28 Sep 2012

19. Kuih Bom @ Rengas

Resepi ni dah ramai kengkawan yg dah cuba & puashati sebab ia konfem tidak meletup masa goreng (lebih selamat!!!). Rasanya pula memang sedap, tak liat walaupun dah lama sejuk. Yang penting, rangup di luar, lembut dan manis di dalam. Lagi satu, kuih ni tetap membulat & tak penyek selepas digoreng!!! Saya katalah!

Bahan (untuk 24 biji je):
80g keledek (kukus pastu lenyek dgn garfu)
120g tepung pulut
20g tepung gandum
35g gula pasir
1/2 sdt garam
100ml air
Bijan - untuk salut
Inti - kelapa/ kacang merah/ kacang hijau
Cara:
1. Campurkan semua bahan hingga sebati menjadi doh lembut.
2. Leperkan doh atas tapak tangan dan masuk inti, balut semula dan bulatkan.
3. golekkan atas bijan hingga menyaluti seluruh permukaan.
4. Goreng dalam hingga garing.

Untuk Inti: 1 biji kelapa parut, 1/2 cwn gula merah, 3/4 cwn gula pasir, 1/4 cwn air & 1 sdm tepung pulut. Masak gula ngan air, dah mendidih masuk kelapa gaul sekata, last sekali taburkan tepung pulut, tadaa, siaap!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan