa
Perlahankan api dan biarkan kuah sedikit pekat
Taburkan daun ketumbar
Gaul mesra
Sedia dihidangkan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan