30 Sep 2012

23. Kari Kepala Ikan


Selalu makan kari kepala ikan tapi masak sesekali je. Bukan apa, rasa dia tu yg buat sendiri semacam je, selalu tak habis! Kebetulan dok godek2 internet terjumpa lak ngan linapg cerita camne nak masak kari kepala ikan yg sedap dan lazat tuh! Kari dia buat kombinasi nyonya dan juga stail mamak Penang lah katakan. Konfem, aroma daun kari, daun kesum dan juga bunga kantan memang membangkit aroma. Yang bagusnya kari ni tidak menggunakan santan atau susu cair, sesuai untuk kesihatan

Bahan:

  • 2 ketul kepala ikan jenahak  (dibelah dua)
  • 2 paket kecil rempah kari ikan (jadikan pes)
  • 1 sudu kecil serbuk kas-kas
  • 1 sudu kecil halba campur
  • 2 sudu makan cili giling
  • 2 sudu makan gula merah
  • 1 labu bawang besar (dihiris nipis )
  • 6 ulas bawang merah ( tumbuk )
  • 2 ulas bawang putih ( tumbuk )
  • 1 cm halia ( tumbuk )
  • 2 kuntum bunga kantan ( dibelah 4)
  • 2 biji cili merah
  • Sedikit daun kesum
  • 2 biji buah tomato dibelah empat
  • Daun kari
  • Kacang bendi
  • Minyak 
  • Air asam jawa
  • Garam dan perasa 
  • Air secukupnya

Cara:

1. Tumiskan bawang besar, daun kari  dan hamba campur hingga sedikit layu dan wangi masukkan bahan tumbuk.Tumis hingga garing.
2. Masukkan cili giling tumis lagi.Masukkan rempah ikan tumis hingga pecah minyak.
3. Masukkan air asam jawa. Kacau sebentar.
4. Masukkan air ikut suka banyak mana.Masukkan garam & perasa, reneh sehingga kuah kelihatan pekat.
5. Kemudian masukkan kepala ikan,daun kesum dan bunga kantan.Simbah2kan kuah ke atas kepala ikan.Sesuaikan rasa
6. Masukkan kacang bendi, cili merah dan tomato.Kacau sekejap. Tutup api

22. Kek Lumut Perak


Assalamualaikum..dan Salam1Malaysia
Baru kali ni nak cuba buat kek ni. Banyak kali terpandang sifu sifu buat dalam posting.. melihatkan kek Dayang yang gebu, kek Intan mulus dan warna hijau yang menarik hati, akan ku cuba juga..

Bukan apa, sebab kek ni guna Horlicks dan seri kaya, tu yg termalaes sikit je!..Almaklum le, Horlicks dan serikaya tu 'rare items' kat umah nih.

Bila nampak semua orang dah cuba, apa kata kita try lak hari nih! Langkah pertama pi beli mentega cop SCS. Sedap tak sedap belakang kira yang penting mesti cuba juga arini. Capai kunci motor pi kedai 99 beli satu je pun. Horlicks memang dah lama tersadai dalam peti ais, tak tau dah expired ke belum!
Aaha lah! Memang sedap macam kek cokelat moist pun ada, kek lapis asam pun ada bagai tak terkata. Dahlah mudah sangat dibuat, mudah pulak abis tu! Cuma seriau sikit, takut tak sempat masak kek, gas dah habis. Yele!, kukus aje dah 2 jam 30 minit tak boleh kurang seminit pung! Setahun sekali boleh lah buat, kalau hari hari mau parah!
Bahan:
250 g mentega
3/4 cawan gula pasir
4 biji telur gred A
4 sudu besar serikaya
1/4 cawan susu pekat manis
1 cawan tepung gandum ~ diayak
1 cawan horlicks
1 sk esen vanilla
pewarna hijau/ merah
Guna warna merah, kacau ngan sudu dan whisker je!
Cara:

1. Panaskan pengukus, lenser bekas 9"x6"x3" dgn sedikit minyak dan alaskan dasarnya dgn plastik tahan panas.

2. Cairkan mentega, masuk gula halus dan gaul hingga kembang.

3. Masuk telur sebiji biji dgn kelajuan sederhana.

4. Masuk susu dan serikaya sebatikan.

5. Pastu masuk tepung sikit sikit selangselikan dgn horlicks hingga sebati.

6. Masuk pewarna hijau dan esen vanilla.
7. Tuangkan adunan ke dalam Loyang dan kukus selama 2 jam 30 minit. Tak perlu tutup dgn foil ke kain ke, jas lap tudung kukus 30 minit sekali.
Selepas 1 jam dlm pengukus

28 Sep 2012

21. Bronok Kukus


    Salam buat semua dan selamat sejahtera...ni ada resepi yg paling senang dalam donia dan paling sedap, cepat dan ringkas untuk dibuat. Kebetulan tengah dok kemas umah, kemas punyer kemas jumpa sagu yang masih lagi sepeket... mantop, buat kuih sagu nih.... saya panggey `telur katak` ! hahaa.... budakx suka sangat kuih nih!.. saya pun ada wat puding sago juga... yg puding tuh mmg sodapppp.. pergh! Ok kita layan dulu yang ni


Bahan:

1 gelas sagu biji
2 gelas air
1/2 gelas gula pasir
1/2 biji kelapa parut putih sahaja
1 sdt garam
1 sdt esen rose
Sedikit pewarna merah

Cara:

1. Panaskan air + pewarna merah sehingga mendidih.
2. Masukan sagu, kemudian kacau rata.
3. Masukan gula, gaul rata. Apabila adunan nampak pekat sedikit, masukan kedalam loyang 8 1/2 " x 8 1/2 " x 1 "
4. Kukus selama 20 minit. Walaupun kuih ini boleh di kacau saja di dalam kuali tetapi apabila di kukus, sagunya akan nampak berbiji-biji. Lagi enak rasanya
5. Apabila sudah masak, sejukan dan potong ikut suka dan gaul dengan kelapa..siap!!!

20. Agar Agar Sirap Bandung

      Puding ni saya wat petang kemarin. Sedap sangat..terasa lemak manis, ada rasa ala-ala agar-agar santan gitew...anak2 puji kata depa 'terbaekkk' sebutan cam boboboi tuh..Mayb sebab lama mama depa tak wat puding kot hehehe..Meh semak resepi simple ni kot2 ada terpikat ngan kaler pink ni!
Bekas Putri Ayu pun jadik!
Bahan:
10g serbuk agarx warna merah
625ml air (3.5cwn)
175ml susu cair (1 cwn)
100ml santan (3/4 cwn)
1 biji telur gred C
70 g gula (1/2 cwn)
80 ml susu pekat manis (1/2cwn)
Secubit garam
Sedikit esen rose
Ni dibuat khas untuk Putri UMNO
Cara:
1. Masukkan agarx, gula, esen & air ke dalam periuk, masak hingga agarx dan gula hancur. Didihkan sekejap.
2. Kecilkan api, masuk pula susu, santan, telur dan garam, kacau sebati.
3. Bila mendidih, tutup api.
4. Masukkan ke dalam loyang atau bekas kecil2. Sejukkan.
Memang Sedap!!!

19. Kuih Bom @ Rengas

Resepi ni dah ramai kengkawan yg dah cuba & puashati sebab ia konfem tidak meletup masa goreng (lebih selamat!!!). Rasanya pula memang sedap, tak liat walaupun dah lama sejuk. Yang penting, rangup di luar, lembut dan manis di dalam. Lagi satu, kuih ni tetap membulat & tak penyek selepas digoreng!!! Saya katalah!

Bahan (untuk 24 biji je):
80g keledek (kukus pastu lenyek dgn garfu)
120g tepung pulut
20g tepung gandum
35g gula pasir
1/2 sdt garam
100ml air
Bijan - untuk salut
Inti - kelapa/ kacang merah/ kacang hijau
Cara:
1. Campurkan semua bahan hingga sebati menjadi doh lembut.
2. Leperkan doh atas tapak tangan dan masuk inti, balut semula dan bulatkan.
3. golekkan atas bijan hingga menyaluti seluruh permukaan.
4. Goreng dalam hingga garing.

Untuk Inti: 1 biji kelapa parut, 1/2 cwn gula merah, 3/4 cwn gula pasir, 1/4 cwn air & 1 sdm tepung pulut. Masak gula ngan air, dah mendidih masuk kelapa gaul sekata, last sekali taburkan tepung pulut, tadaa, siaap!!!

18. Agar Agar Gula Merah

Ni satu lagi agarx kegemaran cek! Masa kecikx dulu, memang minat gileer. Tak caya boleh cuba!

Bahan:

10g serbuk agarx
180g gula merah cop bintang
70g gula pasir
900ml air
100ml pati santan = 150ml air + 1 pkt serbuk santan Rasaku
1 biji telur, pukul bersama santan
1 cubit garam
1 h daun pandan

Cara:

1. Masak agarx, gula merah, gula pasir hingga larut.

2. Kecilkan api, tuang garam adunan santan, kacau perlahan.

3. Tuang dalam acuan, sejukkan, dan makan! Senang tak?

17. Agar Agar Pelangi

Hujan turun waktu petang menerbitkan idea ni. Layan je le tekak ni!

Bahan A:

10g serbuk agar agar
250g gula pasir
700ml air
200ml pati santan
100ml susu segar
1 cubit garam

Bahan B:

10g serbuk agar agar
250g gula pasir
1000ml air

Cara:

1. Untuk Bahan A, masak agarx, gula dan air hingga larut. Pastu kecilkan api dan masuk santan, susu dan garam, ketepikan dulu.

2. Untuk Bahan B, masak semua macam biasa, pastu ketepikan juga.

3. Mula dgn lapis 1, masuk agarx dalam jag, campur warna, tuang dalam acuan.

4. Bila dah membeku, tuang lapis 2 pulak, dan seterusnya proses berselang seli sebanyak 14 lapis (7 lapis setia satu adunan).

5. Sejukan dan terbalikan untuk hidangan, hiasan ikut citarasa anda!

6. Susunan agarx, lapis 1~13 agarx jernih, lapis 2~14 agarx santan. Warna ikut suka dan kreativiti masingx.

16. Agar Agar Santan

Kali ni saya nak share camne nak buat agarx santan yang lemak berkrim! Resepi ni mudah je, main tuangx pastu masuk peti ais, dah sejuk, ngap!

Bahan:

10g serbuk agarx (1 pkt cop swallow)
250g gula pasir
900ml air
100ml pati santan = 150ml air + 1 peket serbuk santan Rasaku
1 biji telur dipukul bersama santan
1 cubit garam
1h daun pandan wangi

Cara:

1. Masak agarx, air, gula & daun pandan hingga larut
2. Kecilkan api, masuk campuran santan dan garam
3. Kacau perlahan-lahan hingga adunan santan timbul berbintil-bintil
4. Tuang dalam loyang dan sejukan hingga mengeras, baru potong, makan!

27 Sep 2012

15. Tepung Pelita

TEPUNG PELITA


Bawah Hijau:

1 cawan tepung beras
1 sdm tepung jagung
1 cawan gula
7 cawan air daun pandan (tambah sedikit pewarna hijau)

1. Larutkan bahan2 atas hingga sebati kemudian jerang atas dapur guna api sederhana sehingga mendidih dan berkilat.

2. Padam api dan curahkan bancuhan dalam bekas2 kegemaran dan ketepikan.

Atas Putih:

¾ cawan tepung beras
½ sdm tepung jagung (boleh guna 1 sudu)
7 cawan santan (campur 2 cawan air dan 5 cawan pati santan)
½ sdt garam

1. Larutkan bahan2 dan jerang atas api sederhana sehingga mendidih dan berkilat.

2. Padam api dan curahkan atas lapisan hijau. Sejukkan seketika sebelum dimasukkan ke dalam fridge.

Sedap sangat2!! Betul2 melt in the throat! Kalau tak suka lemak sangat lapisan atas, boleh kurangkan santan dan lebihkan air. But I like!!!
Resepi 2
Bahan:
Lapis Bawah:
1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air
4 helai daun pandan-kisar dengan sedikit air, ambil jusnya(dalam 2-3 sudu)
sedikit kapur makan(saya tak letak)

Lapis Atas:
4 sudu besar tepung beras(ratakan)
4 cawan santan
sedikit garam

Cara:

Lapis Bawah:

1. Masukkan tepung beras dalam periuk, masukkan gula, bancuh dengan air hingga tidak berketul, masukkan jus pandan(saya tambahkan sedikit pewarna hijau supaya nampak lebih cantik), masukkan kapur yang dibancuh dengan sedikit air dan ditapis(jangan letak banyak kapur nanti pahit).
2. Masak di atas api sederhana hingga pekat, kena selalu kacau, supaya tak berketul. Bila dah pekat, masukkan dalam bekas

Lapis Atas:
1. Masukkan tepung beras, santan dan garam dalam bekas, kacau sebati, masak atas api hingga pekat, proses ni lama sikit, kalau ikut resepi asal santan dalam 4 cawan, saya kurangkan menjadi 3 cawan setengah(cepat sikit masak, HEHE). Dah pekat masukkan dalam bekas yang berisi lapisan pandan tadi

14. Roti Botol


Bahan (3 orang)


3 cwn tepung gandum
2.5 sdm minyak masak
1sdt garam
sedikit warna kuning
3 cwn air

Cara:

1. Blend semua bahan hingga sebati.

2. Kalau pekat tambah sikit air, kalau cair tambah sikit tepung.

3. Masak seperti biasa dan biarkan beberapa saat. Takyah balikkan, terus aje angkat dan lipat gulung, siap!

4. Makan dgn kari ayam pun sodap. Sesuai untuk rumah terbuka kerana roti jala ni tetap lembut selama 8 jam, seperti baru dimasak je!

Jala guna botol nih, tu yang panggil roti botol tu!!! Memang saya jual mende ni, kalau nak koling koling lah ye! Saya jual 2 botol satu set.
COD KL, luar kena caj postej


13. Karipap Daging Rangup

Bahan-bahan (50 biji)

Inti:

2 sudu besar minyak
½ batang besar kulit kayu manis
½ biji bawang besar* Bahan Tumbuk
2 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
½ inci halia*
½ sd besar jintan manis*
3 sudu besar (75 ml) serbuk kari*
400 gm daging cincang @ daging lembu dipotong dadu kecil
1 sd teh garam / secukup rasa
350 ml air
2 sd teh gula / secukup rasa
500g kentang - dipotong dadu
300 gm bawang besar - dipotong dadu

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis hingga kembang.

2. Masukkan bahan tumbuk dan kacau hingga wangi. Bila garing masukkan serbuk kari dan kacau atas api perlahan hingga bergumpal.

3. Masukkan daging yang telah dicuci dan gaul sebati. Masukkan garam. Kemudian, masukkan air dan biarkan mendidih hingga agak kering baru masukkan gula dan kentang. Kacau hingga mula kering.

4. Masukkan bawang dadu dan kacau sebentar. Angkat dan sejukkan.

Doh Karipap:
500 g tepung gandum - diayak
½ sd besar garam
94 g lepa susu (karipap jadi rangup) @ marjerin.
1 biji telur
½ cawan ais. letak je cube ice dlm cwn yg standard saiz d rumah.
250 ml air
Minyak untuk menggoreng & Secukup tepung untuk mencanai

Cara:
1. Masukkan tepung dalam mangkuk. Gaul tepung dgn telur hingga jadi macam serbuk roti.

2. Dalam bekas lain, masukkan air bersama garam dan ais, tunggu!

3. Panaskan lepa susu @ marjerin atas api kecil hingga berbuih dan tuang rata2 atas tepung tadi.

4. Gaul lagi hingga jadi serbuk roti - gunakan hujung jari. Masukkan sedikit demi sedikit air ais bergaram dan gaul hingga jadi doh. Hentikan penambahan air bila dah jadi doh. Keperluan air mengikut jenis tepung. Rehatkan 1 jam.

5. Bahagikan doh 2 bahagian (setiap bahagian menghasilkan ±25 keping karipap) Ambil 1 bahagian dan canai nipis atas papan canai. Gulung ketat2 dan golek hingga jadi selinder .

6. Potong gulungan silinder tadi hingga mendapat +- 20 ke 25 ketul. Canai nipis (2mm) setiap satu ketul dan isikan 1 sdm (kalau suka inti banyak)/ 1 sdt penuh (inti sederhana). Tutup dan picit untuk menutupkannya, kelim kemas-kemas untuk mengelakkan bocor sewaktu menggoreng.

7. Ulangi proses mencanai nipis setiap ketul hingga habis.

8. Goreng terendam atas api perlahan - sederhana hingga kuning keemasan. Tos atas kertas dapur dan hidangkan.

* Boleh juga digunakan crisco, minyak sapi, mentega atau keduanya (nisbah 1/2:1/2).
* Kalau malas nak canai semua doh, boleh beku doh dibalut plastic dalam. Nak guna, keluarkan dan tunggu kembali asal.

* Karipap belum digoreng boleh disimpan lama dengan menyusunnya atas dulang terlebih dahulu dan letak dalam fridge hingga beku. (1-2 jam). 

* Kemudian ambil setiap satu dan balut plastic agar tak melekat, baru boleh simpan dalam bekas plastic dan letak dalam fridge semula.

26 Sep 2012

12. Terung Sambal

Ni satu lagi resepi turun temurun mak nenek yang senang dan sedap sekali. 

Kisar 4 biji cili merah, 4 biji bawang putih nak halus ke nak kasar terpulang!

Mulax panas sedikit minyak, goreng 4 biji terung putih (terung apax pun boleh janji yang panjang) yang telah dibelah dua hingga masak dan angkat toskan.

Pastu, goreng bahan kisar hingga pecah minyak

Masuk 1.5 sudu makan cuka dan 1 sudu makan gula pasir dan 0.5 sudu teh garam

Masuk semula terung yang digoreng tadi, siap!!!

11. Blueberry Cheese Tart langkah demi langkah!

Hari ini Rabu, terasa lak nak makan tart. Kali ni saya nak tunjukan cara nak buat cheese tart. Langkah demi langkah akan saya tunjuk bagi memudahkan anda semua. Diharapkan apa yang ditunjuk ini akan memberi manfaat pada semua, insya'Allah

Resepi ni sangat sedap, simple dan nyum! nyum!



Bahan bahan untuk buat shell atau crust


Butter : 170gm
Gula Icing : 50gm
Telur gred C : 1 biji
Tepung Gandum : 290gm
Esen Vanilla : 1 sudu teh


Pukul butter & gula guna spatula/ senduk kayu. Sekejap je tau!
Pastu masuk telur & vanilla, kita sebatikan
Masuk tepung sikit sikit
Uli sampai jadi doh yang lembut. Agakx nak lembut camne, terpulang!
Masukan doh dalam sampul plastik dan simpan dalam peti sejuk semalaman

Ambil sedikit doh dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dgn garfu sebelum dibakar, bakar pada suhu 170C selama 20~25 minit atau hingga masak
Biarkan crust betulx sejuk sebelum meletakkan filling dan cheese
Boleh buat banyakx, mana yg tak pakai simpan dalam bekas kedap udara untuk kegunaan akan datang

Nota: Kalau guna telur gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat

Sediakan filling kesukaan anda seperti blueberry, strawberry, cokelat, kiwi, oren atau jam nenas. Kat kedai jual bahanx kek berlambak, pilih je. Kalau tak mau, boleh buat sendiri, xde hal punye!
Gunakan piping bag untuk proses memasukkan filling dalam crust

Lagi banyak filling lagi sedap! Bila dah siap, ketepikan, sediakan cheese lak



Cream Cheese 250gm
Gula Kastor 50gm
Telur gred B 1 biji
Esen Vanila/ lemon 1/2 sudu teh

Keluarkan cream cheese 30 minit sebelum digunakan
TAPI
jangan biarkan mencapai suhu bilik!!!

Sebatikan cream cheese dan gula hingga lemak berkrim

Masukkan telur dan esen, kita putar lagi!


Gunakan kaedah yang sama masa memasukkan filling tadi

Masuk penuh cheese macam dalam gambar


Proses Melorek

Ambil sedikit cheese tadi dan titikan sedikit pewarna yng anda suka dan ratakan sehingga warna bergaul sempurna


Proses melorek dilakukan masa cheese masih lembut, jangan biarkan cheese terlalu lama, bila dia mula mengering, susahlah sikit!

Ambil satu pencungkil gigi, buat garisx kecil di tepi

Bilangan garis ikut citarasa anda
Gunakan bahagian yang tajam, tarik dari atas ke bawah dalam bentuk bulatan untuk mendapat bentuk tu

Dah siap, bakar guna suhu 170C selama 5 minit. Sentuh cream dgn hujung jari, jika tak melekat kira oklah tu. Takpun, bakar seminit lagi


Nota:

Guna api atas bawah tapi letak dekat rak bawah
1 adunan crust dapat 40 biji
1 adunan cheese dapat 80 cheese
Jadi, adunan crust tu buat 2 adunan

Dah siap bakar, boleh simpan dalam botol dan letak dalam peti ais untuk ketahanan dan kesegaran

Sumber: MasamManis

10. Jom Kuruskan Badan!!!

Bismillahirrohmanirrohim....

PENDAHULUAN

Sekarang masa untuk kuruskan badan, tapi makan tetap makan!!! Saya nak kongsikan teknik yang berkesan atas diri saya menurunkan 7kg dalam masa 2 minggu (atau lebihkurang 10~15kg dalam masa 1 bulan)

Cara diet ni saya kopi dari buku omputih!

MAKANAN UNTUK 6 HARI

Oklah, sembang panjang pun tak guna, terus ke pokok bicara tapi anda kena ikut pemakanan ini dalam masa 6 hari dalam seminggu untuk 2 minggu berturut turut tau!

TAK BOLEH MAKAN

Air Manis
Makanan bergula
Nasi
Ubi
Segala jenis roti
Makanan berasas tepung
Kek
Buah buahan
Madu
Salutan tepung yang bergoreng (pada ayam/ daging goreng)
Minuman 3 dlm 1
Segala jenis produk diari seperti susu, cheese dan seangkatan dengannya

BOLEH MAKAN

Segala jenis daging yang halal, ayam dan ikan
Telur
Jenis kekacang, kacang tanah, peas, red bean, dll ... (ganti nasi)
Semua jenis sayur
Air kosong (nak baik lagi air suam)
Air kelapa tanpa isi!

BILA NAK MULA?

1. 4 jam sekali maksimum 4 kali sehari, makan bila lapar, stop sebelum kenyang! Kalau lapar juga, kunyah kekacang setengah genggam. Kalau betulx ikut, anda xakan lapar di antara waktu makan tu.

2. Pagix saya selalu makan telur setengah masak 2 biji dan kekacang, buatlah resepi apax pun ada banyak kat internet... cari slow carb diet resepi

3. Jam 1000 ke 1100, ratah kekacang

3. Jam 1400 makan daging/ ikan/ ayam/ telur = sumber protin, sayur jangan tak makan lak!

4. Jam 1800, makan lagi

5. Jam 2200 makan last sekali, ringanx je kang xleh tidok lak. Sehari dua je rasa kekok, pastu ok lah tu, kalau taknak, teruskan dgn kege mok mok an mu itu

6. Air kosong sekurangxnya 3ltr sehari

7. Perasa makan boleh je ie kari heerbax lada hitam/ putih garam, cili dsb. Kicap nak ikutkan tak boleh kerana banyak gula tapi makan je lah!

HARI KE 7

Makan apa sahaja seperti biasa, cheese cake ke, krim karamel ke, nasi mandi ke sebab anda dilarang berdiet pada hari ini. Ada makna tu... dari segi bioloji

PENUTUP

Jangan lupa rekod berat badan pada hari pertama, ke 7 dan ke 14 dan tetapkan SASARAN anda.

Anda akan rasa perubahan dari segi aktiviti fizikal - kurang penat

Rasa kurang lapar
Nafsu terhadap makanan/ minuman manis berkurang 60%~70%
Nasi pun dah kurang menarik
Tenaga semakin meningkat
Mengantuk pun kurang

Jika anda kerja penat dan teruk, tapi masih gemuk, ada 2 fear factors:

1. Anda melantak,,,,tidak ikut sunnah
2. Sehingga badan anda menerima penyakit kesesakan insulin, dan leptin mungkin... maka bertambah montellah anda!!!
Itu saya tak tau, nasihat sudah diberi!

Segala yang baik adalah dari Allah,,,,

Segala yang buruk, itulah kejahilan kita


25 Sep 2012

9. Kelebihan Minum Air Kosong


     Tabiat minum air kosong ketika perut kosong salah salah satu tabiat baik. Rasulullah saw juga sering mengamalkan minum air kosong sebaik sahaja bangun dari tidur setiap pagi. Ia juga baik untuk merawat penyakit antaranya:

sakit kepala
sakit badan
sistem jantung
artritis
degupan jantung pantas
gila babi
obesiti
asma bronkitis
TB
Meningitis
Buah Pinggang dan Air Kencing
Muntah muntah
Gastrik
Cirit Birit
Buasir
Kencing Manis
Sembelit
Penyakit Mata
Rahim
Kanser dan gangguan haid
Hidung, Tekak & Telinga

Kaedah:
1. Sebaik sahaja anda bangun pagi sebelum memberus gigi, minum 4x160ml air.
2. Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan atau minum apa apa untuk 45 minit.
3. Selepas 45 minit, anda boleh bersarapan seperti biasa.
4. Selepas 15 minit sarapan, makan tengahari dan makan malam, jangan makan apa apa selama 2 jam.
5. Orang tua atau sakit yang tidak mampu minum 4 gelas air pada awal, boleh bermula dengan mengambil sedikit air secara beransur ansur meningkat kepada 4 gelas setiap hari.
6. Kaedah ini dapat menyembuhkan penyakit tersenarai di atas di samping itu anda boleh menikmati kehidupan yang lebih sihat.

Jadual Rawatan Untuk Penyembuhan Yang Dicadangkan:

1. Darah Tinggi (30 hari)
2. Gastrik (10 hari)
3. Diabetes (10 hari)
4. Sembelit (10 hari)
5. Kanser (90 hari)
6. TB (90 hari)
7. Artiritis hanya perlu mengikuti rawatan di atas hanya untuk 3 hari (minggu 1) dan setiap hari selepas minggu kedua.

Kaedah rawatan ini tidak mempunyai kesan sampingan, namun pada permulaan rawatan anda mungkin perlu kencing beberapa kali.

Adalah lebih baik jika kita teruskan kaedah ini sebagai rutin harian.


Ini adalah cara & tradisi rakyat China dan Jepun meminum teh panas selepas mereka makan makanan, bukan air sejuk..

Mungkin tiba masanya kita perlu mengubah tabiat minum semasa makan!

Kita tidak akan hilang apa apa, malah mendapat tahap kesihatan yang maksimum, insya'Allah.



Bagi mereka yang gemar minum air sejuk, fakta ini sangat berguna kepada anda!

Bukanlah tidak boleh/ bagus untuk minum segelas air sejuk selepas makan.

Walau bagaimanapun, air sejuk melambatkan pencernaan, waullahu a'lam!

Apabila ini "enapcemar" bertindakbalas dengan asid, ia akan memecah dan diserap oleh enzim intestine lebih cepat berbanding makanan pejal.

Ia akan selari dengan enzim intestine.

Apa yang terbaik adalah minum sup panas atau air suam selepas makan.

Ambil perhatian yang serius untuk serangan jantung:

Wanita perlu tahu bahawa tidak semua simptom serangan jantung akan menjadi di sebelah kiri dada.

Berhati hati kesakitan yang teramat sangat pada garis rahang.

Mungkin anda belum pernah merasa sakit dada semasa serangan jantung.

Loya dan berpeluh berlebihan juga tanda tanda lazim.

60% dpd orang yang mempunyai serangan jantung ketika sedang tidur dan tidak bangun.

Sakit di rahang boleh bangun dari tidur. Lebih banyak kita tahu dan pelajari, maka peluang untuk hidup lebih panjang lagi!