Teringat nak buat roti lak memalam bute ni! tak susah manapun, kopi je resepi yang ada, dah siap!!!
BAHAN:
400 g tepung roti
100 g tepung gandum
250 ml air
50 g susu tepung
3/4 sdt bread improver
180 g gula pasir
100 g mentega
11 g yeast segera
1 sdt esen vanilla
1/4 sdt pewarna kuning
CARA SUSAH:
1. Satukan semua bahan2 di atas dalam satu bekas besar, kecuali mentega. 2. Uli hingga menjadi doh, masukkan mentega sedikit demi sedikit sambil terus menguli hingga menjadi doh yang kenyal. Bulat2 kan doh dan biar 45 minit atau naik.
1. Masukkan semua bahan tadi ke dalam Breadmaker dan pilih setting untuk "doh". Tekan on dan tunggu hingga siap.
2. Bahagikan kepada 16 bahagian yang sama besar, bulat2kan doh dan susun dalam tin yang telah disapu dengan sedikit mentega.
3. Tutup dengan kitchen towel bersih dan biar kan 1 jam atau hingga naik.
Bakar dalam oven pada suhu 190C selama 15 - 20 minit. Sapu mentega pada permukaan roti sejurus dikeluarkan dari oven. Sejukkan sepenuhnya sebelum dihidang....
Resepi Ori JB: Lihat di sini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan