4 Mei 2015

93. Nasi Pelbagai

Nasi
Nasi Daging
Bahan utama ( utk 6-8 org makan ):
~ 5 beras basmathi atau beras biasa/wangi

Beras ni di basuh kemudian di rendam selama setengah jam, paling kurang 15 minit la.. lps stgh jam sila toskan airnya.. biarkan beras dlm periuk nasi..

Tapi kalau guna beras biasa takyah rendam.. just basuh dan tos kan.. paham..? hehe.. ok done.. meh buat langkah seterusnya..

~ 300 gram daging di potong kiub.. lebih elok daging batang pinang sbb cepat sikit empuknya.. nak taruk lebih pun takpe.. daging ni aku sekalikan dlm memasak nasik ye.. so takde byk sgt aku letak..

Bahan 1:
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 inci halia

Bahan 2:
1 sudu besar minyak sapi
1 sudu besar butter/marjerin
150 ml susu cair
2 sudu besar sos tomato/tomato puri
sup bunjut adabi
bunga lawang, kayu manis, buah pelaga
1 sudu besar serbuk kurma ~ aku guna baba's
garam secukup rasa ~ aku guna 2 kiub pati ayam knorr
air secukupnya..

Langkah 1:
Dalam periuk , rebus daging kiub tadi bersama 7 cawan air , sup bunjut, rempah kurma ... rebus sampai daging empuk.. air rebusan jgn di buang sbb nak gunakan utk memasak nasi..

Langkah 2:
Dalam periuk lain pulak, masukkan butter dgn minyak sapi..
Tumis bhn hirisan, bunga lawang, kayu manis dan buah pelaga.. tumis sampai layu..
Kemudian, masukkan 2 sudu besar tomato puri.. kacau rata..
Masukkan pula susu cair.. kacau lagi..
Dan akhir sekali, masukkan air rebusan daging bersama dagingnya sekali ke dalam periuk tumisan tadi.. korang jgn main tuang aje tau.. sukat dulu airnya.. guna pot sukatan beras td, ambik air rebusan dlm 6 pot saja kalau guna beras basmathi la kan..
Tapi kalau guna beras biasa, just ambik 5 pot air rebusan daging tu aje.. dagingnya jgn lupa sauk sekali tau.. hehehhe.. 
Pastu masukkan 2 kiub pati ayam knorr.. dah settle proses pencampuran sila tutup api.. takyah tunggu menggelegak pun..
Tuang terus ke dalam periuk nasi yg berisi beras td... masak nasik mcm biasa.. utk beras basmathi, level sukatan air bg 5 pot beras adalah di nombor 7..
Siappppp... masa nak gembur2kan nasi tu sila guna garfu.. baru lawa sikit hasilnya..

Nasi Minyak (buat pada 300713, sedaap!)
400 gm beras basmati praboil (rendam air suam 30')
500 ml air 
125 ml susu cair
3 s/b minyak sapi 
1/2 kiub ayam + 125 ml air
2 cm kulit kayu manis 
2 kuntum bunga lawang 
5 kuntum bunga cengkih 
2 biji buah pelaga 
sedikit carrot [potong dadu kecil]
2 sdt garam

Catatan:
a. Nasi Hujan Panas - boh pewarna hijau, kuning n merah
b. Nasi Jagong - boh jagong kernel 1 tin kecil
c. Nasi Beriani - boh daun ketumbar
d. Nasi Tomato - boh 1 tin k puri tomato n 1 b buah tomato
e. Dah masak berat 1300g

Nasi Pilau
fizasyamri
Bahan:
400g Beras Basmathi (ni boleh makan dalam 3-4 orang kalau selera kecik ni)
625 ml stok air rebusan ayam (ku bubuh kiub ayam knorr je nih)
1 biji lemon (ku guna limau nipis jek)
Pewarna kuning telur
1 sdm mentega+1 sdm minyak
badam/ gajus or ikut suke korang lah kacang mane yang korang nak (kena goreng tanpa minyak dulu kekacang ni semua nya
dada ayam hiris kecik2 pastu perap dengan yogurt (perap dalam 30minit lepastu goreng dengan minyak yg skit ja)
daun bawang/sup/bawang goreng (utk hias tabuq2 ataih nasik)

Cara:
-Panaskan minyak +mentega sehingga cair
-Masukkan beras basmathi yang dah dibasuh kacau2 sat bagi depa mesra
-pastu masukkan stok rebusan ayam disertai dengan safron.pewarna kuning teloq, serta jus limau nipis (kalau pakai lemon boleh parut boh kulit sikit dengan jus dia)
-tutup periuk nasi dan biarkan dalam 10 minit masak lah nasi hangpa tu..jangan dok rajin kacau setiap seminit nnti nasi jadik tak lawa tak nampak panjang2 wokehh
-dah 10 minit p lah check nasi hangpa masak dah tu, boleh lah angkat transfer ke dalam magkuk ka bekaih nak hidang..pastu kacau2 dengan garpu sat bg nasi tu relai dan tak melekit (ni tips nigella lawson)
-dahtu masukkan ayam yang dah digoreng tabuq2 ataih nasik
-diikuti dengan kekacang yang dah digoreng, daun bawang/sup dan bawang goreng..
1. Panas minyak, beras, air stok, pewarna, jus lemon > masak 10 minit
2. Masuk dlm bekas: tabur ayam, kekacang, daunan

nasi kerabu...

bahan kerisik.

1 biji kelapa disangan smpai agak kering...kendian tumbuk bg halus sket
5 ekor ikan sardin @ selayang direbus bersama asam keping & garam

A
3 batang serai dimayang 
1 inci halia
5 ulas bawang merah
lada hitam ikut suka
** tumbuk sume bahan ni smpai lumat

tumbuk isi ikan rebus...gaulkan ngan kelapa & bahan A...rasakan garam gula

nasi
bunga telang direbus smpai warna bunga jd putih....masak nasi ikut sukatan cam biasa...guna air bunga telang...masukkan sehelai daun limau purut...x perlu dicarikkan

kacang panjang
kobis
daun kesum
bunga kantan
** sume ulam ni dihiris halus...boleh tmbh ulam lain kalo suka

togeh

bahan tumis
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
2 batang serai diketuk
1 cawan santan pekat
1 sudu besar cili kering yg dah blend
1 sudu besar budu (suka ati nk letak ke x)
2 helai daun limau purut dicarik kasar
** tumis bawang merah yg dimayang...halia...cili kering
masukkan santan...budu...serai diketuk...air sket...daun limau...masak smpai 
pekat

smbal cili padi
** tumbuk cili padi bersama sikit garam
dah lumat...masukkan cuka makan sedikit....

nasi kerabu boleh dimakan bersama bahan tumis atau budu sahaja...bersama hirisan limau nipis

Nasi Ayam
aziejaya
400 g beras basmati praboil (rendam air suam 30')
500 ml air/ air rebusan ayam
3 sdm minyak sapi
1/2 kiub pati ayam
2 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 biji bawang besar - kisar + 250 ml air
3 ulas bawang putih - kisar
1" halia - kisar
2 helai daun pandan
1 btg serai ~ dititik/ketuk
2 sdt garam

resepi sambal cili:,3 biji cili merah,3 biji cili api thai,2 ulas bawang putih,sepotong kecil halia,1/2 biji timun,1 sudu gula,1 sudu garam,1 sudu cuka..kisar semua bahan sehingga halus,jika ingin simpan lama masak sebentar di atas api yg kecil.

Nasi Serai (buat pada 310713, sedaap!)
potretkasih
400 g beras basmati praboil (rendam air suam 30')
500 ml air
3 sdm minyak sapi
1/2 kiub pati ayam
2 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 biji bawang besar - kisar + 250 ml air
3 ulas bawang putih - kisar
1" halia - kisar
2 helai daun pandan
3 btg serai ~ dititik/ketuk
2 sdt garam
(Cuba + 1 sdt jintan kasar n 1" halia)

Nasi Arab
1. Minyak sapi n olive oil
2. Bahan tumis: kkmanis, pelaga, blawang, cengkih
3. Bholland, bbesar n lada hitam
4. Dlaurel 1
5. Air rebusan, gula, garam
6. Tuang dlm periuk beras
7. Tomato belah 4, lemon hitam

NASI KERABU
Oleh:aimi faidhah (amytommy)
Like: Buku Resepi

NASI
Masak beras seperti biasa. Jika mahukan nasi kerabu berwarna biru memasukkan pewarna biru (original biru guna bunga telang) dan daun limau purut. Jika suka boleh juga masukkan 1 batang serai ketuk.

KUAH TUMIS (PERCIK)
Bahan A :
7 ulas bawang merah
1/2 labu bawang putih
3 bawang besar
1 cm halia

Santan
2-3 sudu cili boh
1 serai - ketuk
1 asam keping
2 sb gula 
Sedikit gula melaka
2 sb budu/ belacan
Garam 

Blend semua bahan A. Panaskan minyak dan tumis bahan,cili boh dan serai sehingga wangi. Masukkan sedikit air dan masak sehingga mendidih.

Masukkan santan dan sentiasa dikacau supaya santan tidak berketul. Masukkan asam keping, budu/ belacan dan gula. Masak sehingga pecah minyak. 

SAMBAL KELAPA
4 ekor Ikan kembung - rebus & ambik isi
1/2 biji kelapa parut - goreng
4 bawang merah
2 batang serai
2sudu lada hitam
Garam
Gula

Goreng kelapa dan kacau sentiasa supaya tidak hangit. Tumbuk semua bahan dan gaul dengan kelapa goreng. Tumbuk lagi sekali dan gaul hingga rata. Masukkan garam dan gula.
(sambal kelapa tu klu nk sedap lebihkan ikan..blend bwg, serai cmpur dgn kelapa + ikan tu..gaul sebati letak gula garam. Gula tu lbhkan skit..biar smbal tu jd lembab dgn gula skit..tp jgn manis sgt..sb sambal kelapa sedap klu manis + lembap skit..tu kakak ipar sy yg ajar..dia jual nasi kerabu d klate)

ULAM-ULAMAN
Kacang panjang
Kubis
Timun
Daun kesum
Bunga kantan
Bawang besar
Taugeh
Hiris halus kesemua ulam ulaman.

SAMBAL CILI
Cili padi
Cuka
Garam
Gula 

DI HIDANG BERSAMA
Budu
Telur masin 
Ikan goreng celup tepung
Ayam / Daging bakar
Keropok 
Solok lada
Atau apa apa jer yang disukai

Resepi Nasi Kabsa Beras Basmathi Jasmine
.kujie2

400 g beras Basmati (direndam 30 minit dan ditos)
2 sudu makan minyak zaitun
1 inci halia dimayang halus
1 labu bawang besar di potong dadu
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk ketumbar
750 ml air rebusan kambing
2 sudu makan sos tomato
saffron / pewarna kuning

Bahan menumis
1 batang kulit kayu manis
2-3 bunga cengkih
1 bunga lawang
3-4 buah pelaga

Penyediaan Kambing
3-4 keping daging kambing
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk ketembar
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 inci halia dimayang halus
garam
Semua bahan direbus hingga daging kambing empuk

Cara Masak Nasi Kabsa

Tumis bahan menumis. Bila terbit bau, masukkan bawang besar dan halia. Kacau sehingga terbit bau
Masukkan serbuk jintan, serbuk ketumbar, serbuk lada hitam.
Masukkan beras. Kacau sehingga hampir kering.
Masukkan air rebusan kambing. Masukkan sos tomato dan masak hingga kering.

Gunakan garpu untuk mengembur-gembur nasi. Titik 5-6 titik pewarna kuning dan tutup periuk nasi. Biarkan 5 minit dan sekali lagi kuis dan gembur nasi dengan berhati-hati supaya nasi tidak pecah.
Nasi Kabsa boleh dimakan bersama ayam – perap ayam dengan serbuk ketumbar, serbuk jintan manis, serbuk lada hitam, garam dan kunyit. Panggang gunakan Pemanggang Ajaib. Percik-percikkan minyak zaitun.
Air rebusan daging kambing digunakan untuk memasak nasi , kambing ini boleh digril atau dipanggang dengan dipercik-percik minyak zaitun.
Beras Basmathi Jasmine yang membangkitkan selera apabila dimasak Nasi Kabsa.
Jangan lupa untuk membuat salad bagi melengkapkan set Nasi Kabsa. Ada orang gunakan daun ketumbar yang dikisar tetapi saya lebih berminat dengan Salsa.
Cara Membuat Salsa

2 biji buah tomato dipotong dadu
1 batang timun dibuang biji dipotong dadu
1 labu bawang besar dipotong dadu
2 cili merah dimayang halus
2 cili hijau dimayang halus
5 cili padi dimayang halus
1 biji lemon diambil jus
1 sudu makan minyak zaitun
Garam
Gula
Cara penyediaan:
Gaul semua bahan di dalam mangkuk besar.

Nasi Dagang Terengganu (Buku Resepi)
4 cawan beras biasa (cop pearl siam wangi)
250 ml santan
* garam dan gula secukupnya
* 1 sudu besar halba
* 4 ulas bawang merah ~ dimayang halus
* 1 inci setengah halia ~ dimayang halus
* air atau santan cair secukupnya

cara:
Beras dibasuh dan direndam 1 malam. Panaskan air. Tunggu sehingga air mendidih. Masukkan beras dalam pengukus dan kukus sehingga wap naik. Biarkan seketika selama 5-10 minit. Angkat dan pindahkan ke dalam bekas yang besar. Masukkan air atau santan cair sehingga beras tersebut kembang(sy hanya menggunakan air).Kukus buat kali kedua. Masukkan nasi ke dalam pengukus dan kukus sehingga naik wap. Biarkan seketika. Setelah itu, angkat dan pindahkan ke dlm bekas. masukkan santan pekat yg dibancuh dengan sedikit gula dan garam. Akhir sekali masukkan halba, bawang dan halia.Gaul sebati..siap..

* **GULAI IKAN TONGKOL**
* 2 liter santan(1 liter santan pekat dan 1 liter santan cair)
* 6 biji bawang merah, 3 ulas bawang putih, 1 inci halia , 1 inci lengkuas } di'blend'
* 15-20 tangkai cili kering 
* 2-3 sudu besar rempah gulai cap bunga ros (2:1)
* 6 keping asam keping
* garam dan perasa scukupnya
* 1 keping nisan kecil
* 5-6 biji cili padi
* 1 ekor ikan tongkol

cara:
Rebus ikan bersama asam keping dan sedikit air sehingga masak dgn api yg perlahan. Masukkan santan pekat ke dalam periuk yang berasingan.Masak santan tersebut dgn api yg perlahan selama 30-40 minit hingga pecah minyak. Kacau sekali- sekala supaya santan tidak berketul. kemudian masukkan bhn2 yg di blend ke dalam santan. cili kering di blend dan di tumis dgn minyak di dalam kuali. Bila dah agak garing, masukkan rempah.tumis sehingga naik minyak (kalo tak tumis rempah pon tak apa2.ikut citarasa masing2.). Bhn tumis dimasukkan ke dalam santan. Masukkan gula, garam,perasa dan asam keping.Masukkan santan cair dan tunggu sehingga mendidih dan naik minyak barulah masuk ikan tongkol yg direbus. Air rebusan ikan tongkol turut dimasukkan. Masukkan cili padi dan biarkania mndidih seketika..siap.

***ACAR**
* 2 batang timun - dipotong panjang2
* 1 batang lobak merah - dipotong panjang2
* 3 ulas bawang merah - dimayang halus2
* 1 biji lada besar - dihiris nipis2
* 1/2 inci halia - dimayang halus2
* cuka, garam, gula

cara2:

Campur ke semua bhn2 tersebut ke dalam bekas. Masukkan cuka, garam dan gula. Simpan di dalam peti untuk seketika.

Bubur Lambuk Wangsa Maju
  • Dua cawan beras dibersihkan
  • 300 g daging dipotong dadu
  • 4 ulas bawang putih*
  • 1 biji bawang besar merah*
  • 1 genggam udang kering*
  • 1 kiub pati lembu
  • 1 sup bunjut
  • Rempah ratus : Bunga lawang,kulit kayu manis, lada hitam
  • 1 sudu halba
  • 2 helai daun pandan
  • 1/2 cawan santan
  • air secukupnya
Cara-cara
1. Bahan bertanda * ditumbuk halus atau dikisar terlebih dahulu
2. Goreng bahan * yang telah ditumbuk halus dan juga rempah ratus, hingga layu.
3. Masukkan daging dan goreng seketika, kemudian masukkan air.
4. Masukkan beras yang dibasuh, tambahkan sup bunjut ,kiub pati lembu, daun pandan dan halba. Biarkan sehingga beras menjadi bubur. Tambah air jika perlu.
5. Masukkan air jika perlu, dan tambahkan santan. Gaul dan biar sehingga mendidih.
7. Sebelum dimakan, tambahkan bawang goreng dan daun sup.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan