Assalamualaikum dan selamat sejahtera! Selesai sudah kita menyambut Syawal dan seterusnya deretan jemputan majlis perkahwinan. Kebetulan, saya baru balik dari Ipoh meraikan majlis perkahwinan anak saudara dapat orang Senawang.
Majlis berlangsung pada 16 Sep 2012, macam biasa, adik beradik, saudara mara bertandang lebih awal dan balik lewat selepas tu! Sebelum balik, kami dihidangkan dengan juadah ringkas tapi nyum! nyum! Biasalah kalau dah ramai berkumpul, macam macam resepi keluar. Yang ni menu rengkas, padat dan tepat pada sasaran tekak kita. Bila rasa sedap tu, mulalah nak tepek resepi bagi kengkawan merasa sama. Memang sedap, simple je, udang geragau, bawang, tepong & garam terus curah air panas, tadaa! Inilah hasilnya
yang ni gorengan pertama, ok tak?
yang ni pula gorengan kedua, guna sudu
yang last sekali faham faham je le!!!
Ok lah sembang panjang tak mau, terus buat sekarang
Bahan bahan
330g tepung gandum (atau 3 cawan)
1 biji bawang besar*
50g udang geragau kering*
1/2 cawan air paip*
1 cmt garam halus
2 cawan air panas menggelegak
Cara cara
1. Blend bahanx bertanda * hingga halus, tuang dalam bekas mengadun
2. Masukan tepung dan garam, gaul rata.
3. Tuang air panas, gaul hingga rata juga
4. Itu saja, siap untuk digoreng
Tiada ulasan:
Catat Ulasan