4 Mei 2015

87. Kuih Muih

Kuih Muih
APAM BALIK Sumber : Buku 1 Hari 1 Resipi - Chef Hanieliza
BAHAN A
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
4 sudu teh serbuk penaik (baking powder) 
1/2 sudu teh garam

BAHAN B
2 cawan susu segar 
1/2 cawan minyak 
2 biji telur

BAHAN C (untuk inti)
1 cawan jagung krim
Sedikit kacang goreng di kisar kasar

Cara membuat
1. Gaulkan semua bahan A dalam mangkuk besar.
2. Masukkan semua bahan B dan kacau rata.
3. Panaskan kuali non stick dan sendukkan adunan.tutup kuali non stick dan biarkan adunan tiga suku masak
4. Letakkan jagung krim dan taburkan kacang tanah kisar, lipat serta bolehlah di hidangkan. Apam balik yang di jual di pasar malam selalunya di tabur sedikit gula di atas intinya tetapi bagi saya adunan ini sudah cukup manis dan sedap.

RESIPI ROTI JOHN
Bahan-bahannya :
Roti hotdog dibelah 2 (amount terpulang pd jumlah org yg nk makan)
Telur 2 biji
Carrot & kobis (hiris nipis…mcm buat coleslaw tulah)
Daging burger 5 keping (ni utk 7-8 org dewasa yg makan)
Butter
Mayonis
Sos cili or tomato
Cara membuatnya :
Rebus daging burger hingga masak. Bila dh masak, hancurkan daging tu, pecahkan telur dan gaul. Put aside.
Carrot & kobis tadi campurkan dengan mayonis and put aside gak.
Kemudian sapu butter pada roti, letak daging hancur td & bakar atas kuali leper
Bila roti dh masak, letak ler sayur tu & tuang sos.
Tadaaaaaa…dh boleh makan.
*Boleh ler klu nk bukak gerai roti john bulan posa nnt.

Oat
1 bar white chocolate
1 cwn oat
1 setengah cwn nestum

Cara-cara:
Cairkan coklat dulu (kaedah double boiler)
lepas tu campur semua bhn hingga sebati
masuk dlm acuan apa-apa je ,lepas tu tekan biar padat. Simpan dlm fridge bhg beku dlm 10-15 minit keluarkan dah siap.

KEK GULA HANGUS
BAHAN A
1cwn gula
1cwn air panas
2sd bsr butter
CARA :
- panaskan gula hngga cair keperangan masukan air panas, msk hngga gula larut, tutup api & masukan butter
- biarkan suam
BAHAN B
1cwn tpng gndm
2sd teh soda bikarbonat
( ayak )
4bj telur
1/2cwn susu pekat
(rspi asl 3/4 cwn)
1sd teh esen vanila
CARA :
- pukul telur hngga kembang, masukan susu pekat, gaul rata
- masukan esen vanila, tpng & gaul sebati
- masukan gula hangus, kacau sebati
- tuang dlm loyang & biarkan 3-4 jam ( tadi sy nak cpt jd sy perap dlm 2 jam aje)
- pnskan oven 150C, bakar kek 1 jam,45 minit awl guna api bwh shj, 15 minit terakhir gunakan api ats & bwh
- blh juga dikukus, juga 1 jam

Biskut Peanut Butter
Sumber : Che CT

Bahan-bahan :
125 gm butter - suhu bilik
1/2 cawan gula kastor
1/2 cawan gula perang
1/2 sudu teh esen vanila
1 biji telur A - pukul sebentar
1/2 cawan mentega kacang
 2 cawan tepung gandum - tambah jika perlu
1 sudu teh baking soda
1/2 sudu teh garam halus
1 biji kuning telur - sapu atas biskut

Hiasan :
kacang bergaram - secukupnya

Cara-cara :
1. Panaskan oven suhu 180 C. Guna api bawah sahaja
2. Putar butter, gula kastor, gula perang dan esen vanila hingga berkrim.
3. Tambahkan telur dan pukul lagi. Masukkan mentega kacang putar rata.
4. Masukkan tepung, baking soda dan garam yang diayak kedalam adunan butter tadi. Gaul sebati hingga jadi doh yang lembut.
5. Ambil doh dan bentukkan ikut pilihan. Susun dalam loyang yang dialas kertas minyak dan jarakkan antara satu 1 1/2 inci.
6. Sapu kuning telur atasnya dan letak sebelah saja kacang bergaram. Sapu lagi kuning telur diatasnya. Buat hingga habis.
7. Bakar selama 12-15 minit hingga perang kemasan. Ikut oven masing-masing. Sejukan 2 minit atas loyang dan sejukkan sepenuhnya atas rak dawai. Simpan dalam bekas kedap udara.

8. Cekodok Pisang (buat pada 120913 - sedap)
BAHAN:
8 biji pisang emas @ 400 g
3/4 sdt soda bicarb
1/4 sdt garam halus
1 sdm gula perang @ 1/3 camca besar gula halus
1 cawan tepung gandum
2 cawan minyak untuk menggoreng
CARA:
1. Kupas pisang, lenyek dgn soda, garam n gula hingga hancur. Pastu, masuk tepung, gaul sebati dan perap 30 minit.
2. Panas minyak pada tahap kepanasan sederhana. Basahkan hujung jari dgn air, jemput kan adunan tadi ke dalam minyak panas, buat dalam 5 biji macam tu, sebab ia akan kembang (tengok saiz kuali yang digunakan).
3. Goreng hingga kuning keemasan pada seluruh bahagian cekodok. Angkat dan toskan. Letak atas paper towel dan biar minyak terserap. Hidangkan bersama kopicino atau teh..O tarik!.peergh!

Bahan: (myresepi (buat pada belum)

2 c pisang lenyek
1 c gula pasir @ gula castor
1 sdm sodabikarbonat
1 sdt baking powder
3 c tepung gandum
1 sdm susu tepung
1/2 sdt garam
Cara:
dlm mangkuk, campur pisang lenyek bersama gula & garam.gaul biar gula larut.
ayak soda bicarbonate & baking powder dgn penapis teh ke dalam campuran pisang.gaul rata2.pastu masukkan susu & tepung.tambah sedikit lg tepung jika adunan masih lembik.
panaskan minyak yg banyak, lalu jemput2kan adunan bulat2 kedalmnya. goreng dgn api sederhana supaya dlm nya masak.bila kulit luar nmpak garing bleh lah diangkat.

Zaiton Ahmad.
Pisang ( blend).garam.soda bicarbonat.tepung beras cap bunga ros.sedikit tpung gandum.adunkn.

500 gm pisang ~ dilenyek
80 gm tepung beras
80 gm tepung gandum
1/2 tsp soda bikarbonat
2 tbsp gula (nak tambah pun boleh)

Tips :
- Jangan memasukkan gula pada saat awal mengadun tapi dimasukkan akhir bertujuan merangupkan tekstur cekodok anda.
- Untuk mendapatkan bentuk cekodok yang comel bulat-bulat... lepas masukkan ke dalam kuali, guna sudip gelek-gelek secara perlahan di permukaan cekodok.

Assalamualaikum, salam sejahtera..dah fikirkan menu ape untuk minum petang ni? Kalau belum jom jenguk2 & kongsi menu CARA MANIS ni..IA SEDAP..IA MUDAH..hehe pinjam tagline iklan nasi impit Faiza. Pada yang berminat jom intai resepi..

CARA MANIS
2 c t gandum (250g) (0.3375)
1 c santan (175ml) (0.84)
2 c air pandan (kisar daun pandan + air & tapis) (350ml)
1 b telur (0.40)
1 sdt garam
1/8 sdt pewrna hijau
Gula secukupnya untk inti
CARA :
- kisar kesemua bhn kecuali gula & tapis
- panaskan acuan lenser minyak, curah adunan ke dlm acuan & masukan sedikit gula, tutup acuan dngn tdng periuk
- masak hngga adunan brtukar pucat @ bila disentuh adunan x melekat di tangan
- angkat & tangkupkan kuih sepasang2
- lenser minyak setiap kali nak curah adunan baru & kacau adunan setiap kali nak curah dlm acuan

Petua
utk mengelakkan kuih cara melekat bila acuan yg dah lama tak digunakan.
Basuh bersih2 acuan kemudian keringkan sekejap.
Panaskan atas dapur dgn api sederhana.
Bila acuan dah panas, masukkan minyak masak memenuhi lubang2 kuih (biar lebih sket dr paras lubang)
Panaskan lagi hingga minyak betul2 panas (jgn sampai berasap pulak ya)
Tuangkan semua minyak kedalam periuk kecil.
Panaskan kembali acuan seketika dan barulah dituang adunan kuih cara.
Bila dah masak batch pertama, ulang sekali lagi kaedah tadi (ini utk memastikan acuan betul2 tak melekat)
Lepas tu bolehlah teruskan memasak kuih cara hingga habis adunan (kalau nak guna daun pandan sebagai berus utk sapu sedikit minyak pun boleh)

Gendang Kasturi (ok buat pada 190814) 28's
Inti:
1 1/2 cawan kacang hijau (rendam 4 jam sebelum direbus)
1/3 cawan gula pasir
1/2 cawan gula merah
1/2 biji kelapa parut muda (ambil yg putih saje)
Air secukupnya untuk merebus (rebus bg kering tul)
(Tambah: 4.5 sdm tepung gandum)

Salutan:
1 cawan tepung beras
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil kunyit serbuk
1/2 sudu kecil air kapur
air secukupnya
sedikit garam
Minyak untuk mengoreng
Cara:
1. Untuk membuat intinya, rebus kacang hijau sehingga pecah/lembut dan kering airnya (nak cepat lg, masak dlm kuali lepas air hampir kering)
2. Campurkan kacang hijau tadi bersama kelapa parut, gula pasir dan gula merah. Gaul hingga rata dan sejukkan.
3. Ambil adunan inti tersebut sedikit dan bentukkan bulat dan leperkan sedikit. Buat sampai habis.
4. Bancuh adunan tepung utk disalut kepada adunan inti tersebut. 
5. Panaskan minyak, celupkan adunan inti kedalam adunan tepung tadi dan goreng lah seperti biasa hingga keperangan. Angkat dan tos kan atas paper towel.
6. Hidang untuk minum petang atau pun sarapan pagi.

Kuah Rojak

Cara Berlauk

Cara Berlauk (azlina hashim)
Adunan tepung sama mcm cara manis. Saya cuma guna santan, ada juga yg guna air biasa dan letak telur, terpulang pada cara masing2.  Untuk intinya tu kadang2 saya guna ayam/daging cincang atau sardin je.  tumis sikit bawang merah dan putih, halia kisar sampai wangi, letak sikit serbuk kari, masuklah ayam/daging tu, kacau hingga kering, rasa garam. Kalau nak pedas, letaklah cili kisar masa menumis.  Sebelum tutup api, masukkan hirisan daun bawang banyak mana yang kita suka..Sejukkan..
Cara buatnya sama mcm buat cara manis, bila dah masukkan adunan tepung, terus sudukan inti, letak hirisan cili besar dan daun bawang utk hiasan, tutup acuan hingga kuih masak.  Jangan lupa, adunan tepung tambah 2 sudu besar minyak masak utk elak kuih melekat...selamat mencuba..

Kuih Ros:
Biasa: 200ml santan, 200ml air, 275g tepung beras, 25g tepung gandum, 60g gula pasir, 1b telur gred A, 1/4 sdt air kapur & 1/4 sdt garam

Lemak: 250ml santan, 150ml air, 285g tepung beras, 15g tepung gandum, 60g gula pasir, 1b telur gred A, 1/4 sdt air kapur & 1/4 sdt garam


RESPI KACANG TERRRR....
CIPTAAN : Jamayah Bujang 1980

1 Kilo Kacang Tanah yang takda kulit @ Telanjang lah nama nya.
2 labu bawang Puteh
50 grm buah keras
4 Sudu kecil garam
Serebuk perasa jika suka
Cili Padi
Daun kari
Ikan Bilis Cuci dan keringkan

Cara membuat:
1. Rendam kacang tadi didlm air panas mendidih selama 5 minit
2. Tus kan kacang tadi biar habis airnya.
3. Tumbuk bawang puteh tak payah hancur.
4. Tumbuk pula buah keras.
5. Gaulkan semua bahan yang telah ditumbuk kedlm kacang. 
6. Masok Garam dan serbuk perasa..
7. Biar kejap supaya mesra.
8. Sedia Kan Kuali untok mengoreng masok minyak panas kan.
9.Pertama kita goreng dulu Ikan Bilis ketepi kan
10. Goreng lagi daun kari dan Lada padi yg telah di potong Ketepi Kan.
11. Seterusnya kita goreng kacang tadi hingga siap. Goreng kacang jaga api nya jgn terlalu kuat nanti hangus tak renggup dlm nya.
12. Dah semua siap digoreng gaul kesemuanya sekali

resepi pisang goreng cheese 
Bahan  untuk pisang Goreng
✿  Sebiji pisang tanduk@pisang nangka @pisang abu (pisang potong ikut suka)
✿ 5 sudu besar Tepung gandum
✿ Garam sikit
✿  Gula sikit
✿ butter (setengah sudu)
✿  Air 
✿ minyak masak untuk mengoreng
Bahan  untuk buat toping
✿ susu pekat 
✿ Keju cheddar *parut
✿ butter 
cara nak membuat pisang goreng cheese yang sedap    ni..
✿ memula..batter
✿ ok kemudian gaulkan pisang 
dan sedia untuk digoreng..

Minyak panas jek..
boleh la kitew menggoreng..
dah siap pisang kitew…

✿ Dan ambik susu pekat satu sudu…

✿ Dan lepastu menyagat keju diatas pisang goreng kita..
Keju tu kita letak ikut suka yek..

Tako: Sesuai untuk membuat kuih cara berlauk, kaya ball, takoyaki dan pelbagai jenis bingka bakar termasuk boleh buat cucur jagung@ cekodok.. berbaloi-baloi..


Penkek
dah berkali buat memang best
blh nk mkn mcm tu je atau dgn apa filling yg di sukai..sember resepi dari mai zura tq mai..1 adunan dpt sikit je ye .klu ramai blh ganda kn

tambahan..byk yang bertanya tentang susu dan air panas tu bahan yg sama dgn bahan a atau tidak..
jawapan: bahan a adalah a n bahan b adalah b..jadi ikut guna dua2 bahan tu

(A)
1/2 c air panas + 1 sdm marjerin n 1 sdm minyak masak
(B)
1 c tepung gamdum
1/2 sdm baking powder
1/4 sdt soda bicarbonate
1 sdm moyonis
3/4 c susu cair + 1/2 c air panas
1 biji telur (B)
2 sdm gula

blender semua bahan A n B, perap 30minit...
panaskn kuali leper sapu sikit minyak...sapu sekali je dh ok
dgn api pelahan tuangkn sesenduk biar kn dia tau jadi bulat sendiri...dah siap buat lah sampai abis...nk senang buh je adunan dalam jug pastu tuang jew atas kuali tu..nk besar mana ikut kemahuan sendiri lah..settle

Ganache
400g cokelat masakan hitam
250g whipping cream
2 sdm susu pekat

Resepi Cucur Kembung

1 c tepung gandum
1 sdt yis - dibancuh dengan sedikit gula dan air suam
6 sdm gula - ini memang syarat dia, sebab eny kata banyak ke tepung, sikit ke tepung mmg opah letak 6 sudu, jangan tanya kenapa ye, tina tak tau
1/2 sdt soda - ini tina tambah, tujuannya untuk lembutkan cucur walaupun dah sejuk
air secukupnya 50ml

1. Bancuh yis dengan gula dan air suam, tunggu hingga dia berbuih
2. Didalam mangkuk adunan, tepung gandum dicampurkan bersama gula dan soda bikarbonat
3. Campurkan air secukupnya, agak2 lah ye
4. Bila yis dah berbuih, masukkan dalam adunan, perap selama satu hingga dua jam
5. Biarkan adunan cucur ni naik sehingga dua kali ganda, boleh lah digoreng hingga garing
6. Jangan guna api kuat sangat, sebab nanti luar garing dalam tak masak
7. Sedap dimakan bersama sambal tumis ikan bilis atau sardin

CANDY KELAPA (PANDAN)
Bahan:
2 biji kelapa parut (dulu parut tangan..rupa nya cantik kasar2)
kelapa muda lagi baik
2 tin susu pekat (@500gm)
400gm gula pasir
3 sudu besar margarine (akhir sekali)
pewarna merah/hijau (akhir juga)
3 helai daun pandan dcarik dan dsimpul
Periuk tebal (dulu2 periuk mak sume tebal..xmcm sekarang)
kita guna lah vision/corning

Cara:
Sangai sebentar kelapa dalam kuali..agak2 hampir nak kering..
Pindahkan kdalam periuk
Campur semua bahan lain dan masak..dkacau sentiasa atas api perlahan ...
sampai gula cair...menggelegak...masa ni lah
tersangat siksa..kena percik air gula...
rasa xnak buat candy lagi..cukup lah ni..
masak/kacau lagi ...sampai bileeee??
sampai..adunan dah x melekat dtepi periuk..
adunan berkumpul dtengah2
bubuh pewarna ikut suka
tutup api.masukkan margarine dan kacau rata
masukkan k dalam acuan lebar...
..tekan ratakan..tebal 1/2 inci..sejuuukkan
Bila sejuk..boleh lah dpotong2 kiub.
Bila da siap semua berebut...masa siksa kena tembak air gula

Kaswi Nyonya (buat 200414)
A. 100g gmerah, 100g gmelaka 150ml air 1/2 dpandan > 900 ml air gula
B. 175 g tgandum 50g tubi 1/8 sdt air kapur

Kaswi Amoi (sendiri punya) (090215) kukus 70 minit
1000ml air 150g gula pasir 150g gula merah
200g tepung gandum 100g tepung ubi 100g tepung beras 1sdt air kapor

Lompang (120115)
1.5 c tepung beras (150g) (0.54)
1 sdm tepung ubi
1 sdt air kapur
0.5 c gula pasir (80g) (kalau warna warni, 3/4 c gula pasir sahaja)
0.5 c gula merah (50g)
3 daun pandan
Kukus 10 minit dgn api besar

Tepung Pelita (160115) 18's small (kos 2.05) (0.15x18) (jual 0.60) bekas 0.10
Bawah
100 g tepung beras (0.36)
5 air pandan (2 helai)
1 c gula pasir (160g) (0.384)
1/2 sdt air kapur
1/8 sdt warna hijau epal

Atas (masak hingga pekat)
250 ml santan + 450 ml air (1.20)
4 sdm tepung beras (25g) (0.10)
1.25 sdt garam

Apam Mentega
125 g gula pasir, 80 g air n 80 g mentega > buat gula hangus dulu, sejukkan

80 g gula kastor
2 b telur
140 g tepung gandum
1 sdt soda bikarb
135 g sudu cai

Cobaan (kuih wajik)

Pulut 250g ...basuh jemur goreng dan kisar
Santan 335g
Gula Melaka 170g
Masak santan dengan gula melaka sampai pekat...masukkan pulut......gaul gaulkan...siap dah....senangkan..tapi cerewet....

Gorengan (thitunisah FB 140215) dah buat 220215
Ikan, udang, sotong, bebola ikan, crab stick semuanya celup tepung rangup.... cicah dengan sos pencicah homemade...lama sungguh tak makan mcm ni.. makanan ni popular belah pantai timur terutama terengganu dan kuantan di tanjung lumpur... 
Resepi bancuhan adunan tepung rangup ( semua jenis gorengan termasuk pisang dan cempedak)
1 1/2 cawan tepung beras (187)
3 sudu besar tpg jagung
1 biji telor saiz kecik
sedikit garam (3/4sdt)
sedikit gula
pewarna kuning
1 sdt air kapur
air sejuk secukupnya (200ml)
minyak utk menggoreng 
cara:
1. Satukan kesemua ahan diatas dlm pengisar.. Masukkan air. Adunan ni tak
terlalu pekat atau tak terlalu cair ye.. (masukkan bebola ikan jika ia bersalut
cantik maknanya adunan tu dah ok)
2. Panaskan minyak ..celup satu persatu ikan, sotong, udang, bebola atau crab
stick.. dan masukkan ke dalam minyak yang panas tadi...
3. Pastikan api dapur sederhana panas ..Goreng sehingga garing/kekuningan
4. Angkat dan toskan
Resepi sos pencica
2@3 sudu besar cili kering kisar atau serbuk cili (ikut kepedasan)
1 sudu besar pes asam jawa adabi @ 1/2 cawan air asam jawa
4 sudu besar gula merah
2 cawan air
4 sudu besar gula
sedikit garam
sedikit belacan (optional)
caranya
1. Masukkan air, gula merah, pes asam jawa,gula dan cili ke dalam periuk
2. Masak sehingga ia mendidih dan biarkan ia menjadi pekat. tutup api... Jika
kurang manis tambah gula
3. Lebihan sos boleh disimpan dlm bekas dan taruk dlm peti ais.

Resepi Maruku Meletop!
Alhamdulillah sekali hadap je suami dan anak2 sambil tengok cite..tak sedar dah abis.. adunan saya ni boleh la dapat sebalang besar tu. sekejap sangat goreng je...kalau nak buat lebih nanti boleh gandakan ye adunan ni...saya guna resepi dari samida tp ada sedikit ubahsuai dr saya ..mashaallah mmg kruk krak dan sedap...semoga Allah murahkan rezekinya
bahan
300g tepung pulut
200g tepung kacang kuda/cheak peas
1sudu besar serbuk cili
1/2sudu besar garam halus
60gm marjerin yang dicairkan dan masih panas
2 biji telur
1sudu besar jintan manis** disangai dahulu/digoreng tanpa minyak
1sudu besar jintan putih** disangai dahulu
1sdb gula
segenggam udang kering dibersihkan dan kisar halus -
250ml santan cair - air ni boleh letak sikit2 shingga doh menjadi lembut dan tak lekat ditangan..sukatan air ni sesuai
cara2
1. tumbuk atau kisar jintan manis, jintan putih dan udang kering hingga halus/hancur
2. satukan bahan-bahan kering .. gaul sebati .. masukkan marjerin cair dan telor n santan cair gaul lagi hingga jadi doh lembut doh ni tak lekat kat tangan ..
3. panaskan minyak masak..sebelum pusingkan adunan ramas2 dulu daun kari masuk dlm minyak panas tadi biar bau kari tu melekat pada maruku kita nanti..n pusing adunan .. dah kekuningan boleh angkat ..
selamat mencuba dan Ramadan Kareem

Tiada ulasan:

Catat Ulasan