2 Okt 2012

27. Kuih Gendang Kasturi

Dulu dulu lah, (bukan zaman dahulu kala yerrr....) saya suka makan je tak pernah buat kuih rengas atau kuih kacang hijau atau kuih kasturi. Nak beli sekarang ni cam tak memenuhi citarasa lah pulak!
Baru kali ni teringat nak buat sendiri, kalau ada lebih nak try frozenkan..
nanti bila nak makan..just defrostkan dan gorengkan sekali lagi untuk mengaringkan kueh tu...


Lain kali kalau buat bubur kacang jika ada lebih just campurkan dengan kelapa parut muda dan tepung gandum..
pastu buatkan doh menjadi bulat dan leperkan..
tapi agak susah sikit nak sukat sebab ni main agak2 jer...
almaklumlah lebihan bubur kacang
Bahan:
1 cwn kacang hijau (sangai dulu dlm 10 minit pastu rendam 1/2 jam)
air secukupnya untuk merebuskan
1/2 cwn gula pasir (ikut suka manisnya)
3 sdm kelapa parut muda (putih sajaha)
3 sdm tepung gandum

Cara:

1. Rebus kacang hijau pecah/lembut dan kering airnya. (nak senang kukus je lagi cepat)
2. Masuk kelapa, gula dan tepung gandum, sebatikan.
3. Ambil adunan sedikit dan bentukkan saperti bebola. Leperkan.


Batter: 
1 cwn tepung beras
1 sdm tepung jagung
1 sdt kunyit serbuk
1/2 sdt air kapur
air secukupnya
sedikit garam
minyak utk menggoreng

Cara:
1. Bancuh batter untuk celupkan adunan kacang.
2. Panaskan minyak dan gorengkan kacang yg telah dicelupkan dgn batter sehingga kuning keemasan.
3. Sejukkan dan hidangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan