30 Sep 2012

22. Kek Lumut Perak


Assalamualaikum..dan Salam1Malaysia
Baru kali ni nak cuba buat kek ni. Banyak kali terpandang sifu sifu buat dalam posting.. melihatkan kek Dayang yang gebu, kek Intan mulus dan warna hijau yang menarik hati, akan ku cuba juga..

Bukan apa, sebab kek ni guna Horlicks dan seri kaya, tu yg termalaes sikit je!..Almaklum le, Horlicks dan serikaya tu 'rare items' kat umah nih.

Bila nampak semua orang dah cuba, apa kata kita try lak hari nih! Langkah pertama pi beli mentega cop SCS. Sedap tak sedap belakang kira yang penting mesti cuba juga arini. Capai kunci motor pi kedai 99 beli satu je pun. Horlicks memang dah lama tersadai dalam peti ais, tak tau dah expired ke belum!
Aaha lah! Memang sedap macam kek cokelat moist pun ada, kek lapis asam pun ada bagai tak terkata. Dahlah mudah sangat dibuat, mudah pulak abis tu! Cuma seriau sikit, takut tak sempat masak kek, gas dah habis. Yele!, kukus aje dah 2 jam 30 minit tak boleh kurang seminit pung! Setahun sekali boleh lah buat, kalau hari hari mau parah!
Bahan:
250 g mentega
3/4 cawan gula pasir
4 biji telur gred A
4 sudu besar serikaya
1/4 cawan susu pekat manis
1 cawan tepung gandum ~ diayak
1 cawan horlicks
1 sk esen vanilla
pewarna hijau/ merah
Guna warna merah, kacau ngan sudu dan whisker je!
Cara:

1. Panaskan pengukus, lenser bekas 9"x6"x3" dgn sedikit minyak dan alaskan dasarnya dgn plastik tahan panas.

2. Cairkan mentega, masuk gula halus dan gaul hingga kembang.

3. Masuk telur sebiji biji dgn kelajuan sederhana.

4. Masuk susu dan serikaya sebatikan.

5. Pastu masuk tepung sikit sikit selangselikan dgn horlicks hingga sebati.

6. Masuk pewarna hijau dan esen vanilla.
7. Tuangkan adunan ke dalam Loyang dan kukus selama 2 jam 30 minit. Tak perlu tutup dgn foil ke kain ke, jas lap tudung kukus 30 minit sekali.
Selepas 1 jam dlm pengukus

Tiada ulasan:

Catat Ulasan