4 Mei 2015

94. Dalca Pelmacam

RESEPI KUAH DAL
RESEPI ROTI CANAI
RESEPI ROTI BOOM
DAN
CARA CARA MEMBUAT FROZEN
RESEPI KUAH DAL
2/3 cawan kacang dal ( dikisar kasar supaya cepat hancur)
4 cawan air.
1/3 sudu serbuk kunyit
1 biji bawang besar (medium size) -dipotong kiub
1 biji carrot
1 biji terung hijau bulat - dipotong kiub
1 biji tomato medium - dipotong dadu
2 cili besar hijau - dipotong inci
2/3 kotak santan (150ml)
1 sudu kecil garam
1 sudu air asam jawa
1/2 cawan air
3 sudu minyak
1/2 sudu kecil biji sawi
1/2 sudu kecil jintan manis
2 sudu gula
sedikit serbuk perasa
1 tangkai daun kari
2 biji lada kering (dipotong setiap 2cm (3/4 inch)
3 biji bawang merah - dikupas dan dipotong halus
3 biji bawang putih - dikupas dan dipotong halus.
Cara-cara:
1. Basuh dan bersihkan kacang dal beberapa kali dan masukkan ke dalam blender + air sikit. kisar kasar. pastu tuangkan kedlm periuk bersama 3 cawan air dan kunyit. Masaklah sehingga mendidih dan kemudian kecilkan api.
Biarkan di dalam api yang kecil selama 20 minit lagi. Masukkan bawang, carrot, terung dan tomato. Masak lagi selama 20 minit. , atau sehingga sayuran di dalamnya agak lembut. 
2. Masukkan santan dan masukkan gula garam dan serbuk perasa. Tambah air asam jawa. Masak sehingga mendidih lagi sekali, kemudian perlahankan api apabila ramuan nampak sebati dan lembut. diperlahankan api. Rasakan garamnya.Tambahkan cili hijau dan padamkan api selepas 5 minit dan asingkan
3. Panaskan sedikit minyak di kuali yang berasingan, goreng biji sawi dan jintan putih (dalam 30 saat). Masukkan daun kari, lada kering, bawan merah dan bawang putih. Masak sehingga berbau wangi dan bawang bertukar warna keperangan.
Kemudian masukkan semua gorengan ini ke dalam kuah kacang dal di periuk yang lagi satu. Panaskan api semula, kacau mesra, biarkan selama lebih kurang 5-10 minit - tutup atas periuk dan padamkan api.
ROTI CANAI
1. Sekilo tepung cap kunci -seeloknya tepung low protien (untuk 15 biji kalau besar,20 biji kalau sedang2)
2. Sebiji telor (merah sahaja) untuk nampak garing ketika di goreng
3. Garam kasar secukup rasa (rasa masa bancuh dengan telur dan susu manis)
4. Air ( 1/4 tepung lebih kurang) @ 500-600 ml
5. 3 sudu Planta Margerin yg dicairkan ( tak kisah brand apa yang pasti halal)
6. 3 sudu besar susu manis pekat (apa-apa cap tak apa asalkan halal)
Membuatnya
Masuk kan Air ke dalam besen kesemuanya sekali ( basuh secucinya dan pastikan besen tidak berbau sabun nanti tepung cepat basi ),kemudian masukkan susu manis dalam 3sudu besar ,masuk kan garam agak 2 sudu - 3 sudu,telur merah kemudian kacau hingga semua sebati iaitu susu, garam dan telur dah hancur.
Kemudian masukan tepung sedikit demi sedikit dan kacau ,jangan isi sekali gus,mati nak mengulinya, nanti tepung payah nak lembut (lembut nya lebih kurung buat donat),kemudian lepas 1/4 tepung sudah di masukkan, masukkan pula planta marjerin yang telah dicairkan atas api,tunggu marjerin tu sejuk baru isi,jangan panas-panas isi marjerin,nanti tak jadi roti canai tu,kemudian uli sebaik2nya,kalu penat rehat sat,kemudian sambung balik,isikan tepung sedikit demi sedikit hingga tepung menjadi sebati sepenuhnya.(yang ni susah sikit nak agak...kena banyak kali buat baru dapat kaedah yang tepat)
Sekarang tepung dah elok menjadi kita buat bebola dan di sapukan dengan planta merjerin di atas setiap bebola tersebut dan simpan ditempat selamat drp lipas tikus dsb.
ROTI BOOM
6 cawan tepung gandum 3.00
3 sudu besar susu pekat 1.50
1 1/2 sudu besar gula 0.75
1 sudu kecil garam 0.50
2 1/2 gelas air suam 1.25
Margerine untuk salut doh masa perapan
Step-stepnya
1. Masukkan tepung dalam bekas (ayak dulu)
2. Larutkan gula, garam dan susu pekat dalam segelas air suam. pas tu Tuang dalam adunan tepung pastu Masukkan air suam segelas lg. tapi yang setengah gelas tu tuang sikit-sikit sebab takut adunan jadi lembik pula. jadi kena tuang sikit sikit ok...
3. Uli tepung dengan tangan bg sebati dan lembut sampai tak melekat lekat kat tangan lg..
4. Bulat-bulatkan kecik-kecik dan salut dengan margerine setiap biji. Perap / rehat selama sekurang- kurangnya 3-4 jam. Tapi jangan lebih dari 8 jam takut adunan masam. Sebab ada susu..
5. dah cukup jam...anda canailah roti boom tu..mcm canai roti canai. atau canai lah mcmna pun boleh....
pastu....
bakar lah diatas kuali yg leper dengan hanya merenjiskan minyak pada kuali. Tak perlu guna minyak banyak sbb adunan tu dah berminyak.....kalau nk buat frozen pun boleh...anda cuma perlu canai dan bakar sekejap. sekadar 1/3 masak....pastu masukkan dlm petiais tempat dingin beku tu....bila bila nk makan...keluarkan dan bg dia lembut dulu...pastu bakar mcm biasa...mudahka...asalkan rajin.....
CARA MEMBUAT ROTI CANAI FROZEN
CARANYA IALAH BAKAR/GORENG ROTI CANAI TERSEBUT SEPARUH MASAK @ GORENG JANGAN SAMPAI masak Cukup sekadar NAMPAK KEKUNINGANNYA @GORENG UTK MATIKAN TEPUNG NYA SAHAJA,SEJUKAN SETELAH DIGORENG,KEMUDIAN BUNGKUS DALAM PLASTIK MASUKKAN KETEMPAT FROZEN,
NAK ROTI CANAI SEDAP??
Kena perap tunggu paling kurang 2-3 jam,agar tepung mudah untuk di tebar.Dan jangan lebih 24 jam tepung akan basi melainkan diletakkan di dalam peti sejuk (bukan tempat frozen beku nanti)
kena cuba 2-3 kali baru dapat cara yang sebenarnya,jangan sekali buat dah jemu "kalau tak pecahkan ruyung di mana nak dapatkan sagunya ",anda sabar anda akan berjaya mendapat hasilnya.
Antara Rahsia penyedap roti canai ialah 
1) pengulian tepung mesti betul2 sebati 
2) Planta Margerin ( pelembut roti canai walaupun dah sejuk tetap lembut macam baru masak ) 
3) mesti sabar kalau nak sedap sebab uli tepung ni makan masa,uli banyak ke sikit ke paling2 takada satu jam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan