7 Okt 2012

53. Apam Polka Dot Dot


Petang ni kita makan apam dulu. siap ada dot dot lagi. Re3sepi asal di SINI
Bahan:
3 biji telur - dari peti sejuk
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus(boleh kurangkan sikit sebab ni manis sikit)
150gm susu segar
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovallete
Filling secukupnya (saya guna filling blueberi)
Pewarna ikut suka

Cara:
1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
5. Picitkan blueberry filling secukupnya.
6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit. Guna api sederhana. Jangan gunakan api besar semasa mengukus untuk mengelakkan apam ni jadi merekah/mekar. Balut tudung periuk dengan kain bersih untuk mengelakkan air wap kukusan menitis jatuh ke atas apam dan menyebabkan apam tidak cantik. Saya menggunakan warna pudar untuk apam ni, kalau nak lagi cantik boleh guna banyak warna dan warna yang lebih terang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan