Saya dah lama tak makan laksa ni. Selalu tu makan kat Laksa Shack JJ & K4 WM, lepas duax tu tutup makan angin jele! Tah camne, arini teringat lak nak makan laksa, tapi kene buat sendiri. Akhirnya tercapai gak hasrat di hati. Jom layan resepinya. Sedaaaappp!
Pes:
8 biji bawang merah*
4 ulas bawang putih*
10-12 tangkai cili kering*
1 in lengkuas*
1 sdk ketumbar
1 sdk jintan manis
1 sdk jintan putih
3 biji buah keras*
2-3 batang serai*
1 in belacan bakar*
1/4 cwn kacang tanah (digoreng)
1/4 cwn bijan (digoreng tanpa minyak)
sedikit garam
minyak utk menumis
Cara:
Kisar lumat bahan-bahan yang bertanda *.
Bahan-bahan seperti jintan manis/putih, ketumbar, kacang tanah dan bijan dikisar halus terlebih dahulu sebelum disatukan dengan bahan-bahan bertanda *.
Panaskan minyak, tumis bahan-bahan tadi sehingga keperangan. Tambah garam dan sedikit gula, kacau rata-rata.
Simpan di dalam bekas yang bertutup dan masukkan ke dalam peti sejuk sekiranya ingin menyimpan lama.
Resepi Laksa Sarawak
Bahan:
200 g pes laksa Serawak (nak senang guna pes laksa Hj Manan)
Isi ayam secukupnya (direbus dan dicarik halus)
1/2 kg udang basah
1 bks mihun (direndam dan dicelur)
4 biji telur (didadarkan dan dihiris halus)
2 btg serai (diketuk)
200-250 ml santan pekat
Garam dan gula secukup rasa
Taugeh (dicelur)
Daun ketumbar (diracik)
Limau kasturi secukupnya (dibelah dua)
Cara:
1. Sediakan 2 liter air dalam periuk. Jerangkan. Kemudian masukkan udang yang sudah dibersihkan bersama serai. Rebus hingga udang masak. Kemudian toskan udang.
2. Air rebusan tadi jangan dibuang. Sebaliknya masukkan pes laksa dan kacau menggunakan api perlahan.
3. Masukkan santan dan perasakan dengan garam dan sedikit gula.
4. Masukkan mihun ke dalam mangkuk, letakkan bahan-bahan seperti taugeh, telur, daun ketumbar, isi ayam dan telur. Tuangkan kuahnya dan perahkan dengan limau kasturi.
5. Hidangkan panas-panas. Untuk menyedapkan lagi rasanya, masukkan sedikit sambal udang kering.
Resepi Sambal Udang Kering
Bahan:
6 biji bawang merah (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
sedikit belacan bakar (dikisar)
segenggam udang kering (dikisar/ditumbuk halus)
4-5 sdm cili boh
sedikit air asam jawa
garam dan gula
Cara:
Tumiskan bahan-bahan kisar dan cili kisar tadi hingga pecah minyak. Perasakan dengan garam dan gula dan masukkan air asam jawa. Kacau hingga pekat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan