Semua resepi ini telah dikopi dari blog orang lain dan telah dicuba. Mana yang berkenan dengan selera saya sahaja yang akan dipamerkan bagi rujukan persendirian! Kalau nak kopi pun silakanlah sebab saya pun kopi orang lain punye
19 Jun 2012
Ikan Cencaru Panggang Sumbat Sambal Kelapa
Bahan:
1 ekor ikan cencaru - bersihkan dan belah bahagian belakang
Bahan untuk Sambal Kelapa:
1 cawan kelapa parut
2 biji cili merah
2 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1cm belacan
1/2 sudu teh lada putih
1 batang serai - mayang halus
1 helai daun kunyit muda - mayang halus
sedikit pati asam jawa
garam & gula
Cara:
1. Tumbuk hingga lumat lada merah, bawang merah, bawang putih, serai, belacan dan lada putih.
2. Masukkan kelapa parut, pati asam jawa, garam dan gula. Tumbuk lagi tetapi jangan sampai kelapa parut lumat.
3. Gaulkan dengan daun kunyit muda.
4. Sumbatkan sambal kelapa ke bahagian belakang ikan.
5. Panggang ikan di dalam oven sehingga masak.
6. Hidangkan semasa panas bersama ulam-ulaman pilihan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan