6 Okt 2012

50. Kuih Cara Manis

Bila masak dan makan kuih cara ni mesti saya ingat bulan puasa. masa nilah terasa sedap sangat. Teringat pulak nostalgia dan kenangan lama masa kecil-kecil dulu. Mak saya memang suka masak kuih cara ni dan saya akan sama sibuk berdiri di sebelah dapur tengok mak masak kuih ni, seronok sangat! Kini tiba masanya saya pulak menunjukan bakat yg terpendam nih!

Resepi 1
Bahan:
3 cwn pati santan
3 helai daun pandan
2 cwn tepung gandum
2 biji telur
Sedikit pewarna hijau
1/2 sdt garam
100 g gula pasir
Cara:
1. Daun pandan di blander dengan santan, tapis.
2. Campur tepung, telur & garam ke dalam santan, sebatikan.
3. Tapis utk memastikan adunan tidak berketul .
4. Panaskan acuan dan sapu sedikit minyak dahulu supaya tidak melekat.
5. Tuang adunan, isikan gula ditengahnya. Tutup acuan dgn tudung periuk,tunggulah hingga masak. Gunakan api yg perlahan.
6. Angkat dan boleh lah lekatkan sepasang2.

Resepi 2


Bahan:
1 cwn tepung gandum
1/2 cwn air
1/2 cwn santan/susu cair
1 biji telur
secubit garam
pewarna hijau/jus pandan
100 g gula 

Cara:
1. Masukkan tepung gandum dalam bekas, masukkan telur, masukkan air dan santan/susu cair sedikit, kacau, masukkan lagi sedikit kacau sehingga habis. 2. Masukkan sedikit garam. pastikan adunan tidak berketul.Adunan ini nampak cair sedikit.
3. Panaskan acuan kuih cara di atas dapur gas, lengserkan sedikit minyak menggunakan berus, bila acuan dah panas, kecilkan api, masukkan adunan 3/4 penuh, sudukan gula di tengah-tengah, masukkan lagi adunan sehingga penuh acuan. Tutup acuan dengan tudung periuk, kalau boleh guna tudung periuk kaca, so boleh nampak kuih dah masak ke belum. Bakar hingga masak 

Tips:
Boleh gunakan saiz mana-mana cawan
Guna api kecil semasa membakar untuk mengelakkan kuih cara hangit di bawah dan tak masak di atas.
pastikan adunan tidak berketul
Pastikan gula yang dimasukkan betul-betul center/ditengah-tengah untuk mengelakkan air gula kuih cara bocor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan