4 Mei 2015

97. Mee Macamx

Mee

KOEY TEOW GORENG KERANG
Bahan:
1 peket koey teow
Daun kucai - dicuci dan dipotong 1 inci panjang
Semangkuk kecil taugeh
Udang saiz sederhana - ikut suka banyak mana
1 mangkuk kecil isi kerang
1 sudu makan sos tiram
2 sudu makan kicap mee Tamin
3 sudu makan kicap cair
2 sudu makan cili kering kisar
3 sudu makan sos cili
4 ulas bawang putih - diketuk dan dicincang halus
2 biji telur
Sedikit minyak masak

Cara:
Panaskan sedikit minyak. Masukkan telur yang telah dipukul rata. Dikacau sentiasa hingga menjadi telur hancur (scramble). Ketepikan.
Masukkan lagi sedikit minyak. Tumis bawang putih hingga wangi.
Masukkan cili kisar. Kacau hingga pecah minyak. 
Masukkan semua sos dan kicap. 
Masukkan udang dan isi kerang. Kacau rata hingga udang masak.
Masukkan koey teow, kucai dan taugeh. Kacau rata.
Masukkan telur hancur. Kacau rata.
Bila bumbu dan koey teow telah mesra, tutup api dan hidangkan.
** Saya goreng telur secara berasingan kerana saya tidak mahu koey teow goreng saya terlalu kering. Dengan cara ini koey teow saya akan jadi agak lembab.

AIR ASAM BERKERISIK 3
Bahan:
** 3 biji cili merah 
** 15 cili api 
** 1 sudu makan belacan bakar
** 2 sudu teh garam
** 2 sudu teh gula
2 biji tomato - dibelah dua dan dihiris nipis
1 biji bawang besar - dibelah dua dan dihiris nipis
1 sudu makan kerisik
1 biji cili merah - dihiris bulat nipis
2 atau 3 biji limau kasturi - diambil jusnya. Kulitnya dihiris-hiris
2 sudu makan asam jawa + 1 cawan air masak - gaul dan asingkan bijinya.

Cara:
Di dalam lesung, tumbuk bahan ** hingga lumat.
Masukkan cili merah hiris. Lenyek-lenyekkan aje.
Masukkan bawang besar. Tumbuk manja-manja aje.
Masukkan tomato. Lenyek-lenyekkan aje.
Masukkan kerisik ke dalam air asam.Kacau rata.
Masukkan bahan tumbuk, gaul rata.
Masukkan jus limau kasturi dan kulitnya yang sudah dihiris. Gaul rata.
Hidangkan bersama ikan bakar... Memang sedap....

Mee Kuning Cop Tangan
Resepi mee kuning insyaallah bersih dan halal serta dr air tangan kita..dan sangat menjimatkan..500gm tpg gandum menghasilkan 1.5kg mee kuning..

Resepinya
500gm tepung gandum
1biji telor + pewarna kuning + 2 sudu besar air kapur + air = 200ml (pewarna ni agakla ye jgn banyak sangat...saya guna yang serbuk secubit je) kalau cecair tu agak2 ye.. kalau kunyit jika dicampur dgn air kapur akan jadi wane oren nanti ..sebaik2 pewarna kuningla..

caranya 
*panaskan air dalam periuk untuk merebus mee ni dan masa nak masukkan mee nanti masukkan garam dlm 2 sudu besar..(saya tak masuk dlm gandum sbb nak jaga mesin dr berkarat)

* masukkan tpg gandum dlm bekas dan tuangkan air 
* gaul sebati
* doh ni agak keras sedikit dr doh karipap ye.. 
* tak payah bagi licin pun tak apa..asal semua sebati je..
* bahagikan 3 bahagian dan leperkan
* menggunakan mesin mee..masukkan doh pada bahagian yang tiada gigi dan 
laraskan no.1... (kalau mesin mee saya ada 6 laras (1-6) 1 bukaan paling besar 
dan 6 tu bukaan paling kecil/ halus)... ada juga yang laras bukaan ada 1-9 (1 tu 
laras bukaan paling besar dan 9 tu laras paling halus/nipis) alirkan doh pada 
mesin tersebut sehingga abis buat 2x ye..(2x masuk) 
* kemudian laraskan semula ke no.4.. atau 6@7 bagi laras bukaan 1-9 masukkan kepingan mee tadi yang ni tuk nipiskan mee buat 2x
*kemudian masukkan kepingan yang dah nipis ni pada mesin yang ada gigi halus tu..masukkan kepingan mee tadi dan pulas sampai habis..
*skrang masa nak merebus mee..5 minit rebus mee... masa masukkan mee jgn kacau dulu ye..biarkan dlm 1-2 minit..baru kacau ye..kalau kacau masa taruk mee nanti mee tu putus..cukup 5 minit 
*tos kan mee dan terus masukkan mee dlm air paip biasa (ini utk menghilangkan kanji pada mee ni..kacau2 la mee ni ye tuk buang kanji.. toskan semula mee shingga kering dan masukkan 3 sudu besar minyak masak dan gaul mee sebati..saya copy paste resepi ni...tk...

Bihun Singapore

Bahan: (1 peket utk 8 orang) (dah buat, sedap bangat)
1 biji bawang besar, 4 biji bawang putih, 2 biji lada padi n 1 sdm udang kering di blend
4 biji fish ball, 1 ketul ayam dihiris, 1 sdt lada hitam, 1 sdt garam, 1/2 sdt aji n 1 c air

Cara:
  • Tumis bawang besar yang dihiris nipis dengan bahan kisar.. biar sampai garing
  • Masukkan telur.. hancurkan
  • Masukkan fish cake dan udang.. biar sampai masak
  • Bancuh sedikit gula dan garam dengan air.. agak2 ler.. kemdian masukkan dalam kuali biar mendidih..masukkan lada sulah dan lada hitam sesedap rasa
  • Kemdian masukkan lobak merah dan bihun.. kacau
  • Masukkan kubis.. 
  • Biar masak.. siap.. angkat, tabur daun ketumbar 
* Bihun Singapore yang biasa saya makan, dia lembap2 sikit, bihun dia lembut je

cili jeruk
Masukkan gula (untuk ½ kilo cili hijau, Kjee letak kira2 dua sudu besar gula), sedikit garam dan tuangkan cuka masak sehingga menutup paras cili. Tunggu dua jam, cili itu dah okay untuk makan.

Pes mee goreng ala mamak (buat pada 260215)
pes ni saya buat banyak dan boleh disimpan dlm peti..kat kampung saya ada satu kedai tiap kali beli mee goreng tiap kali tu la saya minta sambal extra..sambal tu toke tu letak dlm mee goreng dia..mee kari, cicah cucur dll... dr situ la saya teliti dan rasa apa bahan2 yang dia masukkan..so yang ni lebih kurangla insyaallah sedap..
resepi:
6 biji bawang besar*
1 labu bawang putih*
2 genggam lada kering (40g)
segenggam udang kering*
1/2 cawan sos cili/tomato
1/2 cawan kicap
garam, isi terakhir sekali..sbb kiub ayam dah ada garam
4 sudu besar gula
2 stok kiub ayam
1/3 cawan minyak masak
cara
*kisar bahan bertanda sehingga hancur - guna sedikit air
* panaskan minyak dlm kuali..masukkan bahan bertanda * ..tumis sehingga kering
dan pecah minyak..masukkan kicap..sos cili/tomato, kiub ayam, gula..tumis lagi
sehingga agak pekat..dah sambal menjadi agak gelap..
* tutup kuali ngan penutup sbb sambal mudah terpercik keluar... buka api dpur 
sederhana sahaja..
* sambal ni masak nya agak lama ..lagi lama lagi sedap tapi kene kacau sentiasa ye
takut hangus di bawah.. perasakan..kalau dah ok jgn isi garam tapi jika tawar tambah sikit je garam.. sambal ni tak la masin sangat .. simpan dlm bekas tertutup tuk kegunaan lain..
resepi mee goreng ala mamak - saya lebih suka goreng utk sorang makan..so kalau nak masak sekali banyak agak2 la ye
resepi tuk sorang makan
segenggam mee kuning + lebih sikit
kobis, tahu goreng yang di potong nipis, tauge, sawi dipotong
telor
isi ayam dipotong dadu dan sotong 
caranya
panaskan kuali..masukkan 2 @ 3 sudu minyak masak
masukkan 1 1/2 - 2 senduk lebih kurang pes mee goreng ..masukkan sotong, ayam..sehingga masak
masukkan sayur kobis, dan sawi dan rasa kalau tawar tambah garam
masukkan mee kacau semua dan buat lubang ditengah kuali masukkan 1 biji telor
biarkan sebentar kacau telor tu dan kacau sekali ngan mee...saya guna 2 sudip nak gaul mee... sekejap je lepas taruk telor kacau2 dan masukkan tauge gaul sebati dan terus angkat
*boleh dihiaskan dengan cili potong, taburan bawang goreng dan daun bawang dan limau nipis

MEE KARI (ida shahida II)
Bahan:
4 biji bawang merah} dikisar halus
2 biji bawang putih} dikisar halus
3 peket kecil serbuk kari daging atau 1/2 peket yg besar
3.5 sdm cili mesin
1 bungkus mi kuning-dicelur
Tauge 50 sen
ayam 1/2 ekor dipotong kecil kecil kecil dan jika suka belilah setengah ekor lagi untuk digoreng garam kunyit (dicadangkan agar menggoreng bahagian yang isi sahaja dan bila nak hidang ketuk2 sedikit dengan belakang pisau agar pecah2 sedikit-serapan kuah gulai nanti akan menyedapkan lagi ayam goreng ini)

Sawi-dicelur
Kacang panjang dicelur
Bawang goreng
Sedikit air asam jawa
Garam
Minyak 1/2 cawan untuk menumis
Bawang goreng
Sedikit air asam jawa ( tk bubuh pun tk apa)
Garam
3 biji telor rebus

(untuk dimasukkan dalam kuah gulai)***
4keping tekua goreng
1 peket tahu goreng yang kecil2
3 keping pucuk yang digoreng
5 biji fish ball/fish kek/ketam ball/atau apa2 je kalau boleh campur banyak jenis lg best
(macam steam boat )
Santan dari 3/4 biji kelapa (1/2 dicairkan) / 3/4 kotak santan (yg 1/4 kotak tu dibancuh cair 3 cawan air

SAMBAL KELAPA
Tumis bawg putih bawang merah.masukkan cili mesen 2 camca. kacau sampai cabai tu pecah minyak. Kemudian masukkan santan sedikit, garam, gula, ajinomoto. biar masak cabai ni sampai pecah merah dan menjadi warna merah cantik. tutup api. (untuk bubuh kat atas mee masa nak makan nanti)

Cara:
Mula-mula boh minyak dan tumiskan bwg putih halia bwg merah buah pelage kulit kayu manis bunga lawang bunga cengkeh sehingga naik bau. 2 camca cili giling dan serbuk kari dibancuh dengan air (pekat). bila tumisan dah garing masukkan rempah tadi.sederhanakan api. biar rempah tu masak lama sikit. dikacau2. bila rempah tu dah benar2 masak bertukar menjadi warna merah gelap dan dah pecah minyak, masukkan ayam bersama kuahnya tadi. Biar masak dan sebati dengan rempah tu dulu...bila ayam dah sebati dng rempah dah cantik warnanya masukkan 3 cwn air. Sambil dikacau terus.bila dah didih masukkan santan cair. sambil dikacau-kacau kuah dan Masukkan garam gula secukup rasa dan ajinomoto.
Tunggu didih sekali lg. BIAR AYAM TU JADI HANCUR hancur sikit....Bila dah didih lagi...masukkan semua bahan2 yang nak masukkan dalam kuah tadi tu *** fish kek fish ball, ketam ball, tekua goreng , tekua goreng, kacang panjang dan llg. Pastu masukkan sekali baki santan pekat tadi. Biarkan menggelegak sikit je pastu terus tutup api. (jangan ditudung masa sedang panas kuah tu...) –dah siap n dah boleh makan!!!! tambah air sikit jika kuah terlalu pekat dan rasa masin manisnya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan