28 Nov 2012

77. Kursus Masak

Pi kursus masak kat Chef Asma Culinary Studio pada 25 Nov 2012 kat Taman Putra Perdana. dari Kl guna freeway KL~Putrajaya dlm 25.9 km keseluruhan 43 km. Pi jam 0900 sampai 1000. Kelas mula 1018 dan habis masak 1600. Gerak balik jam 1740 sampai umah KL 1840. Talam Part 2. Bayaran RM190

Kengkawan yg hadir, tekun nampak!

Tu dia, chef!

21 Nov 2012

76. Ikan Masam Manis

Lauk kegemaran saya sejak dulu lagi. Senang je, golek dulu ikan dalam tepung jagung pastu goreng. Kemudian baru sediakan sosnya.
Bahan:
1 ekor ikan bawal/ siakap
2 sdm tepung jagung
3 sdm sos tomato
3 sdm sos cili
2 sdm sos hoisin cop Life
2 labu bawang besar 
3 ulas bawang putih 
2 in halia 
3 biji cili merah
1 sdm cuka

Cara:
1. Ikan dibersihkan, lumur tepung jagung dan goreng sampai garing. Tepikan.
2. Panaskan kuali, masuk 2 sdm minyak masak, tumis bawang putih, bawang  merah (dipotong bulat) dan halia. Bawang besar tak payah mayang halus. Bila naik bau, masukkan air kira2 satu mug. Kalau nak kuah banyak, bubuhlah lebih. Pastu biarkan mendidih  seketika.
3. Masukkan sos, kacau dan biarkan mendidih lagi. Masuk cili merah yang telah dipotong halus2 dan panjang2. Cuka last sekali. Siap!!!
Peringatan:
- Kalau kuah terlalu cair, bancuh satu sudu tepung jagung dan masukkan ke dalam sos sebelum ikan dimasukkan.
- Masukkan jugak buah tomato, carrot, nenas dan lada benggala (selepas menumis dan bubuh air). Daun bawang yang dipotong panjang2 dua inci pun elok dimasukkan sekali.

75. Mee Kari Melayu

Apabila bercerita pasal Mi Kari, korang tak payah kelentonglah. Saya ni memang terer dalam bab makan mi kari. Pantang jer dengar ada restoran jual Mi Kari, saya akan terjah!! Tapi maaf yer, sekarang tak lagi, tekak saya tak lalu dah nak makan kat luar, masak sendiri lagi baik
Tu dia, mi kari ketam
Bahan:
8 ulas bawang putih
4 biji buah keras
1 sdm belacan Maggi
1/4 cwn cili boh
1/2 cwn serbuk kari Babas
5 tangkai daun kari
4 btg serai
2 ekor ketam bunga
1 cwn pati santan
kerang (rebus dulu), mee kuning/ bihun, taugeh (jgn lupa celur)
daun bawang, daun sup, limau kasturi, bawang goreng

Cara:
1. Tumbuk bawang, buah keras dan belacan kemudian tumis hingga wangi
2. Masuk cili boh, kacau sampai garing. Masuk kari, daun kari, serai dan 1/2 cwn air masak hingga jadi pes.
3. Bila pes dah wangi, masuk ketam diikuti 2 cwn air, melegak masuk santan
4. Macam biasa garam ikut rasa.

18 Nov 2012

74. Allah Maha Besar



"BISMILLAHILLAZI LA YADURRU MA’ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI’UL ‘ALIM"

Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : “Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui” sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya”
(Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan – Teks doa berwarna Merah Syeikh Syuaib ; Hasan)

Ingin saya utarakan satu lagi doa sohih yang dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s (iaitu Siti Sarah) yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri, saya sertakan sekali sumber rujukannya dari hadis Nabi s.a.w.

DALAM SEBUTAN RUMI: 

"ALLAHUMMA IN KUNTA TA’LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA ‘ALA ZAWJI FALA TUSALLIT ‘ALAYYA AL-KAFIR WA AZ-ZALIM"

Ertinya: Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim”


(Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih)

Semoga ia dapat dihafaz dan di amalkan oleh semua wanita Muslimah, Cuma jangan lupa bahawa doa ini bersifat tawassul dengan amal soleh anda, iaitu apabila diikat dengan imannya dengan Allah s.w.t dan RasulNya dan telah dijaga kehormatannya dan sudah tentu auratnya.

Kemaqbulan doa ini juga diikat tentang kewajiban untuk beriman dengan Allah dan rasulNya dan menutup aurat anda. Tanpanya, doa ini masih amat digalakkan untuk dilakukan, cuma jaminan seolah-olah lebih pasti bagi yang apa yang dikatanya (dalam doa ini) menepati apa yang sebenarnya penampilan fizikal anda.

Jika berbaju kebaya terbelah, baju sendat menampakkan susuk tubuh, berpakaian nipis seolah telanjang, bersolek canggih seperti artis bukan Islam..sudah tentu doa ini sahaja belum cukup mampu menjaga anda. Bukan kerana Allah s.w.t tidak mampu, tetapi Allah s.w.t tidak anggap wanita itu layak dek kerana kedegilannya sendiri.
Fikirkanlah.

12 Nov 2012

73. Kuih Getas

Hari ni Isnin, teringin lak nak makan kuih getas. Kebetulan dah sampai kat pasar Cokit belilah kelapa parut putih RM1. Sampai rumah terus buat kuih ni. Nie salah satu kuih kegemaran saya. Baru arini dapat buat!!! Memang sedap gileer! Konfom jadik punye, tak caya buat dulu komen kemudian. kalau tak jadi tu, memang sah korang takdak semangat memasak kuih muih!!!
Bahan:
125 g tepung pulut
10 g tepung gandum
75 g kelapa parut
75 ml air
1/2 sdt garam halus

Cara:
1. Tuang air dan masukan garam dalam bekas adun
2. Masuk kelapa dulu dan sama ratakan dalam air, pastu masuklah tepung
3. Gaul macam biasa hingga jadi doh
4. Bahagikan kepada 12 bahagian, bulat bulatkan pastu leperkan
5. Goreng hingga kekuningan.

Sira:
40 g gula pasir, 25 ml (1.5 sdm) air - masak air dan gula hingga agak agak nampak bertali, masukan kuih yg digoreng tadi hingga bergula. Senang je!

Cuba....kalau tak menjadi kita masukkan dalam tong sampah....esok cuba lagi. Jangan mengeluh bila tak menjadi dan jangan blame saya. Insyaallah anda akan berjaya.

5 Nov 2012

72. Cucur Badak

Hari ini kita akan buat cucur badak pula. Resepinya sama macam kuih cik mek molek & kuih keria, cuma inti berbeza. Tujuan sama tapi cara berbeza gitu!!!
 Inti:
3b bawang merah 3b bawang putih 3b serai 1" halia 1/4" lengkuas 4sdm cili boh 1sdm serbuk kari daging 1sdt  serbuk kunyit 1sdt pes asam jawa 8sdm gula pasir 1.5sdt garam 1sdt ajinomoto 2b kelapa parut


Cara:
Blend halus bahanx
Masak macam biasa ikut cara masingx
Masukan sedikit minyak ke dalam kuali masuk bahanx kisar dan masak hingga kekuningan. masuk cili boh kari kunyit asam jawa dan biarkan seketika. masukan pula gula pasir garam dan perasa. akhir sekali masuk kelapa parut dan masak hingga sebati.
Bila dah kering, tutup api dan sejukkan
Bahan:
500g keledek
160g tepung gandum
2 sdm tepung kanji
1 sdt garam
Kupas guna peeler cepat dan mudah!!!
Cara:

Kupas keledek dan potong kecil untuk mudah masak
Rebus boleh, nak kukus lagi boleh
Rebus keledek.. tapi kalau boleh jangan ikut macam kat atas nie yerp airnya.. .. kalau kita nak kuih cucur badak senang dibentuk tanpa lembik dan banyak tepung... cukup sekadar merebusnya dengan air yang sedikit.. Kemudian rebus tu tak payah sampai empuk sangat2 sampai lembik. nanti kuih cucur badak anda keras sebab kena tambah banyak tepung masa menguli.so agak2 bila dia dah lembut je, terus angkat.

Tos dan sejuk dulu
Lenyek ketika masih panas pun boleh, sejuk pun boleh, ikut suka!

Masuk tepung gandum, tepung ubi dan garam
Gaul rata, jangan risau, memang akan lembik sedikit dan doh akan melekatx kat tangan
Nak tau tips memudahkan membentuknya tanpa melekat kat tangan???? Sediakan piring kecil berisi minyak masak... bubuh sedikit minyak kat kedua2 tapak tangan.ratakan... insyallah adunan takkan melekat lagi semasa membentuknya.... So buat bentuk melengkung kemudian masukkan inti tadi... kemudian tutup rapat2 dan kemas...bulatkan dia kembali...

 Ratakan sedikit tepung pada permukaan loyang untuk mengelakkan ianya melekat... Minyak yang kat tangan kita tu sebenarnya membantu juga melicinkan permukaan kuih ini... seronokkan?

Goreng dalam minyak yang betul2 panas..Kalau tak panas, nanti kuih anda akan menyerap banyak minyak! balik2 kan dia selalu supaya masak sekata dan tidak hangus.

Toskan kuih tadi menggunakan penapis....Dah siap pun... lehla dihidangkan untuk keluarga tersayang~cucur badak ...cucur badak.... 3= rm1... haha..inti banyak baru sedap.. hehe. =)

4 Nov 2012

71. Popia

Hari ni nak kongsi pula pelbagai jenis inti popia goreng. Tak tau yg mana sedap, belum cuba belum tahu kan? Nak tau cubalah sendiri!
Resepi1
intinya ni adalah gabungan sengkuang, carrot, kobis, daun bawang dan udang....carrot dan sengkuang parut halus, kobis cincang kecil...udang buang kulit dan cincang kecil...

tumis sikit bawang merah, putih dan halia yang telah ditumbuk lumat...masukkan udang serta sayuran...masak hingga kering...season dengan garam dan serbuk lada putih/hitam, gula dan perisa...ketepikan biar sejuk...

Resepi2
1. Bawang besar dan isi udang dicincang halus, kemudian timun dan carrot di hiris bentuk anak mancis, kira nipis-nipis lah, tauhu goreng di potong kecil bentuk kiub serta pukul telur sedikit menggunakan garpu.

2. Kemudian panaskan minyak dan tumis bawang besar tadi hingga layu, masukkan isi udang dan hirisan carrot, kacau sebati dan biarkan sebentar, selepas itu masukkan mix vegetable kacau lagi, di dalam kuali yang same, ketepikan semua bahan dan curahkan telur, biarkan telur masak dan hancurkan. Gaul sebati.

3. Akhir sekali masukkan tauhu dan tauge, sesuaikan rasa, masukkan garam dan lada sulah, pastikan inti popiah ini tidak mengandungi air, dan sejukkan sebelum digulung.

Resepi3
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih hingga harum, masukkan sos tiram dan isi udang, kacau rata.
Masukkan senkuang, lobak merah dan cili hiris, gaul rata dan tuang sedikit air jika perlu. Masukkan kicap cair dan taugeh, tambah secubit gula dan kacau hingga semua rata. Matikan api, angkat dan sejukkan.

Resepi4
1. Tumis bawang putih hingga wangi, masukkan tauhu, udang kering & serbuk kunyit.
2. Kemudian masukkan sengkuang & lobak merah yg telah disagat tadi.
3. Akhir sekali masukkan taugeh, garam & lada sulah secukup rasa.
4. Angkat dan biarkan sejuk sebentar.
5. Bentangkan kulit popia, letak inti dan gulung kemas. Untuk melekatkan hujungnya sapu dgn putih telur.
6. Gulung sehingga habis dan bolehlah digoreng hingga kekuningan.
7. Enak dimakan panas2, dicicah dgn sos cili @ boleh juga disapukan sos atas popia tadi dan ditabur dgn kacang/bawang goreng.

Sos:
3 sb cili kisar
2 ulas bawang putih (blend)
1 biji bawang besar (blend)
 Air asam jawa
Gula kabung/ nisan
garam
Bijan (sangai)

Cara: Masukkan semua bahan sos kecuali bijan ke dalam periuk, kacau hingga mendidih dan pekat kemudian taburkan bijan.  Selamat mencuba!

30 Okt 2012

70. Donut Keledek

Orang dah lama buat donat ni saya baru nak belajar buat. Teringin pulak nak makan donut keledek yang menjadi satu hidangan feveret saya. Apa apa pun, jom kita layan dulu resepinye!
Bahan:
400g tepung gandum
11g ragi instant
200g keledek (asalnya ubi kentang)
2 sdm susu pekat manis
100g gula halus
75g mentega
1 biji telur
1/2 sdt garam
120 ml air

Gula aising untuk salutan
Minyak untuk menggoreng
Cara:

1. Kupas keledek, rebus empuk dan lenyek hingga halus ketika masih panas, sejukkan.
2. Satukan tepung, gula dan yis. Gaul rata. Masukkan keledek lenyek dan bahan lain kecuali air. Gaul rata dan masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh yang elastik.
3. Rehatkan adunan selama 15 minit dan tutup dengan kain/plastik sehingga mengembang.
4. Canai dan terap dengan acuan donat dan letak di atas dulang yang ditabur dengan sedikit tepung. Rehatkan selama 20 minit lagi sehinga mengembang.
5. Panaskan minyak dan goreng sehingga kekuningan.  Salut dengan gula aising.

69. Kuih Keria

Assalamualaikum..
Ni saya nak kongsi resepi kuih keria asli! Ini merupakan kuih kegemaran saya. Saya memang feveret sangat kuih ni, Masa budak2 dulu, mak yang rajin buatkan kuih ni. La ni, turn saya pula buat untuk anak anak.
Sukatan dah ada jadi, mudahlah sikit kerje orang dapur! Tak perlu risau kalau adunan terlembik ke atau terkeras ke nanti. Resepi ni menggunakan tepung ubi sikit. Selalu orang hanya letak tepung gandum aje.. Bila kita letakkan tepung ubi adunan lebih cantik bila di goreng, tidak serap minyak dan tidak pecah. Ya lah tuuu!!!

Bahan:
250g keledek putih atau oren
1 sdm tepung ubi
80g tepung gandum
1/2 sdt garam

Cara:
1. Rebus keledek keledek hingga empuk dan lenyek ketika masih panas
2. Masukkan ke dalam campuran garam dan tepung, uli sebati cam biasa
3. Bahagikan kepada 16 bahagian
4. Bentuk bulat dan leperkan dan buat lubang di tengah
5. Setelah siap, goreng terendam dalam minyak yang sederhana panasnya hingga kuning keemasan gitu!
6. Angkat dan toskan minyaknya, biarkan sejuk untuk proses sira gula
Bahan Sira:
80g gula pasir
3 sdm air

Cara:
1. Masukkan gula dan air dalam kuali dan masak hingga gula pekat
2. Masukkan keria gaul rata sehingga adunan gula tadi jadi bertali
Segera tutupkan api
3. Terus mengacau hingga gula kering dan menyaluti keseluruhan bahagian kuih
Di hidangkan segera
* jika menggunakan keledek oren, tambahkan sedikit sukatan tepung kerana keledek oren sangat lembut

27 Okt 2012

68. Aiskrim Cendol Gula Wangsa Maju

Resepi aiskrim ni pun dapat dari Ita
Nampak mudah aje cara membuatnya..!

Saya buat setengah daripada adunan. Maklumlah baru nak belajar buat, menjadi pulak tu! kebetulan sedap sangat dan menepati selera kami sekeluarga..
Terima kasih Ita! ^_^ 

Kami sekeluarga sukakan rasa cendol ni, memang mengancam. Sesuai untuk dibuat niaga jika mau le!!! Kalau tak mau, makan sendiri ngankeluarga aje pun dah cukup lah tu!!!
Bahan:
2 cwn santan
1/2 cwn susu cair
1 cwn gula icing
3 sdm susu tepung
1/2 cwn air
3 sdm tepung ubi
1/2 cwn cendol
1 buku gula Wangsa Maju (ada jual kat carrefour wangsa maju je)
2 helai daun pandan disimpul

Cara:
1. Panaskan santan atas api sederhana sambil dikacau hingga mendidih, dah didih sejukkan.
2. Dalam periuk lain satukan tepung ubi dan air. Masak atas api sederhana sehingga menjadi kanji. Biarkan sejuk.
3. Pukul susu cair dan gula icing hingga gula melarut. Masukkan santan dan kanji berselang seli. Terus memukul hingga sebati..
4. Tambahkan susu tepung dan terus pukul hingga rata.
5. Simpan dalam peti ais hingga separuh beku. Keluarkan dan pukul semula hingga lembut.
6. Kacau rata dan simpan semula kedalam peti ais hingga beku.
7. Masak gula melaka bersama daun pandan dan air hingga pekat. Biar sejuk.
Sedia dihidangkan ais krim bersama cendol dan sirap gula Melaka.

67. Nasi Beriani Wangsa Maju

Untuk penyediaan Nasi ni, senang je! Tapi yg penting, kena sediakan sediakan lauk dahulu. Kerana lauk baru nasi boleh masak nanti.


Ok, dah bersedia ke nak belajar cara-cara penyediaan nasi beriani jadi jadian nih??
Jom kita masuk dapur dulu..
Sumber Asal: SINI
Bahan Lauk:
1/2 kg daging batang pinang ~ potong anggaran 6x6x5 cm
2 biji kentang ~ belah dua
4 biji telur rebus keras
1/4 cwn minyak sapi
1/2 sdt buah pelaga
1/2 in kulit kayu manis
2 kuntuk bunga lawang
1/2 sdt jintan manis
1 biji bawang besar Holland ~  hiris
2 ulas bawang putih ~  kisar
5 ulas bawang merah ~ kisar
1/2 in halia ~ kisar
3 sdm pes rempah beriyani 
1/2 genggam gajus
1/2 genggam kismis
Air secukupnya
1/2 cwn yoghurt  ~ jika tiada perahkan 1 biji limau nipis ke dalam 1/2 gelas susu dan biarkan 15 minit
Garam dan gula secukup rasa
1 sdm tomato puri
1/2 keping gula kabung
1/2 kiub daging

Cara:
1. Pijarkan minyak sapi dalam kuali
2. Tumiskan bawang besar hiris, bahan kisar dan semua rempah campak (kulit kayu manis etc) hingga naik bau
3. Masukkan pes beriyani dan biar terbit minyak
4. Rempah Beriani jika serbuk campurkan dengan sedikit air untuk jadikan pes
5. Masukkan daging ,  kentang, kiub daging dan air ~ 1 inci atas paras daging dan kentang. Biarkan ia merenih
6. Bila daging dah empuk, masukkan tomato puri dan yoghurt
7. Biarkan ia merenih sebentar, kemudian maukkan garam, dan gula secukup rasa. Kecilkan api , tambahkan kismis, gajus dan telur rebus
Masak hingga daging mesra.


Bahan Nasi:
2 cwn beras basmathi
1/2 cwn minyak sapi
1/2 sdt buah pelaga
1/2 in kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
1/2 sudu teh jintan manis
1/4 sdt pewarna kuning telur
2 ulas bawang putih ~ hiris halus
5 ulas bawang merah ~ hiris halus
1/2 in halia ~ hiris halus
1.5 sdm pes rempah beriyani 
1/2 genggam gajus
1/2 genggam kismis
2 cwn air
garam secukup rasa

Cara:
1. Beras di rendam , cuci bersih dan toskan
2. Panaskan minyak sapi dalam kuali, tumiskan bahan hiris beserta buah pelaga, kayu manis, bunga lawang dan jintan manis sampai berbau harum
3. Masukkan rempah beriyani dan biar sehingga naik bau
4. Seterusnya masukkan beras dan kacau rata
5. Masukkan air sehingga menutup paras beras dan kacau rata. Kecilkan api, 
masak beras sehingga 3/4 masak


Kuiz:
Bagaimana perkataan Gum itu terhasil?

Untuk mengetahui caranya mari kita sama-sama belajar cara untuk menghasilkan beriani Gum ini
Sebelum tu saya nak bagi tau dulu, kuah beriani yang kita masak tadi kalau boleh biar dia cair sikit atau kuahnya banyak sedikit sebab kita akan tanak nasi bersama lauk beriani kita ni nanti.
Gunakan api yang perlahan sahaja.
Sediakan:

Pengukus
Kain napkin ~ untuk mengalas kukusan
Kain koton yang panjang untuk ukurlilit periuk kukus
Kanji ~ 1 sudu tepung ubi di masak bersama sedikit air 

Kafiat Kukus:
1. Masukkan lauk beriani ke dalam periuk kukus ~ bahagian bawah kukus yang biasanya kita letakkan air
2. Alaskan pengukus ( tingkat 2) dengan kain koton, buat 3 layers
Masukkan nasi yang separuh masak tadi, gajus, kismis dan pewarna
3. Tutupkan pengukus 
4. Letak periuk mengukus atas periuk kukusan yang berisi lauk
5. Celupkan kain kapas dengan kanji, lilitkan kain tersebut pada bahagian di antara periuk lauk beriani dengan pengukus yang diletakkan nasi tadi.
6. Pastikan iktannya agak kejap supaya wapnya tidak keluar.
7. Gunakan api yang perlahan, masak sehingga lebih kurang 1 jam
8. Buka lilitan dan buka tutup pengukus
9. Dengan menggunakan garpu, gemburkan nasi yang sepatutnya sudah masak .
10. Kalau nasi masih belum masak, ulangi proses kukusan.
* Pastikan kuah beriani tu banyak ~ bila lama di masak ia akan pekat
* Gunakan api perlahan supaya kuah tidak hangus


Kafiat Makan:
Setelah kita belajar cara-cara penyediaan nasi Beriani, sekarang kita kena tau pula bagaimana cara untuk menghidangkan nasi beriani ni pula. 
aaa... ia ada caranya yang tersendiri dan semestinya tidak sama seperti nasi minyak.
Jom kita belajar..
Untuk Seorang:

Sendukkan separuh nasi ke dalam pinggan
Kemudian letakkan seketul daging beriani dan kuahnya di tengah-tengah nasi
kambuskan daging tadi dengan separuh lagi nasi
taburkan bawang goreng atau daun saderi di atasnya
Kuah beriani di hidangkan berasingan dalam bekas kecil
Atau boleh juga di nikmati bersama kuah dal dan acar

Hidangan Ramai:
Sendukkan 4 senduk nasi ke dalam pinggan hidang yang besar, ratakan
Letakkan 4 ketul daging, 4 ketul kentang dan 4 biji telur di atas nasi tersebut
Sendukkan 4 senduk nasi lagi untuk menutup lauk tersebut
Taburkan bawang goreng, daun saderi, daun bawang dan hati ayam yang telah digoreng garing dan dicincang.
Kuah beriyani tadi di hidangkan berasingan
Selain itu acar buah juga boleh dijadikan hidangan sampingan


Pencuk Nanas:
Bahan:
1 biji timun ~  potong kecil
1/2 biji nenas masak  ~  dikupas dan dipotong kecil
1 biji bawang besar ~ di hiris halus
1 btg cili merah ~ dihiris 
1 btg cili hijau ~ dihiris 
1 sdm cuka makan
Garam dan gula secukup rasa

Cara:
Satukan semua bahan ke dalam bekas
gaul rata dan sesuaikan rasanya
Sedia dihidangkan


Lauk Tambahan (kalau suka le!)


Ayam Masak Merah lada Hitam
Bahan:
1/2 ekor ayam ~ dipotong dan cuci bersih
1/2 sdt buah pelaga
1/2 in kulit kayu manis
2 biji bunga cengkih
2 kuntuk bunga lawang
1/2 sdt jintan manis 
1/2 btg serai ~ dititik
1/2 cwn lada kering ~ dipotong dan rendam hingga lembut kemudian di kisar
5 ulas bawang merah ~ dikisar
2 ulas bawang putih ~ di kisar
1 sudu teh lada hitam ~ dikisar
1/2 inc halia ~ dikisar
1/2 btg serai ~ dikisar
1/2 sdm tomato puri
1 biji tomato ~ di potong baji
1/2 keping gula Melaka
1/2 kiub ayam 
garam dan gula secukup rasa
1 pokok daun ketumbar ~ dihiris 
Air secukupnya

Cara:
1. Ayam di lumurkan dengan kunyit dan garam
2. Kemudian goreng ayam separuh garing
3. Toskan ayam setelah di angkat
4. Keluarkan minyak dan tinggalkan 1/2 senduk
5. Tumiskan buah pelaga, kulit kayu manis, cengkih, bunga lawang, jintan manis dan serai titik hingga naik bau
6. Kemudian masukan bahan kisar dan masak hingga garing dan terbit minyak 
7. Masak lama sikit supaya cili kering benar-benar garing
8. Tambahkan air jika terlalu kering
9. Kemudian masukkan, kiub ayam, tomato puri dan tomato buah, renihkan,
masukkan gula Melaka dan ayam
10. Biar ayam mesra bersama kuah, masukan garam dan gula secukup rasa
Perlahankan api dan biarkan kuah sedikit pekat
Taburkan daun ketumbar
Gaul mesra
Sedia dihidangkan

25 Okt 2012

66. Karipaf Rose


Bahan Doh:
400 gram tepung gandum
1/2 cwn minyak
2 sdm marjerin
1/2 cwn air sejuk (amek yang dalam aisbox)
2 sdt garam
Cara Buat:
1. Campurkan sedikit garam dalam air sejuk, masukkan marjerin di dalam tepung gandum dan sebatikan, kiranya akan jadi seperti berketul-ketul halus, macam serbuk roti, panaskan minyak dan curah di dalam tepung tadi, dengan menggunakan sudu, kacau ke seluruh adunan.
2. Selepas itu curahkan air sejuk tadi dan uli hingga menjadi doh, air jangan masuk semua, kira agak-agaklah kelembutan doh tu, setelah menjadi doh dan doh pemukaan doh agak licin,  masukkan doh ke dalam plastik bersih dan perap di dalam peti ais lebih kurang 1 hingga 2 jam, langkah ini penting bagi mendapatkan doh yang rangup dan senang untuk di canai nanti. *boleh juga tak masukkan dlm peti es, cume biarkan doh yang sudah licin diuli sebati lebih kurang 1/2 jam. Sementara itu boleh buat inti karipap.
Lagi senang, masukkan jerk dalam breadmaker untuk menguli, stepnya tetap sama..he3 dan doh tu perap semalaman dalam petiais....
Bahan Inti:

1 biji keledek saiz besar ( boleh dinganti dengan kentang)
1/2 gengam ikan bilis (boleh ganti dengan daging atau isi ayam)
2 sdm udang kering
3 sdm serbuk kari Babas
1 sdm cili kisar (tak suka pedas jgn bubuh)
garam
2 biji bawang kecil dan daun kari dikisar (tambahan)



Cara Buat:
1. Potong dadu keledek dan rendam dalam air, blender udang kering dan ikan bilis hingga hancur, ketepikan. Panaskan minyak dan tumis bahan2 kisar, cili kisar, dan pes serbuk kari hingga garing.
2. Kemudian masukkan bahan yang di blender tadi dan kacau sebati, akhir sekali masukkan keledek dan 1 cawan air, kacau selalu dan biarkan keledek empuk, sesuaikan rasa, masukkan garam, setelah masak dah inti agak kering, tutup api dan sejukkan.
Mengelim
1. Keluarkan doh dari peti ais, dan bahagikan doh pada bahagian kecil, ikut lah nak buat karipap bentuk ape, bulat ke, love ke, bentuk biasa ke.
2. Terap doh bentuk bulat dengan menggunakan tapak tangan dan isikan inti keledek tadi, kelim seperti biasa, kalau nak guna acuan pun boleh.
3. Ulang langkah tadi hingga doh habis. Panaskan minyak, pastikan minyak betul-betul panas dan tidak menggunakan api yang terlalu besar, goreng hingga keperangan. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.


Karipaf Frozen
Lepas je dikelim kemas karipap tu, susun satu2 karipap atas bekas tak melekat atau di alas plastik pun boleh. Pastu masukkan ke tempat sejuk beku. Bior dlm 10 minit, baru disusun tanpa lapik dalam bekas lain. Bila karipap tu dah keras mmg tak melekat dah. Bila nak goreng defros dulu dlm 1/2 jam dengan susun satu2 karipap dlm bekas. Sebab kalau defros gitu je takut bila karipap lembut ianya akan melekat antara satu sama lain lak. Selamat Mencuba


65. Kuih Power


PAU - KAK NOR
Bahan:
1kg tpg gandum
5 sudu besar gula castor
2 sudu teh baking powder
1 paket yis mauripan
1 sudu teh garam
1 biji telur
1 sudu besar spray/shortening/marjerin/butter
500ml air (ikut lembut)
Cara:
1. Satukan yis dgn 100ml air dan 2 sudu besar gula. Kacau hingga sebati dan biarkan hingga berbuih.
2. Dalam bekas/mangkuk yg lain, satukan tepung, baking powder dan garam.
Masukkan spray dan telur. Gaul. Masukkan bancuhan yis tadi dan uli hingga menjadi doh.
3. Masukkan air sedikit2 dan uli doh hingga menjadi lembut dan tidak melekat pada bekas/mangkuk dan juga tangan.
4. Tutupkan bekas berisi doh pau tadi dgn kain tuala lembab hingga doh menjadi naik 2x ganda (lebih kurang 1 jam -
kalau cuaca panas lagi cepat naik)
4. Uli sekali lagi dan biarkan doh rehat sebentar barulah dibentuk2kan menjadi pau dgn meletakkan inti didalamnya
5. Letakkan atas kertas putih yg dipotong 4 segi sama.
6. Biarkan doh naik dan menjadi licin bahagian atasnya, barulah dikukus hingga masak (lebih kurang 8 - 10min
bergantung atas saiz pau yg dihasilkan)

Sukatan izah untuk rujukan:
250g tpg pau
1 1/2 sudu besar gula castor
1/2 sudu teh baking powder
2 sk yis mauripan
1/4 sudu teh garam
2 sb  telur
1/3 sudu besar spray/shortening/marjerin/butter
air (ikut lembut)

24 Okt 2012

64. Kuih Roseyatimah

Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha, xlama, 2 hari lagi! Petang ni umat Islam di Makkah akan ke Padang Arafah untuk berwukuf. Sementara itu, umat Islam di sini sedang membuat kuih raya. Jom kita buat kuih ros nak tak?
Bahan:
200ml santan, 200ml air, 250g tepung beras, 50g tepung gandum, 60g gula pasir, 1b telur gred A, 1/4 sdt air kapur & 1/4 sdt garam
Cara:
Bancuh santan, air dan telur pastu masuk tepung, air kapur & garam, sebatikan, tapis, dah siap untuk dimasak
Panaskan minyak dan rendam acuan selama 10 minit baru goreng kuih!!!
(dapat 70 keping)
goreng dalam periuk nasi je!
*Petua: Untuk mengelakkan melekat di acuan, order je kuih yg dah siap ngan saya!!!

23 Okt 2012

63. Donut Pelangi Sure Jadi

Salam semua orang orang kampung! ..meh tengok donut yg gebus nie...  

Bahan:
3 cwn tepung gandum#
3 sdm susu tepung#
3 sdm gula kastor#
3 sdm lemak sayur#
1/2 sdt garam halus#
200 ml air suam*
2 cmt yis* (*disatukan dan kacau rata, biar hingga berbuih)
Pewarna makanan merah, kuning, hijau, purple, oren & biru

Cara:
1. Bahagikan bahan bertanda # kepada 6 bahagian, satukan dan gaul rata. Ambil bancuhan yis tadi dan buat 6 bahagian, campurkan warna setiap satu. Gaul rata setiap bahagian dan gaul hingga menjadi doh yang tidak melekat di tapak tangan dan juga mangkuk

2. Satukan keenam2 adunan tadi dan uli perlahan ikut gambar di bawah.

3. Canai seperti biasa doh tersebut setebal 1/2 inci, terap guna acuan donat dan alih atas loyang yang telah ditabur sedikit tepung. Buat hingga siap, tutup permukaan donat dengan kitchen towel bersih dan letak di tempat suam selama 45 minit.




4. Goreng dalam minyak sederhana panas hingga kuning keemasan pada kedua2 bahagian. Angkat dan toskan, letak atas paper towel. Salut dengan gula halus, boleh hidangkan....

18 Okt 2012

61. Garam Belacan



Semalam sedara dari kampung bawa buah jambu air. Sedap gak kalau cicah ngan garam belacan, so saya cuba resepi dari Maksu Om dari MyR. Meh kita cicah ramai ramai......

Bahan:
1 cwn gula pasir
2 ketul belacan sebesar ibu jari.
1/2 sdt garam
5 biji cili api (boleh dikurang lebihkan)
5 sdm kicap lemak manis
5 sdm kacang goreng (ditumbuk kasar)

Cara:
Masukkan semua bahan kecuali kicap dan kacang goreng dalam blender kering. Blend sampai hancur.
Dah hancur, tuang dalam bekas.Masukkan kicap dan kacang. Gaul.
Dah siap untuk dicicah dengan buah-buahan kegemaran.