2 Okt 2012

30. Penkek

Nak makan roti ke nak makan penkek pagi ni? Pilih jgn tak pilih!


PENKEK BIASA
Bahan:
1 biji telur
3 gula kastor
1 sudu besar minyak jagung
130ml susu segar(3/4 cwn)
sedikit esen vanila
150gm tepung gandum ( 1 cwn membumbung)
1.5 sudu kecil baking powder
Nota : boleh tambahkan sedikit susu jika adunan pekat.

Cara:
1. Masuk telur, gula, dan minyak dalam mangkuk, kacau hingga sebati.
2. Masuk susu dan esen, kacau lagi.
3. Masuk tepung & baking powder. Kacau lagi sehingga sebati
4. Panaskan non-stick fry pan. Guna senduk kecil dan tuang atas pan.
5.Bila nampak lubang-lubang, balikkan pancake tadi ke sebelah yg satu lagi. Biar sehingga masak.

PENKEK LUARBIASA (FLUFFY BUTTERSCOTCH PANCAKE)
Bahan:
1 1/2 cwn susu
4 sdm cuka/jus lemon
2 cwn tepung serbaguna/ gandum biasa
3 - 4 sdm gula kastor
2 sdt baking powder
1/2 sdt soda bikarbonate
1/2 sdt garam
2 biji telur gred A
2 sdm butterscotch essence/ ganti esen vanila.. 
4 sdm mentega ~ cairkan dulu

Cara:
1. Masukkan cuka/jus lemon ke dalam susu. Kacau sedikit dan biarkan lebih kurang 5 minit (kaedah ni menghasilkan buttermilk)
2. Dalam satu mangkuk yg besar, ayakkan tepung, baking powder, soda bikarbonate dan garam.
3. Masukkan gula dan kacau hingga rata.
4. Pukul sedikit telur dgn garfu, masukkan butter dan butterscotch. Kacau.
5. Masukkan pula buttermilk tadi dan kacau hingga sebati.
6. Tuangkan bancuhan cecair ke dalam mangkuk berisi bahan2 kering tadi.
Kacau hingga adunan sebati.
7. Panaskan pan dgn api yg sederhana panas dan tuangkan sesenduk adunan, biarkan dlm keadaan membulat dan masak hingga keluar buih2 pada permukaannya dan balikkan.
8. Masak hingga pancake masak dan angkat.
9. Hidangkan dgn jem/ butter/ madu/ golden syrup atau apa2lah yg disukai.


Butterscotch Souse - sedapppppp!!!

Ada yang tergoda nengok roti yang disirami Sos Butterscotch tu......
Sila mencuba yerk kalau tergoda sebab saya sangat2 suka dengan Sos Butterscotch ni...sedappppp sangat dimakan dengan pancake, disapu pada roti atau tuang jerk sos tu masa suam2 atas roti macam gambar diatas....memang mabelessss!!!

Bahan:
1/2 cwn gula perang
1/2 cwn gula pasir
1/2 cwn air
1 sdt vanilla
1/4 cwn tepung
1/2 cwn butter
secubit garam

Cara:
1. Satukan gula perang, gula pasir, tepung dan air ke dalam periuk kecil. 
Gaul hingga sebati. 
2. Masak atas api yang kecil hingga gula hancur. 
3. Tambahkan vanilla dan butter. 
4. Masak dan kacau sehingga butter cair dan sedikit pekat. 
5. Sejukkan dan tuang ke atas roti kosong.

Nota: 
Kacau atas api hanya sedikit pekat sebab bila sos ni sejuk, ianya makin pekat. Tapi kalau dah pekat sangat tambah je sikit lagi air panas. 
Boleh kurangkan sikit gula kalau tak mau manis sangat.
Simpan sos ni dalam freeze...dalam seminggu masih ok lagi...




Bahan:
1 cwn (130gm) tepung gandum
2 sdt baking powder
2 sdm besar gula
1 biji telur dipukul ringan
1 cwn(240ml) susu (susu segar/susu sejat)
2 sudu besar mentega-dicairkan

Cara:
1. Dalam bekas besar, campurkan sekali tepung gandum, baking powder dan gula. Dalam bekas yang lainpukul telur, susu dan mentega dan telah dicairkan. Campuran campuran telur ke dalam campuran tepung perlahan-lahan dan kacau sebati. Pastikan jangan terlebih kacau supaya adunan tidak menjadi keras/liat.

2. Panaskan Non Stick Pan, bila Pan dah panas, perlahan sedikit api, kaupkan adunan tadi ke atas pan, jarak-jarakkan adunan supaya adunan tak melekat satu sama lain, terbalikkan pancake apabila gemlembung-gelembung buih keluar dibahagian atas pancake dan bahagian bawah sudah masak dan berwarna perang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan