3 Okt 2012

32. Nasi Lemak Kukus Wangsa Maju


Hari ni nak makan nasi lemak kukus tapi nak buat versi Wangsa Maju. Senang je, tapi sedap!!

Bahan:
3 cawan beras
100 ml pati santan
3 helai daun pandan
1 in halia dihiris batang macis
1 sdm halba
1 sdm gula pasir
2 sdt garam

Cara:
1. Basuh beras macam biasa pastu kukus selama 20 minit atau beras separuh masak.
2. Keluarkan beras dari pengukus dan rendam dengan air sekurang-kurangnya 3-4 jam supaya beras memanjang 2 kali ganda.
3. Lepas tu, kukus semula beras yang telah memanjang tadi hingga masak atau lebih kurang 15 minit.
4. Keluarkan nasi yang telah masak dan gaul bersama santan, daun pandan,halia, halba, gula dan garam, biarkan 10 minit supaya santan menyerap dalam beras.
5. Akhir sekali, kukus lagi sekali bersama daun pandan hingga nasi kelihatan berderai, cantik dan santan yang terserap tadi masak.

Tambahan: *Semasa mengukus, lubangkan dengan jari beras tersebut supaya masak serata. Sekiranya hendak makan pada pagi, kukus dan rendam pada waktu malam sebelum. Lebih lama rendam, lebih panjang beras. Nasi lemak kukus ini lebih sedap dari yang ditanak biasa dan tiada kerak.

Sambal Tumis:
1. Panaskan minyak, masuk 1 sdm kisaran bawang merah, bawang putih, halia. Masukkan 1 btg serai yg dititik.
2. Bila naik bau, masuk 5 sdt cili boh dan masak hingga pecah minyak.
3. Tambah 1 sdt pes asam jawa + 1/2 gelas air, biar mendidih.
4. Masuk pula 1 sdm belacan serbuk, sedikit garam dan gula. Siap!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan