24 Sep 2012

7. Kek Buah Kukus

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. Hoyeyy!! Hoyeyyy!!!.. Hepi sangat taww uolss.. Percubaan pertama membuat Kek Buah Kukus menjadi dan sangat sangat menepati citarasaku. Inilah resepi yang saya cari cari selama ini. Mudah jer membuatnya tetapi hasilnya sangat terbaek, bagi tekak saya laa.. Cukup moistnya dan juga tidak manis sangat. Terima kasih banyak banyak pada teman alam mayaku yang sudi berkongsi resepi.

Setiap kali raya, Kek Buah Kukus ni memang satu satunya kek yang cam wajib Mak buat. Tu yang saya tak pernah amik pot nak membuatnya sendiri. Tau ngapp jer bila Mak dah buat. Raya kalini, Mak pun agak uzur dengan keadaan matanya tak nampak nak buat apa apa tu, terpaksalah buat sendiri. Padanlaa ngan muko den ni. Paling rasa tercabar sangat bila my hubby tanya, "Kek Buah takde ker? Awak tak reti buat ker??".. Ek elehhh.. Geramnyerrr.. Tu yang tak sabar sabar nak henjut nih.. hehehh.. Jomlah kita nengok resepinya.


BAHAN-BAHAN :


250 gm Mentega ~~ Saya guna jenama SCS
340 gm Gula Pasir
50 gm Air
500 gm Mixed Fruits/Buahan Campuran
3 biji Telur ~~ Saya guna size A
1 sudu teh Cream of Tartar *
2 sudu teh Soda Bikarbonat *
350 gm Tepung Gandum *
1 sudu teh Serbuk Nutmeg/Buah Pala *
1 sudu teh Vanilla Extract/Essence

CARA-CARA :

Masakkan gula pasir sampai perang (jangan sampai hangus pulak) dan tuangkan air perlahan lahan. Guna api kecil jer. Masukkan mentega/butter dan biarkan cair. Masukkan pula mixed fruits dan biarkan mendidih seketika. Ketepikan dan sejukkan sebentar.

Ayak semua bahan bertanda (*). Masukkan ke dalam bahan gula yang dimasak dan disejukkan tadi sedikit demi sedikit dan gaul dengan senduk kayu hingga rata dan sebati.

Dalam bekas lain, pukul telur sebentar. Saya pukul menggunakan mixer. Kemudian tuangkan ke dalam adunan tadi dan kacau sehingga menjadi adunan yang betul betul sebati. Di sini saya kacau dengan senduk kayu pula.

Masukkan adunan kedalam bekas empat segi bersaiz 7"x7" dan kukus selamat 4 jam di dalam pengukus yang telah dipanaskan airnya. Kek ni kalau kukus 2 jam pun dah masak, tapi untuk mendapatkan kelembapan seperti ini saya kukus selama 4 jam. Kukus dengan api yang sederhana pada 2 jam yang pertama dan pada 2 jam yang terakhir kukus dengan api yang kecil jer. Kalau nak tambah air pengukus, pastikan ditambah dengan air panas.

Alas tutup pengukus ngan tuala/kain supaya wap air tidak menitik ke atas kek yang dikukus atau tutup loyang/bekas dengan aluminium foil semasa mengukus kek. Lebih baik guna bekas yang besar dan tinggi sedikit.

Bila kek ni dah masak, buka penutup kukusan dan biarkan kek ni dalam pengukus dulu hingga sejuk. Jika terus angkat buah akan turun. Pastu bolehlah keluarkan dari pengukus. Potong kek bila ia benar benar sejuk, lebih bagus, biar kan ia semalaman dalam tudung saji. Pesan Kak Uteh lagi, kek ini lebih sedap dimakan selepas 2 hari.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan