26 Sep 2012

10. Jom Kuruskan Badan!!!

Bismillahirrohmanirrohim....

PENDAHULUAN

Sekarang masa untuk kuruskan badan, tapi makan tetap makan!!! Saya nak kongsikan teknik yang berkesan atas diri saya menurunkan 7kg dalam masa 2 minggu (atau lebihkurang 10~15kg dalam masa 1 bulan)

Cara diet ni saya kopi dari buku omputih!

MAKANAN UNTUK 6 HARI

Oklah, sembang panjang pun tak guna, terus ke pokok bicara tapi anda kena ikut pemakanan ini dalam masa 6 hari dalam seminggu untuk 2 minggu berturut turut tau!

TAK BOLEH MAKAN

Air Manis
Makanan bergula
Nasi
Ubi
Segala jenis roti
Makanan berasas tepung
Kek
Buah buahan
Madu
Salutan tepung yang bergoreng (pada ayam/ daging goreng)
Minuman 3 dlm 1
Segala jenis produk diari seperti susu, cheese dan seangkatan dengannya

BOLEH MAKAN

Segala jenis daging yang halal, ayam dan ikan
Telur
Jenis kekacang, kacang tanah, peas, red bean, dll ... (ganti nasi)
Semua jenis sayur
Air kosong (nak baik lagi air suam)
Air kelapa tanpa isi!

BILA NAK MULA?

1. 4 jam sekali maksimum 4 kali sehari, makan bila lapar, stop sebelum kenyang! Kalau lapar juga, kunyah kekacang setengah genggam. Kalau betulx ikut, anda xakan lapar di antara waktu makan tu.

2. Pagix saya selalu makan telur setengah masak 2 biji dan kekacang, buatlah resepi apax pun ada banyak kat internet... cari slow carb diet resepi

3. Jam 1000 ke 1100, ratah kekacang

3. Jam 1400 makan daging/ ikan/ ayam/ telur = sumber protin, sayur jangan tak makan lak!

4. Jam 1800, makan lagi

5. Jam 2200 makan last sekali, ringanx je kang xleh tidok lak. Sehari dua je rasa kekok, pastu ok lah tu, kalau taknak, teruskan dgn kege mok mok an mu itu

6. Air kosong sekurangxnya 3ltr sehari

7. Perasa makan boleh je ie kari heerbax lada hitam/ putih garam, cili dsb. Kicap nak ikutkan tak boleh kerana banyak gula tapi makan je lah!

HARI KE 7

Makan apa sahaja seperti biasa, cheese cake ke, krim karamel ke, nasi mandi ke sebab anda dilarang berdiet pada hari ini. Ada makna tu... dari segi bioloji

PENUTUP

Jangan lupa rekod berat badan pada hari pertama, ke 7 dan ke 14 dan tetapkan SASARAN anda.

Anda akan rasa perubahan dari segi aktiviti fizikal - kurang penat

Rasa kurang lapar
Nafsu terhadap makanan/ minuman manis berkurang 60%~70%
Nasi pun dah kurang menarik
Tenaga semakin meningkat
Mengantuk pun kurang

Jika anda kerja penat dan teruk, tapi masih gemuk, ada 2 fear factors:

1. Anda melantak,,,,tidak ikut sunnah
2. Sehingga badan anda menerima penyakit kesesakan insulin, dan leptin mungkin... maka bertambah montellah anda!!!
Itu saya tak tau, nasihat sudah diberi!

Segala yang baik adalah dari Allah,,,,

Segala yang buruk, itulah kejahilan kita


Tiada ulasan:

Catat Ulasan