2 Okt 2012

29. Roti Goreng Rangup

Mudah disediakan untuk sarapan pagi atau minum petang..sedap dan enak dimakan begitu saja.. :)

Bahan:
8 kpg roti Gardenia
100 g serikaya
100 g tepung gandum Cop Kunci
25 g tepung beras Cop Teratai
225 ml air
50 ml minyak jagung/ 2 sdm marjerin
1/2 sdt garam
Cara:
1. Satukan tepung, air, minyak dan garam.
2. Ambil 2 kpg roti dan sapukan serikaya dan potong ikut citarasa..nak cantik buang kulit tepi dulu.
3. Panaskan minyak di dalam kuali utk menggoreng.
4. Celup roti dalam adunan tepung dan goreng macam goreng pisang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan