4 Mei 2015

102. Pisang Tanam

Pisang

Pastikan setiap pokok pisang yang ditanam mengandungi 8 pelepah daun sahaja.
Kekalkan bilangan daun pisang kepada 6 apabila jantung pisang telah keluar.
Untuk pisang berangan hanya 10 hingga 12 sikat buah sahaja dikekalkan. Selebihnya dibuang bersama jantung. Ini penting bagi menghasilkan buah yang besar dengan berat yang maksimum.

Setelah jantung pisang dibuang bilangan daun pelepah pisang yang dikekalkan hanyalah 4 pelepah. Pada waktu ini pembajaan pokok hendaklah dihentikan bagi mengelakkan buah pisang menjadi mangkal dan seterusnya menjejaskan kualiti buah.

Anak pisang pertama hanya dibela setelah jantung pisang keluar bagi memastikan pokok induk yang benar-benar subur.
Setiap tandan pisang perlu dibungkus dengan menggunakan kertas daripada jenis kertas simen atau kertas pembungkus dedak ayam. Gunakan staple dan ditutup rapat sehingga hujung pisang.

PEMBAJAAN
0~3: letakkan baja penggalak akar pada lubang sebelum ditanam
3~6: tabur baja subur 15:15:15
6~7: Taburkan baja buah 12:12:17:2
Kadar baja yang ditabur segenggam atau bersamaan 250gram bagi setiap pokok.

  Compound Fertilizers  
1. Smartgrow Compound 43 (B) 12:12:17:2
2. Smartgrow Compound 45 (G) 15:15:15

MERUMPUT
Gunakan baja sentuh ICI atau BASTA. Jangan gunakan racun serap. Pokok tidak perlu ditajak ketika merumput tetapi memadai dengan meracun sahaja. Tanah juga tidak perlu digemburkan disekeliling pokok bagi  mengelakkan pokok tumbang. Gunakan 70ml cecair racun untuk 18 liter air. Pastikan bancuhan dikacau dengan sempurna untuk kesan yang maksimum.
PENYAKIT
Daun pisang berkarat kekuningan atau batang pisang berbintik-bintik hitam dan berlendir menunjukkan serangan kulat. Untuk mengatasinya semburkan dengan bancuhan kapur keseluruh pokok sehingga pokok menjadi putih.
MEMETIK BUAH
Buah sudah boleh dipetik apabila 2 hingga 3 pelepah daun telah layu atau kering.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan