4 Mei 2015

89. Kek Pelbagai Guna

Kek
Kek Buah Kukus (211214:ok)
http://citarasawan.blogspot.com/2014/01/kek-buah-kukus-chef-zubaidah.html
Bahan A:
300 gm gula halus 0.952
50 g air panas
225 gm mentega SCS
500 gm buah-buah kering campuran 5.45 

Bahan B:
350 gm tepung gandum 0.4725
2 sdt soda bikarbonat (10 gm)
1/2 sdt krim tartar (3 gm)
1 sdt serbuk buah pala (3 gm)

Bahan C:
1 sdt esen vanilla
3 biji telur gred A 1.20

Kek Cokelat (221214) (Dapat 300gx3 n 90gx1)
http://maszie.blogspot.com/2014/01/kek-coklat-moist-kukusyg-moist-btul2.html
Bahan A:
3/4 c serbuk koko ( 60g)
1 c gula pasir (160g)
1 c susu cair
1 c minyak masak
1/2 c susu pekat

Bahan B:
1.5 c tepung gandum (185g)
1 sdt bikarbonat
1 sdt baking powder
1 sdt esen vanilla
3 biji telur (suhu bilik)

Cara:

1.Masak Bahan A dalam periuk sampai sebati. Api kecil. Sejukkan.
2. Pukul telur sampai betul2 kembang (lebih kurang 5 minit +++) kemudian masukkan bahagian A. Masuk esen vanilla. Pukul sampai sebati.
3. Masuk bahagian B sedikit demi sedikit! kacau sebati selama 5 minit +++
4. Masukkan adunan dalam loyang dan tutup permukaan kek dengan kertas foil.
5. Kukus selama 1 jam 10 minit dengan api yang sederhana. (pastikan air kukusan telah mendidih terlebih dahulu...) Jangan buka penutup kukus sampai cukup masa. 
Angkat...tunggu sejuk baru boleh potong. Kalau rajin boleh letak topping...

TOPPING (ganache) Nyummm
Bahan:
300 gm coklat masak ~dipotong kecil
2 sdm susu pekat
1/2 c susu cair
2 sdm butter
1/4 c air panas

Cara:
1. Panaskan susu cair dan susu pekat dengan kaedah double boiler. Masukkan coklat masakan dan kacau hingga ianya cair. Padamkan api dan masukkan butter. Kacau lagi hingga cair.
2. Curahkan 1/2 dr ganache atas kek yang masih panas tadi hingga menutupi keseluruhan kek. Biarkan lebih kurang 15- 30 min supaya ganache tadi meresap ke dalam kek.
3. Panaskan kembali lebihan ganache tadi(kaedah double boiler) dan masukkan air panas. Kacau sehingga sebati dan curahkan ke atas kek tadi.
4. Bila kek dan ganache dah sejuk, bolehlah dimasukkan ke dalam peti ais. Boleh juga dinikmati ketika suam2 panas..

** mmg agak banyak ganache yang dihasilkan sebab nak kena siram 2x atas kek tu nanti untuk menghasilkan kek yang super duper moist

Catatan Sendiri
1. Bekas taufufah 150g bekas 4 segi c-15ht 100g (6+1)
2. Cuba buat 250g x 4 next time

Resipi Kek Coklat Lapis Cheese Kukus/ Choc Moist cake kukus
http://raihannavanilla.blogspot.com/2013/03/resipi-kek-coklat-lapis-cheese-kukus.html

Bahan2 Kek:
2 cawan tepung gandum + 1 sudu kecil baking soda
1 cawan serbuk koko
1 cawan serbuk milo
1 1/4 cawan gula pasir
1 1/2 cawan susu pekat manis
1 cawan minyak jagung
2 cawan fresh milk + 1 sudu kecil nescafe (dididihkan)
4 biji telur gred A
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil choc emulco

Bahan Cheese:
(lapisan cheese ni rai guna resipi daripada mrsdayat myresipi.com
http://www.myresipi.com/top/detail/2159
tapi rai gandakan resipinya.. credit to mrsdayat...)

400gm Cream cheese
(kalau dekat malaysia cari jenama philadelphia atau tartura)
100gm gula castor
40 ml air
2 biji telur gred A

Bahan Ganache:
(mesti buat semalaman dan simpan di luar sahaja.. 
baru dia akan dapat struktur mcm nutella dan bukan cair)

400gm choc masakan
300gm whipping cream
1 sudu besar butter

so kita buat awal ea...
cara buat choc ganache

1. Didihkan whipping cream + choc masakkan dengan kaedah double boiler cam atas nie...
kena kacau sentiasa bagi dia sebati cantik..
dah cair semua.. masukkan butter..
2.Biarkan dia sejuk pada suhu bilik..Lepas dia sejuk,wrapkan dengan cling plastic atau tutup..
letakkan di luar semalaman..
kira cam perap la..

TOLONG PANASKAN AIR KUKUSAN ANDA DAHULU....
AIR MESTI BETUL2 PANAS sebelum anda kukus adunan cake anda..

Buat choc moist cake punya lapisan dahulu...

1. Satukan semua bahan2 kering
2. Kemudian masukkan semua bahan2 cecair kecuali susu panas..
3. tak payah guna mixer... Guna Whisk untuk sebatikan dia...
4. Didihkan fresh milk + 1sudu kecil nescafe tadi
5. Akhir sekali masukkan susu panas tadi... 
6. Kena kacau kuat2 tau dengan whisk untuk sebatikan dia..
sehingga dapat struktur camni...Ketepikan sekejap...

ok lepas tu buat lapisan cheese
1. Satukan semua bahan2 untuk membuat lapisan cheese kecuali telur
2. Putar guna mixer sehingga kembang
3. Masukkan telur... dan tak perlu putar lama lepastu..ckup sekadar telur dah sebati dalam adunan..

ok ..
kita dah ready nak melapis ...

1. masukkan lapisan choc.. buh sedikit je tau adunan.. jangan bubuh tebal..
sebab confirm dia akan naik 2 kali ganda..

2.Tutup kukus
(sebab ada orang tanya rai ..rai tak tutup ke tutup pengukus masa kukus cake nie?)...
maybe tengok gambar camni kot..so confuse juga kan..
rai amek gambar camni supaya nak tunjuk camana sebenarnya bila dia dah masak...
yang loyang atau aluminium foil ni tak payah tutup dengan apa2....
cuma PENGUKUS mmg kena TUTUP ngan PENUTUP PENGUKUS yaaa kalau nak kukus apa2 pun..
supaya wap panas tu leh masakkan keseluruhan cake...
then  Kukus 15-20 minit.. atau make sure atas dia ni dah kering camni...

3. Pastu tuang pulak lapisan cheese atas lapisan choc tadi..

4.Kukus lagi 15-20 minit atau sehingga atas dia nampak kering...
Jangan tak kering lagi pastu p bubuh lapisan ea.. nnti rosak lapisan dia..
atau nak bg make sure cucukkan lidi.. dan check..
Ikut korang nak lapiskan 1 atau 2 layer..
kalau nak lapiskan 1 layer je cheese + 2 layer choc cake.. tuang je semua lapisan cheese tu
(especially yang nak guna loyang bulat)
Kalau nak buat 2 layer cheese.. then bahagikan 2 bahagian cheese + 3 bahagian cake.....

5. Buat sampai habis dan make sure atas sekali lapisan choc...

6. Kukus 15-20 minit lagi atau sehingga lapisan betul2 masak..
check guna lidi... kalau kering means dah masak.. haaa dah naik menggebu dah..

7.Kalau ada adunan lebih atau nak letak dalam bekas kecik2 yang tahan cmni pun boleh..
lebih comel dan mudah makan...
nak jual pun boleh guna bekas cmni...

TIPS

ok.. tips untuk dapatkan choc moist cake sedapp dan moist...
sejukkan cake nie betul2 pada suhu bilik....
kemudian...
wrapkan dengan cling plastic....
masukkan dalam fridge biarkan semalaman dalam peti sejuk..
kalau cake choc moist kukus biasa tanpa lapisan cheese..
ckup after dah wrap tu.. letak je kat luar.. tak payah letak dalam fridge..
yang ada lapisan cheese kena letak dalam fridge.. sebab cheese akan rosak kalau letak di luar sahaja..

Guna bekas camni lagi senang simpan...
leh tutup kan aja.. then letak dalam fridge..

Topping
pastu... esok tu baru la kita make up kan cake kita dengan choc ganache..
hasil dia cake akan lebih moist dan jadi sedap...
sapukan aja choc ganache seluruh cake atau leh sapu kat bahagian atas je..
tabur dengan choc rice..simple.. tapi akan nampak menarik...
lepastu leh masuk dalam fridge kejap bagi choc ganache tu set..
cake yang dah diperapkan semalaman...
kemudian buka aluminium foil tu...
sapukan choc ganache keliling dia.. lepastu tabur choc rice...
nie kalau satu layer
Nie kalau versi cake guna loyang bulat....
Nie kalau 2 layer.. 
rai suka buat layer cheese nipis supaya tak rasa muak..

Oreo Cheese Cake
http://sukasukisya.blogspot.com/2013/03/resepi-oreo-cheese-cake.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan