Hari ni ringkas je resepi iaitu Mee Rebus 1Malaysia. Saya pun tak tau sebab apa nama 1Malaysia, mungkin mee ni kegemaran Najib kot? Ntahlah, apa apa pun jom kita layanz dulu
Bahan:2 bungkus mee kuning
150 g taugeh
2 keping tauhu, goreng & hiris nipis
2 biji cili hijau, hiris
1 biji cili merah, hiris
1 batang daun sup, hiris
1 batang daun bawang, hiris
5 biji telur rebus belah 4
6 biji limau kasturi, belah 2 buang biji.
Bawang goreng secukupnya
Kuah:
1/4 cawan minyak masak
2 sdm rempah kari daging BABA'S
2 1/2 camca besar taucu tumbuk lumat
500 g daging lembu (sedap yang ada lemak sikit)
6 cawan air
500 g keledek
1 cm lengkuas, kisar halus
1/3 cawan kacang tanah (beli yg dah siap je)
1 biji tomato, belah 4
2 sudu besar udang kering*
7 biji bawang merah kecil*
3 ulas bawang putih*
1 cm halia*(*kisar)
Garam dan gula secukup rasa
Cara Buat Kuah:
1. Daging dihiris nipis dan rebus hingga lembut.
2. Keledek direbus hingga lembut dan kisar halus.
3. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk halus hingga harum, tambah taucu dan kari, kacau rata. Tambah sedikit air jika perlu.
4. Masukkan daging (kalau daging rebus, masukkan sekali air rebusannya), air, keledek dan lengkuas. Masak perlahan selama 20 minit.
5. Tambah kacang tanah kisar dan tomato, perasakan dengan garam dan gula.
6. Masak hingga kuah pekat. (selalunya kuah mee rebus perlu manis sedikit).
Cara Makan: Celur mee & taugeh, letak dalam mangku tuang kuah. Hias dengan telur rebus, cili hijau/merah, tauhu, hirisan daun sup/daun bawang, bawang goreng dan diakhiri dengan perahan jus limau kasturi. Hidang panas panas baru sedap!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan