Hari ini kita akan buat cucur badak pula. Resepinya sama macam kuih cik mek molek & kuih keria, cuma inti berbeza. Tujuan sama tapi cara berbeza gitu!!!
Inti:
3b bawang merah 3b bawang putih 3b serai 1" halia 1/4" lengkuas 4sdm cili boh 1sdm serbuk kari daging 1sdt serbuk kunyit 1sdt pes asam jawa 8sdm gula pasir 1.5sdt garam 1sdt ajinomoto 2b kelapa parut
Cara:
Blend halus bahanx |
Masak macam biasa ikut cara masingx |
Masukan sedikit minyak ke dalam kuali masuk bahanx kisar dan masak hingga kekuningan. masuk cili boh kari kunyit asam jawa dan biarkan seketika. masukan pula gula pasir garam dan perasa. akhir sekali masuk kelapa parut dan masak hingga sebati.
Bila dah kering, tutup api dan sejukkan |
Bahan:
500g keledek
160g tepung gandum
2 sdm tepung kanji
1 sdt garam
Kupas guna peeler cepat dan mudah!!! |
Cara:
Kupas keledek dan potong kecil untuk mudah masak |
Rebus boleh, nak kukus lagi boleh |
Rebus keledek.. tapi kalau boleh jangan ikut macam kat atas nie yerp airnya.. .. kalau kita nak kuih cucur badak senang dibentuk tanpa lembik dan banyak tepung... cukup sekadar merebusnya dengan air yang sedikit.. Kemudian rebus tu tak payah sampai empuk sangat2 sampai lembik. nanti kuih cucur badak anda keras sebab kena tambah banyak tepung masa menguli.so agak2 bila dia dah lembut je, terus angkat.
Tos dan sejuk dulu |
Lenyek ketika masih panas pun boleh, sejuk pun boleh, ikut suka! |
Masuk tepung gandum, tepung ubi dan garam |
Gaul rata, jangan risau, memang akan lembik sedikit dan doh akan melekatx kat tangan |
Nak tau tips memudahkan membentuknya tanpa melekat kat tangan???? Sediakan piring kecil berisi minyak masak... bubuh sedikit minyak kat kedua2 tapak tangan.ratakan... insyallah adunan takkan melekat lagi semasa membentuknya.... So buat bentuk melengkung kemudian masukkan inti tadi... kemudian tutup rapat2 dan kemas...bulatkan dia kembali...
Goreng dalam minyak yang betul2 panas..Kalau tak panas, nanti kuih anda akan menyerap banyak minyak! balik2 kan dia selalu supaya masak sekata dan tidak hangus.
Toskan kuih tadi menggunakan penapis....Dah siap pun... lehla dihidangkan untuk keluarga tersayang~cucur badak ...cucur badak.... 3= rm1... haha..inti banyak baru sedap.. hehe. =)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan