4 Mei 2015

104. Hidroponik

Hidroponik
kedai akuarium, span filter... span basuh pinggan akar susah nak menjalar sebb rongga bercantum dan terlalu simpan air... kalau span filter ni rongga byk dan kurang pegang air, kurang risiko reput pangkal...

semestinya air baja....

sumbat dalam set hydroponik... kalau nak tanam kat tanah atau cocopeat tanam je sekali ngan span...

baja AB paling normal...

loose sikit tapi padu... agak2 air boleh pegang dan akar boleh lalu... sesedap rasa la...

kalau nak ke tanah, masa semai lepas cambah bg air baja sikit dalam bekas takung, lepas seminggu baru pindah kat pasu, letak tempat bercahaya bukat direct sunlight, pelan2 baru pindah kat panas terik....

yg putih tu keras, kurang serap... hijau atau biru, biasa rm4-5 hengget 1 pek...

benih sample tu letak sebijik je nanti camginiha... jgn tabur plak...

kalau kat tempat lain sy xtau le nak beli kat mana, tapi sy ada jualnya hehe...

8 inci... pakai bekas minyak selalu org buat

lambat lagi nak jadi bola, baru sebulan, mau lagi 2 bulan kot...

sediakan bekas takung, buat lubang, sumbay pasu, isi cocopeat + perlite isi air baja semai benih.... cam tu la....

kena cuba sampai jadi.... dulu sy tanam pun mati... menanam pun kena ada pengetahuan dan tips...

Cara Penyediaan Stok Baja AB
Kebanyakan daripada pengusaha fertigasi membeli baja 'ready-made'. Baja fertigasi ni lebih dikenali sebagai baja AB. Ini disebabkan setiap set baja mengandungi 2 bungkusan. Iaitu set A dan set B.

Saya andaikan anda membeli baja AB 100 Liter krn di pasaran ada 4 kuantiti yg berbeza iaitu 10 L, 50L, 100L dan 200L stok baja. Jadi sediakan 2 tong plastik yg mempunyai kapasiti sekurang-kurangnya 100L. Jika kapasiti tong melebihi 100L (cth 150L atau 200L), anda perlu menanda aras 100L dengan menyukat paras air 100L.

Cara penyediaan Stok Air Baja:
1) Masukkan air kosong (air paip/air telaga/ air 'boring' dll) ke dalam setiap tong sebanyak 3/4 penuh.

2) Buka satu bungkusan baja. Keluarkan bungkusan kecil (jika ada) yg mengandungi baja Mikro seperti Ferum atau campuran mikro (Mangan, Boron, Zink, Copper, Mo).

3) Masukkan dulu baja makro (yg banyak tu) sedikit demi sedikit sambil kacau supaya larut. Di ikuti dgn baja mikro (paket kecil tu). Rendam plastik yg mengandungi baja mikro supaya semua baja di dalam bungkusan tersebut betul2 habis di tuang. (Kerana ada baja Mikro spt Mo yg beratnya secubit, x sampai 1 gram).

4) Penuhkan tong tersebut dgn air kosong sehingga paras 100L. SIAP. Dah jadi stok air baja 100L.

Tips penggunaan stok air baja:
Set A selalunya ada baja mikro Ferum (ala yg serbuk warna kuning tu), jadi stok air baja A akan berwarna kuning.

Set B, stok air baja set B selaluya tidak berwarna dan jernih.

Jika nak guna utk bancuhan air baja dalam tangki besar (600 gelen tu), sebaik-baiknya ambil stok air baja set B dulu diikuti dgn stok air baja set A.

Jika boleh stok air baja dan tangki air baja berada di tempat yg teduh atau berbumbung.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan