30 Okt 2012

70. Donut Keledek

Orang dah lama buat donat ni saya baru nak belajar buat. Teringin pulak nak makan donut keledek yang menjadi satu hidangan feveret saya. Apa apa pun, jom kita layan dulu resepinye!
Bahan:
400g tepung gandum
11g ragi instant
200g keledek (asalnya ubi kentang)
2 sdm susu pekat manis
100g gula halus
75g mentega
1 biji telur
1/2 sdt garam
120 ml air

Gula aising untuk salutan
Minyak untuk menggoreng
Cara:

1. Kupas keledek, rebus empuk dan lenyek hingga halus ketika masih panas, sejukkan.
2. Satukan tepung, gula dan yis. Gaul rata. Masukkan keledek lenyek dan bahan lain kecuali air. Gaul rata dan masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh yang elastik.
3. Rehatkan adunan selama 15 minit dan tutup dengan kain/plastik sehingga mengembang.
4. Canai dan terap dengan acuan donat dan letak di atas dulang yang ditabur dengan sedikit tepung. Rehatkan selama 20 minit lagi sehinga mengembang.
5. Panaskan minyak dan goreng sehingga kekuningan.  Salut dengan gula aising.

69. Kuih Keria

Assalamualaikum..
Ni saya nak kongsi resepi kuih keria asli! Ini merupakan kuih kegemaran saya. Saya memang feveret sangat kuih ni, Masa budak2 dulu, mak yang rajin buatkan kuih ni. La ni, turn saya pula buat untuk anak anak.
Sukatan dah ada jadi, mudahlah sikit kerje orang dapur! Tak perlu risau kalau adunan terlembik ke atau terkeras ke nanti. Resepi ni menggunakan tepung ubi sikit. Selalu orang hanya letak tepung gandum aje.. Bila kita letakkan tepung ubi adunan lebih cantik bila di goreng, tidak serap minyak dan tidak pecah. Ya lah tuuu!!!

Bahan:
250g keledek putih atau oren
1 sdm tepung ubi
80g tepung gandum
1/2 sdt garam

Cara:
1. Rebus keledek keledek hingga empuk dan lenyek ketika masih panas
2. Masukkan ke dalam campuran garam dan tepung, uli sebati cam biasa
3. Bahagikan kepada 16 bahagian
4. Bentuk bulat dan leperkan dan buat lubang di tengah
5. Setelah siap, goreng terendam dalam minyak yang sederhana panasnya hingga kuning keemasan gitu!
6. Angkat dan toskan minyaknya, biarkan sejuk untuk proses sira gula
Bahan Sira:
80g gula pasir
3 sdm air

Cara:
1. Masukkan gula dan air dalam kuali dan masak hingga gula pekat
2. Masukkan keria gaul rata sehingga adunan gula tadi jadi bertali
Segera tutupkan api
3. Terus mengacau hingga gula kering dan menyaluti keseluruhan bahagian kuih
Di hidangkan segera
* jika menggunakan keledek oren, tambahkan sedikit sukatan tepung kerana keledek oren sangat lembut

27 Okt 2012

68. Aiskrim Cendol Gula Wangsa Maju

Resepi aiskrim ni pun dapat dari Ita
Nampak mudah aje cara membuatnya..!

Saya buat setengah daripada adunan. Maklumlah baru nak belajar buat, menjadi pulak tu! kebetulan sedap sangat dan menepati selera kami sekeluarga..
Terima kasih Ita! ^_^ 

Kami sekeluarga sukakan rasa cendol ni, memang mengancam. Sesuai untuk dibuat niaga jika mau le!!! Kalau tak mau, makan sendiri ngankeluarga aje pun dah cukup lah tu!!!
Bahan:
2 cwn santan
1/2 cwn susu cair
1 cwn gula icing
3 sdm susu tepung
1/2 cwn air
3 sdm tepung ubi
1/2 cwn cendol
1 buku gula Wangsa Maju (ada jual kat carrefour wangsa maju je)
2 helai daun pandan disimpul

Cara:
1. Panaskan santan atas api sederhana sambil dikacau hingga mendidih, dah didih sejukkan.
2. Dalam periuk lain satukan tepung ubi dan air. Masak atas api sederhana sehingga menjadi kanji. Biarkan sejuk.
3. Pukul susu cair dan gula icing hingga gula melarut. Masukkan santan dan kanji berselang seli. Terus memukul hingga sebati..
4. Tambahkan susu tepung dan terus pukul hingga rata.
5. Simpan dalam peti ais hingga separuh beku. Keluarkan dan pukul semula hingga lembut.
6. Kacau rata dan simpan semula kedalam peti ais hingga beku.
7. Masak gula melaka bersama daun pandan dan air hingga pekat. Biar sejuk.
Sedia dihidangkan ais krim bersama cendol dan sirap gula Melaka.

67. Nasi Beriani Wangsa Maju

Untuk penyediaan Nasi ni, senang je! Tapi yg penting, kena sediakan sediakan lauk dahulu. Kerana lauk baru nasi boleh masak nanti.


Ok, dah bersedia ke nak belajar cara-cara penyediaan nasi beriani jadi jadian nih??
Jom kita masuk dapur dulu..
Sumber Asal: SINI
Bahan Lauk:
1/2 kg daging batang pinang ~ potong anggaran 6x6x5 cm
2 biji kentang ~ belah dua
4 biji telur rebus keras
1/4 cwn minyak sapi
1/2 sdt buah pelaga
1/2 in kulit kayu manis
2 kuntuk bunga lawang
1/2 sdt jintan manis
1 biji bawang besar Holland ~  hiris
2 ulas bawang putih ~  kisar
5 ulas bawang merah ~ kisar
1/2 in halia ~ kisar
3 sdm pes rempah beriyani 
1/2 genggam gajus
1/2 genggam kismis
Air secukupnya
1/2 cwn yoghurt  ~ jika tiada perahkan 1 biji limau nipis ke dalam 1/2 gelas susu dan biarkan 15 minit
Garam dan gula secukup rasa
1 sdm tomato puri
1/2 keping gula kabung
1/2 kiub daging

Cara:
1. Pijarkan minyak sapi dalam kuali
2. Tumiskan bawang besar hiris, bahan kisar dan semua rempah campak (kulit kayu manis etc) hingga naik bau
3. Masukkan pes beriyani dan biar terbit minyak
4. Rempah Beriani jika serbuk campurkan dengan sedikit air untuk jadikan pes
5. Masukkan daging ,  kentang, kiub daging dan air ~ 1 inci atas paras daging dan kentang. Biarkan ia merenih
6. Bila daging dah empuk, masukkan tomato puri dan yoghurt
7. Biarkan ia merenih sebentar, kemudian maukkan garam, dan gula secukup rasa. Kecilkan api , tambahkan kismis, gajus dan telur rebus
Masak hingga daging mesra.


Bahan Nasi:
2 cwn beras basmathi
1/2 cwn minyak sapi
1/2 sdt buah pelaga
1/2 in kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
1/2 sudu teh jintan manis
1/4 sdt pewarna kuning telur
2 ulas bawang putih ~ hiris halus
5 ulas bawang merah ~ hiris halus
1/2 in halia ~ hiris halus
1.5 sdm pes rempah beriyani 
1/2 genggam gajus
1/2 genggam kismis
2 cwn air
garam secukup rasa

Cara:
1. Beras di rendam , cuci bersih dan toskan
2. Panaskan minyak sapi dalam kuali, tumiskan bahan hiris beserta buah pelaga, kayu manis, bunga lawang dan jintan manis sampai berbau harum
3. Masukkan rempah beriyani dan biar sehingga naik bau
4. Seterusnya masukkan beras dan kacau rata
5. Masukkan air sehingga menutup paras beras dan kacau rata. Kecilkan api, 
masak beras sehingga 3/4 masak


Kuiz:
Bagaimana perkataan Gum itu terhasil?

Untuk mengetahui caranya mari kita sama-sama belajar cara untuk menghasilkan beriani Gum ini
Sebelum tu saya nak bagi tau dulu, kuah beriani yang kita masak tadi kalau boleh biar dia cair sikit atau kuahnya banyak sedikit sebab kita akan tanak nasi bersama lauk beriani kita ni nanti.
Gunakan api yang perlahan sahaja.
Sediakan:

Pengukus
Kain napkin ~ untuk mengalas kukusan
Kain koton yang panjang untuk ukurlilit periuk kukus
Kanji ~ 1 sudu tepung ubi di masak bersama sedikit air 

Kafiat Kukus:
1. Masukkan lauk beriani ke dalam periuk kukus ~ bahagian bawah kukus yang biasanya kita letakkan air
2. Alaskan pengukus ( tingkat 2) dengan kain koton, buat 3 layers
Masukkan nasi yang separuh masak tadi, gajus, kismis dan pewarna
3. Tutupkan pengukus 
4. Letak periuk mengukus atas periuk kukusan yang berisi lauk
5. Celupkan kain kapas dengan kanji, lilitkan kain tersebut pada bahagian di antara periuk lauk beriani dengan pengukus yang diletakkan nasi tadi.
6. Pastikan iktannya agak kejap supaya wapnya tidak keluar.
7. Gunakan api yang perlahan, masak sehingga lebih kurang 1 jam
8. Buka lilitan dan buka tutup pengukus
9. Dengan menggunakan garpu, gemburkan nasi yang sepatutnya sudah masak .
10. Kalau nasi masih belum masak, ulangi proses kukusan.
* Pastikan kuah beriani tu banyak ~ bila lama di masak ia akan pekat
* Gunakan api perlahan supaya kuah tidak hangus


Kafiat Makan:
Setelah kita belajar cara-cara penyediaan nasi Beriani, sekarang kita kena tau pula bagaimana cara untuk menghidangkan nasi beriani ni pula. 
aaa... ia ada caranya yang tersendiri dan semestinya tidak sama seperti nasi minyak.
Jom kita belajar..
Untuk Seorang:

Sendukkan separuh nasi ke dalam pinggan
Kemudian letakkan seketul daging beriani dan kuahnya di tengah-tengah nasi
kambuskan daging tadi dengan separuh lagi nasi
taburkan bawang goreng atau daun saderi di atasnya
Kuah beriani di hidangkan berasingan dalam bekas kecil
Atau boleh juga di nikmati bersama kuah dal dan acar

Hidangan Ramai:
Sendukkan 4 senduk nasi ke dalam pinggan hidang yang besar, ratakan
Letakkan 4 ketul daging, 4 ketul kentang dan 4 biji telur di atas nasi tersebut
Sendukkan 4 senduk nasi lagi untuk menutup lauk tersebut
Taburkan bawang goreng, daun saderi, daun bawang dan hati ayam yang telah digoreng garing dan dicincang.
Kuah beriyani tadi di hidangkan berasingan
Selain itu acar buah juga boleh dijadikan hidangan sampingan


Pencuk Nanas:
Bahan:
1 biji timun ~  potong kecil
1/2 biji nenas masak  ~  dikupas dan dipotong kecil
1 biji bawang besar ~ di hiris halus
1 btg cili merah ~ dihiris 
1 btg cili hijau ~ dihiris 
1 sdm cuka makan
Garam dan gula secukup rasa

Cara:
Satukan semua bahan ke dalam bekas
gaul rata dan sesuaikan rasanya
Sedia dihidangkan


Lauk Tambahan (kalau suka le!)


Ayam Masak Merah lada Hitam
Bahan:
1/2 ekor ayam ~ dipotong dan cuci bersih
1/2 sdt buah pelaga
1/2 in kulit kayu manis
2 biji bunga cengkih
2 kuntuk bunga lawang
1/2 sdt jintan manis 
1/2 btg serai ~ dititik
1/2 cwn lada kering ~ dipotong dan rendam hingga lembut kemudian di kisar
5 ulas bawang merah ~ dikisar
2 ulas bawang putih ~ di kisar
1 sudu teh lada hitam ~ dikisar
1/2 inc halia ~ dikisar
1/2 btg serai ~ dikisar
1/2 sdm tomato puri
1 biji tomato ~ di potong baji
1/2 keping gula Melaka
1/2 kiub ayam 
garam dan gula secukup rasa
1 pokok daun ketumbar ~ dihiris 
Air secukupnya

Cara:
1. Ayam di lumurkan dengan kunyit dan garam
2. Kemudian goreng ayam separuh garing
3. Toskan ayam setelah di angkat
4. Keluarkan minyak dan tinggalkan 1/2 senduk
5. Tumiskan buah pelaga, kulit kayu manis, cengkih, bunga lawang, jintan manis dan serai titik hingga naik bau
6. Kemudian masukan bahan kisar dan masak hingga garing dan terbit minyak 
7. Masak lama sikit supaya cili kering benar-benar garing
8. Tambahkan air jika terlalu kering
9. Kemudian masukkan, kiub ayam, tomato puri dan tomato buah, renihkan,
masukkan gula Melaka dan ayam
10. Biar ayam mesra bersama kuah, masukan garam dan gula secukup rasa
Perlahankan api dan biarkan kuah sedikit pekat
Taburkan daun ketumbar
Gaul mesra
Sedia dihidangkan

25 Okt 2012

66. Karipaf Rose


Bahan Doh:
400 gram tepung gandum
1/2 cwn minyak
2 sdm marjerin
1/2 cwn air sejuk (amek yang dalam aisbox)
2 sdt garam
Cara Buat:
1. Campurkan sedikit garam dalam air sejuk, masukkan marjerin di dalam tepung gandum dan sebatikan, kiranya akan jadi seperti berketul-ketul halus, macam serbuk roti, panaskan minyak dan curah di dalam tepung tadi, dengan menggunakan sudu, kacau ke seluruh adunan.
2. Selepas itu curahkan air sejuk tadi dan uli hingga menjadi doh, air jangan masuk semua, kira agak-agaklah kelembutan doh tu, setelah menjadi doh dan doh pemukaan doh agak licin,  masukkan doh ke dalam plastik bersih dan perap di dalam peti ais lebih kurang 1 hingga 2 jam, langkah ini penting bagi mendapatkan doh yang rangup dan senang untuk di canai nanti. *boleh juga tak masukkan dlm peti es, cume biarkan doh yang sudah licin diuli sebati lebih kurang 1/2 jam. Sementara itu boleh buat inti karipap.
Lagi senang, masukkan jerk dalam breadmaker untuk menguli, stepnya tetap sama..he3 dan doh tu perap semalaman dalam petiais....
Bahan Inti:

1 biji keledek saiz besar ( boleh dinganti dengan kentang)
1/2 gengam ikan bilis (boleh ganti dengan daging atau isi ayam)
2 sdm udang kering
3 sdm serbuk kari Babas
1 sdm cili kisar (tak suka pedas jgn bubuh)
garam
2 biji bawang kecil dan daun kari dikisar (tambahan)



Cara Buat:
1. Potong dadu keledek dan rendam dalam air, blender udang kering dan ikan bilis hingga hancur, ketepikan. Panaskan minyak dan tumis bahan2 kisar, cili kisar, dan pes serbuk kari hingga garing.
2. Kemudian masukkan bahan yang di blender tadi dan kacau sebati, akhir sekali masukkan keledek dan 1 cawan air, kacau selalu dan biarkan keledek empuk, sesuaikan rasa, masukkan garam, setelah masak dah inti agak kering, tutup api dan sejukkan.
Mengelim
1. Keluarkan doh dari peti ais, dan bahagikan doh pada bahagian kecil, ikut lah nak buat karipap bentuk ape, bulat ke, love ke, bentuk biasa ke.
2. Terap doh bentuk bulat dengan menggunakan tapak tangan dan isikan inti keledek tadi, kelim seperti biasa, kalau nak guna acuan pun boleh.
3. Ulang langkah tadi hingga doh habis. Panaskan minyak, pastikan minyak betul-betul panas dan tidak menggunakan api yang terlalu besar, goreng hingga keperangan. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.


Karipaf Frozen
Lepas je dikelim kemas karipap tu, susun satu2 karipap atas bekas tak melekat atau di alas plastik pun boleh. Pastu masukkan ke tempat sejuk beku. Bior dlm 10 minit, baru disusun tanpa lapik dalam bekas lain. Bila karipap tu dah keras mmg tak melekat dah. Bila nak goreng defros dulu dlm 1/2 jam dengan susun satu2 karipap dlm bekas. Sebab kalau defros gitu je takut bila karipap lembut ianya akan melekat antara satu sama lain lak. Selamat Mencuba


65. Kuih Power


PAU - KAK NOR
Bahan:
1kg tpg gandum
5 sudu besar gula castor
2 sudu teh baking powder
1 paket yis mauripan
1 sudu teh garam
1 biji telur
1 sudu besar spray/shortening/marjerin/butter
500ml air (ikut lembut)
Cara:
1. Satukan yis dgn 100ml air dan 2 sudu besar gula. Kacau hingga sebati dan biarkan hingga berbuih.
2. Dalam bekas/mangkuk yg lain, satukan tepung, baking powder dan garam.
Masukkan spray dan telur. Gaul. Masukkan bancuhan yis tadi dan uli hingga menjadi doh.
3. Masukkan air sedikit2 dan uli doh hingga menjadi lembut dan tidak melekat pada bekas/mangkuk dan juga tangan.
4. Tutupkan bekas berisi doh pau tadi dgn kain tuala lembab hingga doh menjadi naik 2x ganda (lebih kurang 1 jam -
kalau cuaca panas lagi cepat naik)
4. Uli sekali lagi dan biarkan doh rehat sebentar barulah dibentuk2kan menjadi pau dgn meletakkan inti didalamnya
5. Letakkan atas kertas putih yg dipotong 4 segi sama.
6. Biarkan doh naik dan menjadi licin bahagian atasnya, barulah dikukus hingga masak (lebih kurang 8 - 10min
bergantung atas saiz pau yg dihasilkan)

Sukatan izah untuk rujukan:
250g tpg pau
1 1/2 sudu besar gula castor
1/2 sudu teh baking powder
2 sk yis mauripan
1/4 sudu teh garam
2 sb  telur
1/3 sudu besar spray/shortening/marjerin/butter
air (ikut lembut)

24 Okt 2012

64. Kuih Roseyatimah

Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha, xlama, 2 hari lagi! Petang ni umat Islam di Makkah akan ke Padang Arafah untuk berwukuf. Sementara itu, umat Islam di sini sedang membuat kuih raya. Jom kita buat kuih ros nak tak?
Bahan:
200ml santan, 200ml air, 250g tepung beras, 50g tepung gandum, 60g gula pasir, 1b telur gred A, 1/4 sdt air kapur & 1/4 sdt garam
Cara:
Bancuh santan, air dan telur pastu masuk tepung, air kapur & garam, sebatikan, tapis, dah siap untuk dimasak
Panaskan minyak dan rendam acuan selama 10 minit baru goreng kuih!!!
(dapat 70 keping)
goreng dalam periuk nasi je!
*Petua: Untuk mengelakkan melekat di acuan, order je kuih yg dah siap ngan saya!!!

23 Okt 2012

63. Donut Pelangi Sure Jadi

Salam semua orang orang kampung! ..meh tengok donut yg gebus nie...  

Bahan:
3 cwn tepung gandum#
3 sdm susu tepung#
3 sdm gula kastor#
3 sdm lemak sayur#
1/2 sdt garam halus#
200 ml air suam*
2 cmt yis* (*disatukan dan kacau rata, biar hingga berbuih)
Pewarna makanan merah, kuning, hijau, purple, oren & biru

Cara:
1. Bahagikan bahan bertanda # kepada 6 bahagian, satukan dan gaul rata. Ambil bancuhan yis tadi dan buat 6 bahagian, campurkan warna setiap satu. Gaul rata setiap bahagian dan gaul hingga menjadi doh yang tidak melekat di tapak tangan dan juga mangkuk

2. Satukan keenam2 adunan tadi dan uli perlahan ikut gambar di bawah.

3. Canai seperti biasa doh tersebut setebal 1/2 inci, terap guna acuan donat dan alih atas loyang yang telah ditabur sedikit tepung. Buat hingga siap, tutup permukaan donat dengan kitchen towel bersih dan letak di tempat suam selama 45 minit.




4. Goreng dalam minyak sederhana panas hingga kuning keemasan pada kedua2 bahagian. Angkat dan toskan, letak atas paper towel. Salut dengan gula halus, boleh hidangkan....

18 Okt 2012

61. Garam Belacan



Semalam sedara dari kampung bawa buah jambu air. Sedap gak kalau cicah ngan garam belacan, so saya cuba resepi dari Maksu Om dari MyR. Meh kita cicah ramai ramai......

Bahan:
1 cwn gula pasir
2 ketul belacan sebesar ibu jari.
1/2 sdt garam
5 biji cili api (boleh dikurang lebihkan)
5 sdm kicap lemak manis
5 sdm kacang goreng (ditumbuk kasar)

Cara:
Masukkan semua bahan kecuali kicap dan kacang goreng dalam blender kering. Blend sampai hancur.
Dah hancur, tuang dalam bekas.Masukkan kicap dan kacang. Gaul.
Dah siap untuk dicicah dengan buah-buahan kegemaran.

16 Okt 2012

60. Kuih Kasui aka Lompang

Saya nak kongsikan resepi Kuih Kasui aka Lompang!!! Macam macam jenis kasui ada selain kasui biasa. Saya sorang bje yg suka kuih ni dalam keluarga. Ini memang resepi saya sendiri setelah mencuba beberapa kali. dan kuih ni memang dekat dihati saya dan dah biasa sangat membuatnya. Resepinya mungkin tak jauh berbeza tapi bila dibuat oleh tangan yang lain akan lainlah hasil kejadiannya!

Kuih Kasui ini, memang lembut tak pejal dan yang sedang sedang aje! Yang penting saya memang suka kuih yang macam ni, tak terlalu pejal dan tak pula terlalu lembik jadi taklah melekat pada tangan bila kita makan. Sesetengah kuih kaswi bila kita pegang dia akan melekat, tapi resipi ini tidaklah begitu dan rasanya pula memang sedap pada tekak. Tak tahulah pada orang lain kan. Kalau nak tahu kebenarannya kenalah mencuba ya.

Bahan:
1000ml air 150g gula pasir 150g gula merah Cop Bintang 200g tepung gandum Cop Kunci 100g tepung ubi 100g tepung beras Cop Teratai 1sdt air kapor
Cara:
1. Campurkan air, gula pasir, gula merah dan panaskan sehingga larut, sejukan.
2. Campurkan tepung, sebatikan dan tapis ke dalam kuali masuk air kapor, panaskan menggunakan api yg kecil sahaja. Apabila keluar wap, padam api dan tuang ke dalam bekas 4 segi bujur (9"x6"), kukus selama 40 minit (lap tudung kukus setiap 5 minit). Jika mengunakan acuan kuih lompang dalam 10-12 minit.
3. Sejukkan kuih baru dikeluarkan dari acuan. Boleh dihidang dengan kelapa parut bercampur sedikit garam yang telah dikukus seketika supaya kelapa parut tahan lama.

15 Okt 2012

59. Murtabak 1Malaysia

Asyik makan murtabak singapura je, apa kata kita buat murtabak 1Malaysia pulak! Resepi nye ikut kat bawah ni

Bahan:
100 g daging cincang
2 biji ubi kentang
1 sdm setengah rempah kari
1/2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
1 tangkai daun sup
100 ml minyak masak
1 sdk garam dan secubit ajinomoto
10 kpg kulit popia besar
2 biji telur

Inti:
1. Bawang besar dan bawang putih di potong dadu pastu tumiskan. Bila bawang dah layu, masuk kari yang telah dibancuh dgn air. Goreng hingga pecah minyak dan masukkan daging cincang.
2. Apabila daging masak, masukkan kentang dan ajinomoto. Tambah sedikit air. Masak sehingga kentang empuk. akhir sekali masukkan daun sup dan garam. Ketepikan dulu.
3. Pukul telur di dalam mangkuk, masuk inti dan kacau sehingga sebati.
Murtabak:
1. Ambil kulit popia dan bungkus inti murtabak segiempat dan bungkus murtabak sama seperti bungkus popia.
2. Goreng murtabak dgn api yg perlahan dan sedikit minyak.

Jeruk Bawang

1 biji bawang besar - dihiris halus
2 sdm cuka
1 sdm air
1/2 sdt garam
1 sdt gula
sedikit pewarna merah

~gaul semua bahan & simpan dlm peti. Makan bersama murtabak daging.

58. Karipaf Inti Sedap 2

Memang sedap, kalau nak tau cubalah dulu, pastu baru leh komen! Kalau tak, layan dulu resepinya seperti di bawah
Doh:
300 g tepung gandum
2 sdm marjerin - panaskan (nak bubuh semua minyak panas pun boleh)
4 sdm minyak sayur/ minyak panas
1/2 sdt garam
1/2 cwn air


Cara: Campur tepung, marjerin, minyak masak yang telah dipanaskan (kulit karipap yg rangup). Gaul rata guna garfu sebab panas. Bancuh garam dan air, masukan sikit2, uli doh hingga boleh dicanai dan mudah ketika mengelim.

Inti:
5 biji kentang@keledek - boleh juga dicampur
200 g daging@ayam cincang.
1 tangkai daun kari
1 tangkai daun sup *cincang
2 biji telur rebus - di belah 6/lebih setiap biji@ potong dadu.
2.5 sdm kari ayam/daging
1 biji bwg besar *kisar
2 ulas bwg putih *kisar
1 sdt garam
4 sdm gula
500 ml air

Cara:
1. Kentang@keledek dikupas dan dipotong dadu dan ketepikan.
2. Tumis bawang besar dan bawang putih. Masuk daun kari hingga naik bau. Masukkan pes kari dan kacau rata. Kemudian masukkan kentang@keledek, ayam@daging, air dan gula.
3. Rebus sehingga kentang empuk dan ayam@daging masak dan air kering. Akhir skali taburkan garam dan daun sup.
4. Apabila inti telah sejuk, boleh la mulakan proses mencanai. Asingkan daun kari dan juga tulang2 ayam jika ada.
5. Masukkan inti kentang dahulu dan bubuh satu hirisan telur tadi dan tutup serta kelim@cetak mcm biasa. (telur rebus bleh juga dipotong dadu dan dcampurkan ngan inti kentang@keledek tadi).
6. Goreng dengan api yang sederhana.


Cara Cara Kelim Karipaf
karipap yg sedia utk dikelim - gunakan gunting buang lebihan doh.

picit permulaan hujung karipap

tolak dari belakang ke depan sedikit menggunakan sipi ibu jari anda

sambil tolak sambil picit@penyekkan yg seterusnya

pastu tolak ke depan, menggunakan sipi ibu jari anda

tekan lagi dan teruskan langkah seperti di atas

teruskan buat hingga habis

siap dah!

karipap bulat pun boleh!

57. Pulut Kuning Langkah Demi Langkah


Ada pelbagai cara memasak Pulut Kuning dan Pulut Pagi. Antaranya pulut direndam dengan kunyit dan asam keping, dikukus dan digaul dengan santan kemudian dikukus semula. Mengukus pulut cara tradisional seperti ini akan menghasilkan pulut kuning yang cantik berkilat dan masak lembut sekata dan tidak lembik. Boleh tengok di sini cara memasaknya.

Selain itu Pulut Kuning juga boleh di masak menggunakan rice cooker. Kaedah ini agak senang cuma memerlukan banyak kali percubaan  untuk mendapatkan sukatan air yang sesuai dengan beras pulut. Jika tidak kemungkinan pulut akan menjadi lembik dan tekstur beras pulut akan hancur.

Lagi satu cara menggunakan periuk dan di masak di atas dapur. Biasanya cara ini digunakan untuk memasak pulut pagi untuk di makan bersama kelapa (agak muda) parut digaul dengan sedikit garam dan di makan dengan ikan masin/ kering. Sedap ni!. 
Kali ini saya nak kongsikan cara paling mudah mengukus pulut kuning juga pulut pagi atau apa2 jenis pulut. Cara ini juga boleh guna untuk mengukus pulut untuk di buat Lemang Tanpa Buluh dan Lemang Pulut Kuning Special.

Bahan:
300 gm beras pulut
150 ml pati santan
200 ml air
1 sdm minyak masak
1.5 sdt garam
1 helai daun pandan
pewarna kuning (tak perlu pewarna jika mahu pulut putih)
Loyang 20cm
Cara:
1. Panaskan pengukus yang telah diisi air.
2. Cuci beras pulut, tos dan masuk ke dalam loyang.
3. Tuang santan, air, garam, perwarna, minyak dan daun pandan.
4. Bila air di dalam periuk kukus telah mendidih, masukkan loyang tadi dan tutup kukusan.
5. Kukus selama 30 minit dan kacau setiap 10 minit.
6. Selepas 30 minit, juka pulut masih tidak masak masukkan 1-2 sudu besar air panas, kacau dan kukus semula 10 minit.
7. Bila pulut sudah masak, masukkan ke dalam rice cooker dan keep warm. 
8. Sedap di makan dengan apa sahaja lauk kegemaran anda.
9. Pulut ini sesuai untuk pulut panggang, lopes, pulut pagi atau apa sahaja kuih yg seangkatan dengannya.

12 Okt 2012

56. Jadual Waktu Manusia


Setiap perkara di dunia ini ada turutan atau jadual yang disusun supaya semuanya dapat berjalan dengan lancar dan teratur. Misalnya murid sekolah ada jadual pembelajaran, perjalanan keretapi ada jadual tiba dan bertolak dan macam macam lagi.

Anggota badan manusia juga tidak ketinggalan mempunyai jadual yang tersendiri. Berikut adalah jadual anggota badan dan tugas mereka yang tertentu

Waktu Pagi:

0300 ~ 0500

Paru-paru

Ini adalah waktu terbaik untuk bangun dari tidur. Ketika ini terdapat lebih banyak kandungan ozon di udara. Ini akan memberi satu sumber tenaga yang baru jika mengamal latihan pernafasan, yoga serta bertakafur. Mereka yang mempunyai asma tidak patut tidur waktu ini dan boleh merasai kesukaran bernafas.

0500 ~ 0700

Usus Besar

Mereka yang bangun tidur pada waktu ini tidak akan menghadapi masalah sembelit. Jika menbuang air besar dan mandi dengan air sejuk diselesaikan dalam waktu ini, masalah kegugupan boleh dihindarkan.

0700 ~ 0900

Perut

Sarapan patut diambil dalam tempoh masa ini.

0900 ~ 1100

Limpa

Tidak minum dan makan waktu ini walaupun setitik air. Jika makan pada waktu ini akan mengakibatkan suhu badan meningkat, menambahkan keletihan dan mengurangkan tahap pencernaan. Ini lebih terserlah pada pengidap diabetes yang akan merasa kegigilan dan mengantuk.

Waktu Tengahari

1100 ~ 1300

Jantung

Hanya air sahaja yang diambil pada ketika ini. Tidak sepatutnya melakukan kerja berat atau tidur di masa ini. Jika tidak lebih karbon dioksida akan bercampur dengan oksigen. Ini akan meningkat kemungkinan terkena serangan jantung, lumpuh atau kesakitan badan. Kebiasaannya pihak hospital akan lebih berjaga-jaga pada waktu ini kerana pesakit jantung dan diabetes berkemungkinan diserang sakit jantung berbanding pada waktu lain.

Petang

1300 ~ 1500

Usus kecil

Makan tengahari pada waktu ini. Selepas itu duduk tutup mata untuk rehat selama 5 minit. Elakkan dari tertidur.

1500 ~ 1700

Pundi Kencing

Sesuai untuk mengambil minuman seperti jus buah atau teh.

1700 ~ 1900

Buah Pinggang

Ini adalah masa untuk bersantai dan rehat dari kerja harian. Jika tidak akan memudaratkan ginjal dan jangkitan salur kencing.

Waktu Malam

1900 ~ 2100

Dinding Jantung

Makan malam patut diambil pada waktu ini. Jika tidak akan menimbulkan getaran atau sakit di dada.

2100 ~ 2300

Ini adalah masa untuk mengembalikan semula tenaga organ-organ yang bekerja sejak pagi. Oleh itu sebaiknya waktu ini seseorang itu hendaklah baring dan bersedia untuk tidur. Elakkan dari membaca buku, menonton tv atau bekerja.

2300 ~ 0100

Hempedu

Waktu tidur. Jika masih berjaga akan menyebabkan badan kekurangan tenaga untuk bekerja di hari esoknya.

Dinihari

0100 ~ 0300

Hati

Waktu tidur lena. Jika tidak akan memberi kesan kepada penglihatan dan badan lesu.

8 Okt 2012

55. Inti Karipaf Telur

Ni dia koleksi resepi inti telur untuk apa apa jelah, karipaf boleh roti canai boleh, popia pun boleh!
Resepi1
Bahan:
Telur - 10 biji
Daun Pasli (cincang) - 10 tangkai
Lada hitam dan Garam

Cara:
Pukulkan telur, daun parsley, serbuk lada hitam dan garam.
Tuang di atas pastry, goreng sehingga garing.
Angkat dan hidangkan.

Resipi2

Bahan:
telur (1 biji karipap = 1 biji telur) ni untuk karpaf giant gitu
bawang – didadukan @ ricih halus (ikut suka, tiada cara potong yang salah)
cili hidup/cili api..
lada sulah
daun celery/sup sebagai penambah bau… baru lagi berselera..
option sayuran lain – Carot diricih halus/kucai (semua ni baik untuk ibu menyusu)


Cara:
1. Pecahkan telur 1 biji, tabur bawang, cili, lada sulah dan daun celery/ sayur. 2. Pastu temukan bahagian tepi kulit untuk di kelim.. kelim bagi comel2 yer…   kelim ni kena elok2, jangan terburai, nanti kalo terkeluor telur tu!!!


Resipi3: Inti-telur+daun bwn/sup+bawang+sedikit garam (dipukul cam nk wat telur dadar tu)

Resipi4:

Bahan: Cili merah, cili hijau, bawang besar, telur, garam 

Cara: Pukul semua bahan tadi dan goreng sambil hancurkan telur tu mcm kita buat omellete.

Resipi5:

Ubi kentang rebus dilenyek lumat, masuk bawang besar, cili merah, daun sup,  daun bawang, garam secukup rasa.
Pecahkan telur ayam ke dalam adunan tadi dan tambah sedikit lada hitam.

54. Karipaf 1Malaysia

Hari ni nak kumpul pelbagai kaedah membuat kulit karipaf. Lepas pilihlah mana yg berkenan, ikut je. Sebenarnya saya nak cari resepi karipaf inti telur tapi dah terjumpa macamx kerenah membuat karipaf, layan je le!!!

Karipaf Giant

Bahan: Untuk doh boleh dapat 6 ketul karipap)

200 g tepung gandum
2 sdm marjerin
1/2 cwn air + 1/2 sdt garam

Cara: Gaul tepung dan marjerin sehingga sebati. Buat lubang di tengah dan tuang air dan uli macam biasa. Lepas tu rehatkan dalam bekas tupperware dalam 20 minit.

Inti: Tumis bawang putih, bawang merah dan campur dengan daging kisar. Letak serbuk kari sedikit dan garam.


Canai doh sehingga nipis dan sebesar mangkuk pinggan
Bahan untuk inti 2 biji telur dicampur dengan daging. Kemudian saya letak daun sup dan bawang. Inti karipap ni akan rasa seperti murtabak. Untuk inti ni boleh dapat 3 ketul karipap
Letak inti ditengah-tengah
Lepas tu kelim. Dari dulu saya memang fail bab kelim karipap. Belasah je. Kalau malas, gores je dengan garpu. Dah kelim terus masak guna api perlahan, guna telur kan takut nanti kulit karipap tu bocor kalau tunggu lama2 baru nak goreng.
Taraaa...dah siap