Hari ni terasa rajin sikit, tu yang banyak pos nih! Last sekali nak pos kek kukus cokelat lapis cheese. Layan dulu resepinye
Lapis Cheese
250 g krim cheese
60 g gula halus
1 b telur
1 sdm air biasa
1 sdm tepung gandum
Caranye:
1. Pukul krim cheese bersama gula hingga sebati
2. Masuk telur, air & tepung, pukul dan pukul lagi hingga sebati
3. Pastu, bagi rehat sebentar ye, agak agak dalam 15 minit kot!
Lapis Kek
2 b telur
1 c gula halus
1 sdt esen vanilla
1/2 sdt garam
1/2 c air panas, yang mendidih tau!
1/2 c minyak jagung Mazola
1/2 c susu cair Ideal
1 c tepung gandum*
3 sdm serbuk koko Van Hauten*
1 sdk soda bicarb*
1/2 sdk baking powder*
(* yang ni semua kene ayak dulu baru ngam)
Caranye:
1. Pukul telur & gula hingga kembang
2. Dah ok, masuk vanilla & garam pulak
3. Kemudian masuk air, susu & minyak
4. Masuk pula semua bahan bahan yang diayak tadi tu, gaullah bagi sebati
5. Bagi pada 2 bahagian, bagi rehat sebentar.
Cara Nak Masak:
1. Macam biasa periuk kukus dah sedia atas dapur.
2. Loyang tu guna yg 4 segi bujur (9"x6"), lenser sedikit dgn minyak cop buruh, bahagian bawah alas dgn plastik (alah yg bungkus nasi lemak tu)
3. Standby, tuang adunan cokelat yg pertama, kukus 20 minit
4. Pastu, tuang lapis cheese tu pulak, kukus lagi 15 minit
5. Last sekali, tuang lapis cokelat kedua, kukus lagi 20 minit.
6. Dah siap, dah sejuk apalagi, makanle!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan