1 inci kunyit atau 1 sudu kecil serbuk kunyit
4 batang serai
3 batang bunga kantan
1 ikat daun kesom
5 keping asam gelugor
½ cawan air asam Jawa
1 inci belacan
1.5 litres Air
Ulaman
1 peket laksa basah
1 labu bawang besar
Salad
Timun
Nenas
Daun Pudina
Bunga Kantan
Limau Kasturi
Otak Udang aka Petis
Cili Padi
Cara:
1. Bawang besar, cili padi, cili merah dan belacan ditumbuk halus. Kemudian ditumis hingga garing menggunakan minyak yang sedikit. Apabila sudah garing, masukkan 1.5 litre air. Campakkan serai yang telah dititik. Tungguh hingga mendidih. Kemudian masukkan asam keping dan jugak asam Jawa. Biarkan mendidih.
2. Buang tulang ikan sardin. Jangan dihancurkan ikan. Cukup sekadar dicerai-ceraikan secara kasar. Jangan dibuang sos ikan sardin itu.
3. Apabila kuah laksa sudah mendidih, masukkan daun kesom, dan bunga kantan yang telah dibelah dua. Perlahankan api dan masukkan perlahan-lahan sardin bersama sosnya tadi. Kacau perlahan-lahan agar ikan tidak hancur. Bubuh garam dam Pak Aji kalau guna.
4. Didihkan perlahan kira-kira 10 minit. Padamkan api.
Celur laksa basah dalam air panas kira-kira 30 saat sahaja. Kemudian toskan. Kalau tak celur, cuci dengan air panas pun okay. Terlalu lama akan buat laksa itu menjadi lembik.
Semua bahan2 ulam seperti bawang besar, salad, bunga kantan, cili padi dan timun dihiriskan nipis. Limau kasturi diotong sikit hujungnya sementara daun pudina dipetik.
Letakkan sedikit laksa kedalam mangkuk dan diikuti semua ulaman tadi. Kemudian dicurahkan dengan kuah yang panas. Kemudian ambil ikan sardin dan letak diatas. Kuah mesti panas baru sedap makan.
Letak daun pudina dan limau kasturi serta otak udang, kalau suka.
Selamat mencuba
Laksa Penang
Oleh:Aaina Duranie
Bahan:
Laksa
2 kg ikan sardine/ kembung - kukus & amek isi
2 biji bawang besar
15 bawang merah
2 ibu jari belacan (opsyenal)
1 senduk cili kisar
2 keping asam keping (rendam dulu 5 minit utk buang getah nya)
2 bunga kantan - belah 4 (opsyenal) (nenas 1/2 biji kisar halus)
1 ikat daun Kesum
Garam
Hiasan:
Telur - rebus & belah 2
Timun - hiris
Salad - hiris
Bawang besar - hiris
Cili hidup - hiris
Limau kasturi - belah 2
Daun pudina - jika suka
Cili padi - jika suka
Otak udang - jika suka
Cara:
Kukus ikan dan air kukusan disimpan untuk dibuat kuah. Blend isi ikan jangan sampai hancur kerana ada yg suka kuah yang terasa isi ikannya. Bahagian tulang diblend dan ditapis airnya.
Masukkan bawang yang dikisar bersama belacan dan cili kisar ke dalam air kukusan ikan. Masukkan asam keping, daun kesum dan bunga kantan.
Masukkan isi ikan yang dikisar halus, yang dikisar kasar dan juga isi ikan yang dicarik carik sahaja. Masak dengan api perlahan dan biarkan merenih. Masukkan garam dan sesuaikan rasa dan kepekatannya.
Bolehlah dihidangkan dengan meletak laksa di dalam pinggan, tuangkan kuah laksa ke atasnya. Taburkan bahan bahan dan sayuran yang dihiris. Ini memang versi ori penang mari
Laksa Johor
Oleh:Aaina Duranie
LIKE: Buku Resepi
Nak buat laksa ni bukannya susah tapi renyah! Banyak sangat rencah yg perlu disediakan. Tapi Penang punye ni memang special sikit, guna ikan sardin je! Kalau duit terlebih tu bolehlah guna ikan parang ke, kurau ke tenggiri xde sape yg nak larang, okay? Sangat sesuai untuk Hari Raya Aidiladha
Laksa Johor
Bahan:
1 kg ikan sardin
5 btg serai
2" halia
2" lengkuas
5 biji bawang besar
0.50 cwn minyak masak cop Buruh
0.75 cwn rempah kari ikan BABA's (5 sdm)
0.50 cwn cili boh buatan sendiri (halalan toyiban) (5 sdm)
2 cwn pati santan (lebihkurang 350ml) (2 peket kecil)
0.75 cwn udang kering, kisar halus (bersihkan dulu!)
1 sdm kerisik (senang citer, 1 peket keciklah)
2 kpg asam gelugur
3 sdt garam
Kafiatnye:
1. Bersihkan ikan macam biasa, pastu kukus sebab nak senang keluarkan tulang (kalau rebus lambat sikit je). Air kukusan tu simpan jangan buang pulak! Pastu, kisar le guna air kukusan tu sikit & letak tepi dulu.
2. Serai, halia, lengkuas & bawang tu pun kisar juga.
3. Standby periuk, panaskan minyak terus masuk bahanx kisar tu. Naik bau je terus masuk rempah kari, masak dlm seminit dua je tau! Tambah air 0.50 cwn, goreng lagi dan lagi selama 5 minit lagi kot.
4. Masuk lak cili boh, masak sampai keluar minyak. Dah keluar, masuk pulak ikan tadi kacau rata. Tambah air kukusan tadi 3 cwn & santan (air hingga oenuh periuk)
5. Dah mendidih, campak udang kering, kerisik & asam hingga menggelegak
6. Last sekali, tarok garam ke, gula ke atau ajinomoto, ikut selera korang.
Untuk Spageti: Rebus 2 peket spageti (untuk 10 orang) dalam air yg telah diletak garam. Agak dah masak tu (el dente), angkat, toskan dan sejukan bawah siraman air paip.
Untuk Ulam: Timun (buang kulit & pulok biji), taugeh, bawang besar, daun selasih atau daun kesom, limau kasturi & lobak asin.
Untuk Sambal: Senang je, ambil cili dan belacan bakar tumbuk je lah!
Untuk Makan: Amek mangkuk, letak spageti tabur ulaman, sambal sikit & bubuh kuah ikut banyak mana nak, siap!!!
Rempah Ikan Bakar
Byk2 daun kesum wt rempah ikan bkr..... leh smpn rempahnye..... sy bg resipi..... rempah yg sme leh wt perap ayam atau daging..... sdp.....
Bhn2
Segenggam cili kering
Bwg merah 5 biji
Bwg pth 7 biji
Serai 3 btg
Daun kesum (byk2 lg sdp)
Daun limau purut
Halia 1 ruas jari
Kunyit 1 ruas jari
Cara2
Blend smua bhn, pastu tumis dlm myk pns..... msuk asam garam gula scukup rasa,masak smpai pch myk..... lumur kt ikan, bkr dlm daun pisang.....
rempah lbh tu smpn dlm bks ltk dlm peti sejuk kt tpt beku..... tahan bebulan2..... rempah yg sma kdg2 sy guna wt masak lala atau kupang.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan