22 Sep 2012

6. Laksa Johor

Hari ni tak mau sembang banyak, terus ke titik bertindak! Nak buat Laksa Johor versi mami Penang. Nape? Ada masalah ke? Dunia tanpa sempadan, orang Cina pun pandai buat nasi lemak & apam balik, apa cer?

Nak buat laksa ni bukannya susah tapi renyah! Banyak sangat rencah yg perlu disediakan. Tapi Penang punye ni memang special sikit, guna ikan sardin je! Kalau duit terlebih tu bolehlah guna ikan parang ke, kurau ke tenggiri xde sape yg nak larang, okay?


Bahan

1 kg ikan sardin
0.75 cwn rempah kari ikan BABA's
0.50 cwn cili boh buatan sendiri (halalan toyiban)
0.75 cwn udang kering, kisar (bersihkan dulu!)
5 btg serai
2" halia
2" lengkuas
5 biji bawang besar
2 cwn pati santan (lebihkurang 350ml)
0.50 cwn minyak masak cop Buruh
1 sdm kerisik (senang citer, 1 peket keciklah)
2 kpg asam gelugur

Kafiatnye

1. Bersihkan ikan macam biasa, pastu kukus sebab nak senang keluarkan tulang (kalau rebus lambat sikit je). Air kukusan tu simpan jangan buang pulak! Pastu, kisar le guna air kukusan tu sikit & letak tepi dulu.

2. Serai, halia, lengkuas & bawang tu pun kisar juga.

3. Standby periuk, panaskan minyak terus masuk bahanx kisar tu. Naik bau je terus masuk rempah kari, masak dlm seminit dua je tau! Tambah air 0.50 cwn, goreng lagi dan lagi selama 5 minit lagi kot.

4. Masuk lak cili boh, masak sampai keluar minyak. Dah keluar, masuk pulak ikan tadi kacau rata. Tambah air kukusan tadi 3 cwn & santan.

5. Dah mendidih, campak udang kering, kerisik & asam hingga menggelegak

6. Last sekali, tarok garam ke, gula ke atau ajinomoto, ikut selera korang.

Untuk Spageti: Rebus 1 peket spageti (untuk 10 orang) dalam air yg telah diletak garam. Agak dah masak tu, angkat, toskan dan sejukan bawah siraman air paip.

Untuk Ulam: Timun (buang kulit & pulok biji), taugeh, bawang besar, daun selasih atau daun kesom, limau kasturi & lobak asin.

Untuk Sambal: Senang je, ambil cili dan belacan bakar tumbuk je lah!

Untuk Makan: Amek mangkuk, letak spageti tabur ulaman, sambal sikit & bubuh kuah ikut banyak mana nak, siap!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan