24 Sep 2012

8. Apam Beras


Apam Beras @ Apam Salju @ Apam Nasi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Petang2 ni sedap layan apam beras, apam nasi ataupun apam salju. Masa masak tadi ada lebihan nasi semalam, jadi saya blend terus dan jadilah apam wat minum petang ni. Kali ni nak cepat, letak pewarna hijau sikit dan perisa pandan je.


Lagipun kalau warna warni, Hamka tetap makan yg warna hijau...kali ni dia makan banyak sbb kuih warna kegemarannya. Lagipun mmng sejuk je kalau kuih warna hijau kan....kali ni letak sikit je pewarna, yg penting ada rasa pandan...umphhhh, jangankan Hamka, mamaNya pun makan banyak. Resepi macam biasalah boleh lihat di bawah, dah selalu sangat buat, mmng sedap dan menjadi kegemaran kaum kerabat saya...he3..


Bahan Bahan
  • 2 cwn nasi
  • 2 cwn tepung gandum
  • 2 cwn tepung beras
  • 1 cwn brown sugar
  • 3/4 cwn gula pasir(dua2 gula pasir pun takpe)
  • 2 1/2 cwn air
  • 2 sudu kecil yis (mauripan)
  • kelapa parut dgn sedikit garam
Cara-cara

1. Blend nasi dan air sehingga hancur(masukkan air sedikit-sedikit..blend sampai halus)
2. Setelah hancur, campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
3. Dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
4. Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
Perap selama 3 jam.
5. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain.
6. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil. Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
7. Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..atau enak dimakan begitu saja.

~~SELAMAT MECUBA~~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan