4 Mei 2015

92. Sagu dan Lainx

Sagu (kukus)/ biskut raya
sumber : hanamemories.blogspot.com
loyang size : 6 1/2" x 6 1/2"

Bahan-bahan
1 gelas sagu biji kecil (1 cup)
3 gelas air - (saya guna 2 1/2 cup)
3/4 gelas gula pasir- (saya bubuh 1/2 cup)
Sedikit pewarna merah
1/2 biji kelapa parut putih sahaja
1 sudu kecil garam
1 sudu teh esen rose(saya tak bubuh)
Cara-cara
Panaskan air + pewarna merah sehingga mendidih.
Masukan sagu, kemudian kacau rata.
Masukan gula, gaul rata. Apabila adunan nampak pekat sedikit, masukan kedalam loyang 8 1/2 " x 8 1/2 " x 1 " (saya guna loyang 6 1/2 x 6 1/2 )
Kukus selama 20 minit. Walaupun kuih ini boleh di kacau saja di dalam kuali tetapi apabila di kukus, sagunya akan nampak berbiji-biji. Lagi enak rasanya
Apabila sudah masak, sejukan dan potong ikut suka dan gaul dengan kelapa..siap.


Sagu GM
http://aziejaya.blogspot.com/2012/02/puding-sagu-gula-melaka-nur-qaseh.html
Murtabak
http://ummiesya.blogspot.com/2010/03/murtabak-resepi-turun-temurun.html

Murtabak Singapore (satu hidangan)

Bahan:

> 250 gram daging kisar
> Rempah tumis (mengandungi kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih)
> 2 biji bawang besar (dipotong dadu)
> 3 cili merah (dihiris)
> 3 biji telur
> 2 keping kulit popia (saiz besar)
> Rempah briyani
> Air putih
> Garam (secukup rasa)

Cara memasak:

Daging kisar direbus bersama rempah tumis hingga masak. Toskan daging untuk diasingkan dengan air rebusan. Kemudian daging digoreng tanpa minyak bersama rempah briyani, bawang besar, cili merah dan garam secukup rasa. Selepas itu bungkus daging dengan kulit popia dan  goreng
ALAMAT: No 9, Jalan Medan PB 3A, Pusat Bandar Baru Bangi, Selangor
TELEFON: 03-89221344/ 013-3333374/ 013-2965196
WAKTU PERNIAGAAN: Dibuka setiap hari, jam 8 pagi hingga 10 malam

Biskut Raya
BISKUT SUJI CRYSTAL
By: Kak Wan

Bahan A - Diayak bersama
250 gm tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh baking soda

Bahan B
125 gm gula icing
1/8 sudu teh garam
100 gm badam kisar - di pangang (ita goreng tampa minyak dlm kuali)
1/2 sudu teh perisa vanila
200 gm minyak sapi - dicairkan dan disejukkan
pewarna hijau, pink, dan kuning

Satukan bahan A dan bahan B kecuali pewarna ke dalam sebuah bekas.
Gaul perlahan-lahan hingga menjadi satu doh yang lembut
Rehatkan adunan selama 20 minit atau lebih
Bahagikan doh kepada 3 bahagian dan letakkan pewarna secukupnya
Susunkan doh-doh ini kepada satu doh yang panjang dan bahagikan doh ini kepada 10 gm setiap satu.
Cara ita - Ita bulatkan setiap doh tu 3  gm setiap satu kemudian ita satukan dan bulatkan mejadikan bentuk guli.
Susun doh ke dalam dulang pembakar
Panaskan ketuhar. Bakar doh pada suhu 150 C selama 15 - 20 minit
Biarkan sejuk setelah masak.
Kemudian salutkan dgn gula caster

Resepi MAZOLA KACANG HIJAU (290714 - sedap)
by Iza Akma SSK
source ~ Citarasawan

Bahan-Bahan :
120 gm tepung kacang peas
180 gm tepung gandum
20 gm santan serbuk
100 gm gula aising
1/8 tsp baking powder
1/4 tsp garam
120 gm minyak mazola

Hiasan :
1 kuning telur + sedikit susu cair + sedikit minyak mazola

Caranya :
Terlebih dahulu sangaikan sebentar tepung kacang peas. Biarkan sejuk seketika.
Campurkan semua bahan, masukkan minyak mazola dan uli sehingga membentuk adunan. Biarkan dalam 10 minit. (630g)
Sukat 1 suduteh penuh adunan, lalu dibulat-bulatkan.
Sapu hiasan atas biskut. Bakar 160C selama 20 minit.
Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

http://raihannavanilla.blogspot.com/2010/09/resipi-biskut-tart-nenas-bentuk-buah.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan