4 Mei 2015

104. Hidroponik

Hidroponik
kedai akuarium, span filter... span basuh pinggan akar susah nak menjalar sebb rongga bercantum dan terlalu simpan air... kalau span filter ni rongga byk dan kurang pegang air, kurang risiko reput pangkal...

semestinya air baja....

sumbat dalam set hydroponik... kalau nak tanam kat tanah atau cocopeat tanam je sekali ngan span...

baja AB paling normal...

loose sikit tapi padu... agak2 air boleh pegang dan akar boleh lalu... sesedap rasa la...

kalau nak ke tanah, masa semai lepas cambah bg air baja sikit dalam bekas takung, lepas seminggu baru pindah kat pasu, letak tempat bercahaya bukat direct sunlight, pelan2 baru pindah kat panas terik....

yg putih tu keras, kurang serap... hijau atau biru, biasa rm4-5 hengget 1 pek...

benih sample tu letak sebijik je nanti camginiha... jgn tabur plak...

kalau kat tempat lain sy xtau le nak beli kat mana, tapi sy ada jualnya hehe...

8 inci... pakai bekas minyak selalu org buat

lambat lagi nak jadi bola, baru sebulan, mau lagi 2 bulan kot...

sediakan bekas takung, buat lubang, sumbay pasu, isi cocopeat + perlite isi air baja semai benih.... cam tu la....

kena cuba sampai jadi.... dulu sy tanam pun mati... menanam pun kena ada pengetahuan dan tips...

Cara Penyediaan Stok Baja AB
Kebanyakan daripada pengusaha fertigasi membeli baja 'ready-made'. Baja fertigasi ni lebih dikenali sebagai baja AB. Ini disebabkan setiap set baja mengandungi 2 bungkusan. Iaitu set A dan set B.

Saya andaikan anda membeli baja AB 100 Liter krn di pasaran ada 4 kuantiti yg berbeza iaitu 10 L, 50L, 100L dan 200L stok baja. Jadi sediakan 2 tong plastik yg mempunyai kapasiti sekurang-kurangnya 100L. Jika kapasiti tong melebihi 100L (cth 150L atau 200L), anda perlu menanda aras 100L dengan menyukat paras air 100L.

Cara penyediaan Stok Air Baja:
1) Masukkan air kosong (air paip/air telaga/ air 'boring' dll) ke dalam setiap tong sebanyak 3/4 penuh.

2) Buka satu bungkusan baja. Keluarkan bungkusan kecil (jika ada) yg mengandungi baja Mikro seperti Ferum atau campuran mikro (Mangan, Boron, Zink, Copper, Mo).

3) Masukkan dulu baja makro (yg banyak tu) sedikit demi sedikit sambil kacau supaya larut. Di ikuti dgn baja mikro (paket kecil tu). Rendam plastik yg mengandungi baja mikro supaya semua baja di dalam bungkusan tersebut betul2 habis di tuang. (Kerana ada baja Mikro spt Mo yg beratnya secubit, x sampai 1 gram).

4) Penuhkan tong tersebut dgn air kosong sehingga paras 100L. SIAP. Dah jadi stok air baja 100L.

Tips penggunaan stok air baja:
Set A selalunya ada baja mikro Ferum (ala yg serbuk warna kuning tu), jadi stok air baja A akan berwarna kuning.

Set B, stok air baja set B selaluya tidak berwarna dan jernih.

Jika nak guna utk bancuhan air baja dalam tangki besar (600 gelen tu), sebaik-baiknya ambil stok air baja set B dulu diikuti dgn stok air baja set A.

Jika boleh stok air baja dan tangki air baja berada di tempat yg teduh atau berbumbung.


103. Jagung Tanam

Projek Jagung
http://diaripetani.com

1. (2602) Untuk post kali ini saya akan cerita serba sedikit pengalaman saya menanam jagung manis Honey Jean No.2. Benih honey jean adalah benih jagung yang terbaik. Sebabnya buah jagungnya rasa manis dan enak dimakan. Pokok jagung honey jean juga cepat membesar dan hanya mengambil masa 2 bulan sahaja untuk dituai buahnya. Pokoknya sederhana tinggi dan mudah untuk di kemas setelah musim tuai selesai. Lihatlah gambar jagung manis yang pernah saya tanam. Baru jer 2 minggu habis dituai. Sambutan amat menggalakkan dan hasil tuaian hanya di jual dalam kampung sahaja.

Jagung Honey Jean No 2

Tanaman jagung seluas 0.5 ekar di tanam pada bulan Disember 2010 bermodalkan RM600. Jagung mula dipetik pada bulan Februari dan keuntungan kasar yang diperolehi adalah sebanyak RM1800 sahaja. Saya target boleh mencapai RM2000 – RM2300, tapi tak dapat disebabkan kena serang babi dan di curi orang.

Inilah gambar pokok jagung Honey Jean No 2 yang saya tanam. Pokoknya tak tinggi, tapi buahnya memang manis dan sedap. Siapa yang tak pernah tengok pokok jagung bolehlah tengok gamabar di bawah 

2. (0306) Sekarang nie saya tengah setup satu projek tanaman jagung manis jenis honey jean no 2 lebih kurang satu ekar. Saya buat secara berperingkat dan target pengeluaran masa bulan puasa nanti. Buat masa nie tanah seluas satu ekar telah siap dipelau dan dibuat batas. Kerja-kerja pemasangan paip sprinkler sedang dilaksanakan.

Inilah kawasan yang akan di penuhi pokok-pokok jagung manis honey jean no 2:

Kerja-kerja buat lubang untuk menanam benih jagung sedang giat dijalankan. Satu batas saya buat 2 atau 3 baris lubang untuk menanam jagung bergantung lebar batas tersebut. Tujuan saya buat lubang nie adalah supaya pokok jagung tidak tumbang jika angin bertiup kencang. Lagi satu senang sikit kerja. Tak payah nak tibus-timbus akar jagung sebab lubang akan tertutup sikit-sikit apabila pokok semakin membesar. Pokok jagung pun tahan dan tak tumbang jika ditiup angin.

Pokok jagung boleh juga tanam tanpa batas. Saya tanam atas batas sebab lepas projek jagung nie nak terus tanam cili padi. Lagipun paip dah pasang atas batas. Senang sikit kerja nanti. Tanaman jagung ini mungkin lagi seminggu bolehlah ditanam. Kolam air dah pun penuh lepas hujan lebat hari tu.

3. (1506) Hai! Bertemu kita kembali. Hari nie saya memang seronok sangat sebab benih jagung honey jean yang saya semai 3hari lepas dah mula tumbuh. Gambar kat atas tu lah benih jagung honey jean no. 2. Benihnya memang kecut sikit, tapi memang cepat tumbuh. Kenapa benih jagung tu warna merah? Mesti ada yang tertanya-tanya. Memang dari dalam paket yang dibeli dah warna merah. Kemungkinan warna merah tu racun kulat supaya benih tidak kena serangan kulat . Dari pengalaman saya tanam jagung nie memang kurang nak jumpa pokok yang kena serangan kulat.

Memandangkan sekarang nie musim hujan kat sini memang cantiklah benih jagung tumbuh. Bila dah tumbuh kenalah sediakan racun serangga sebab belalang dan cengkerik menanti nak makan pucuk jagung muda. Kalau tak dikawal jawabnya matilah pokok jagung tu. Hehe.

Di sini saya ada upload gambar jagung yang berusia 4hari. Pokoknya nampak sihat. Majoriti benih yang disemai tumbuh semuanya.

Saya akan biarkan kedua-dua jagung yang tumbuh itu hidup sehingga mengeluarkan hasil. Tak perlu buangkan sebab pokok honey jean tak tinggi sangat seperti pokok jagung lain. 2 pokok tu berharga RM1 apabila hasilnya dituai sebab dapat 2 tongkol jagung.

4. (2506) Hari ini genap sudah setengah bulan atau 15 hari usia jagung manis honey jean kat kebun saya. Lebih kurang 7000 pokok jagung siap ditanam untuk fasa pertama dan dijangka dituai pada bulan 8 nanti. Fasa kedua akan ditanam pertengahan bulan 7 nanti dan dijangka akan dituai bulan raya aidilfitri. Makan jagung la masa raya nanti.

Pokok-pokok jagung majoriti  tumbuh dan  membesar dengan subur setelah setengah bulan walaupun cuaca panas dan dah 2 minggu hujan tak turun. Bulan nie duit minyak diesel kena lebih sikit. Satu hari kos siraman untuk pokok-pokok jagung pagi dan petang adalah RM1 sahaja. Jom lihat gambar jagung 7000 pokok berusia 15 hari.

Fasa pertama dah siap tanam dan tinggal jaga hingga tuai. Sekarang nie tengah buat persiapan untuk pemasangan paip spinkler dikawasan fasa kedua. Di jangka kawasan fasa kedua ini boleh ditanam 10000 pokok jagung honey jean. Sambungan paip spinkler 20mm dah siap digam dengan socket 20mm dan Tee 25mm x 20mm. Lepas nie nak cantumkan pula Tee 25mm ke paip 25mm di batas. Gambar di bawah adalah paip 20mm yang akan dicantumkan dengan paip 25mm dibatas.

Gambar di ataslah kawasan fasa kedua untuk tanaman jagung manis. Pertengahan bulan 7 nie baru proses menanam benih jagung honey jean dijalankan.

5. (0907) Bertemu kembali untuk post kali ini tentang jagung honey jean saya yang berusia 3 minggu. Dah besar dan banyak daun jagung. Kalau dilihat 90% jagung nie memang menjadi sebab mempunyai batang jagung yang besar dan daun yang sihat. Serangan ulat dan serangga lain masih dibawah 5%. Dalam masa terdekat nie kena berjaga-jaga untuk menyembur racun serangga kerana pucuk-pucuk daun jagung mula dimakan ulat. Setakat nie saya hanya guna racun jenis malathion + mancozeb. Lepas nie kena guna racun cypermethrin untuk bunuh ulat makan pucuk jagung.

Di bawah adalah gambar jagung honey jean yang berumur 3minggu

Wah rumput pun dah mula panjang.. Nak cabut tak larat nie. Nak kena upah orang lah lepas nie. Jagung nie terus cepat membesar setelah saya tabur baja gemuk 15.15.15. Lepas nie saya nak cuba letak baja urea pula setelah pokok berumur sebulan. Kita lihat nanti apa kesan pokok jagung nie. Pokok jagung honey jean nie memang perlahan masa mula-mula tanam. Bila dah berumur 2 minggu kita akan dapat lihat perubahan pokok yang cepat membesar. Mungkin lagi 2 minggu pokok jagung nie akan mula berbunga. Lihat perbezaan pokok jagung dalam gambar dibawah selang 8hari antara pokok besar dan kecil.

6. (1707) Sibuk sangat sekarang dengan aktiviti di kebun. Bulan ramadhan semakin hampir dan semua umat Islam akan berpuasa. Bulan puasa nie adalah satu cabaran yang besar bagi petani kerana terpaksa menahan dahaga bekerja dibawah cahaya matahari yang terik. Walaupun bekerja ditengah panas dan bermandi peluh, namun kewajipan berpuasa kenalah dilaksanakan juga. Saya harap tahun nie dapat menyempurnakan puasa penuh seperti tahun-tahun yang sudah.

Untuk post kali ini saya nak kongsi gambar pokok jagung honey jean saya yang semakin tinggi dan bunga jagung mula kelihatan di celah-celah pucuk daun jagung. Lagi seminggu bunga jagung akan keluar dan akan nampak penuh bunga jagung. Insya Allah saya akan kongsikan gambar tersebut dengan anda nanti.

Gambar dibawah adalah pokok jagung honey jean berumur sebulan:

Ketinggian Pokok 70cm

Peringkat 1

Peringkat 2
Jagung Dah Nak Berbunga

Jagung honey jean memang tak tinggi seperti jagung lain. Ketinggian pokok jagung honey jean adalah diantara 110cm hingga 150cm sahaja. Ketinggian pokok jagung dikira dari tanah hingga hujung bunga. Masa mula-mula tanam jagung honey jean nie saya terkejut sebab pokok jagung dah berbunga masa ketinggian pokok hanya 2kaki dari tanah.

7. (1907) Hari nie dah masuk 40 hari usia jagung honey jean kat kebun saya. Pokok jagung dah mula keluar bunga, jadi baja buah perlu ditabur kerana buah-buah jagung sudah mula terbentuk. Lepas nie lagi seminggu dah boleh petik jagung muda. Sempatlah makan jagung muda sebelum puasa.  Petang tadi saya dah tabur 7kg baja buah jenis kuda singa 12.12.17.2+TE untuk 4000 pokok. Cukuplah letak sekali sebab pokok pun dah subur. Lepas nie cuma tunggu tuai hasil jer.

Baja Buah Kuda Singa (12.12.17.2+TE)

30 minit juga masa diambil untuk menabur baja ke pokok jagung. Laluan nak tabur sempit sikit sebab pokok dah besar dan tinggi. Masalah yang timbul sekarang cuma rumput punyalah tebal dan tak sempat nak cabut. Kena dulukan kerja yang lain terlebih dahulu. Pekerja part time pun tak sempat nak cabut. Hehe.

Jagung Dah Mula Berbunga

Dah macam tak ada laluan kat jagung tu. Nasib baik tanam atas batas. Kalau tak ada batas memang susahlah nak buat kerja. Selepas menuai jagung rakan saya akan bekerja mengambil batang jagung untuk memberi makan pada kambing dia. Di sini dah untung sebab tak perlu upah orang bersihkan. Sama-sama untung (win-win situation). Memang makan mewahlah kambing dia nanti. Hehe. Nak tengok kambing dia klik sini.

8. (2707) Tinggal hanya beberapa hari sahaja puasa akan menjelang. Alhamdulillah, banyak kerja siap mengikut perancangan. Cuma traktor pelau tanah je tak masuk lagi untuk pelau tanah dan buat batas. Dah hampir 3 minggu kat kawasan kebun tak mengalami hujan  yang lebat. Kolam air hampir kering dan sukar nak siram pokok. Saya terpaksa tangguh menanam jagung untuk fasa ke 3. Terpaksalah tunggu hujan lebat baru boleh tanam.

Jagung fasa 1 dah mula mengeluarkan buah setelah pokok jagung berbunga. Umur pokok jagung fasa pertama adalah sebulan setengah. Ini bermakna lagi 2 minggu hasilnya bolehlah dituai. Cuaca yang terlalu panas menyebabkan buah jagung kurang cantik terbentuk. Mungkin disebabkan kurang siram air kerana saya terpaksa catu air untuk menyiram tanaman yang lain. Kalau lagi seminggu tak hujan memang bermasalahlah bagi pokok kat kebun saya. Harap esok lusa hujan akan turun…

Buah Jagung Manis

Gambar kat atas adalah buah jagung yang mula terbentuk. Terdapat 2 buah jagung pada pokok jagung tersebut. Apa yang perlu saya lakukan selepas ini adalah membuang salah satu buah jagung tersebut. Biasanya saya akan membuang buah yang kecil sebelah bawah. Jagung tersebut kita boleh jual sebagai jagung sayur seperti dikedai. Kenapa buang jagung kecil? Pasti anda tertanya-tanya. Mengikut kajian saya selama menanam jagung, buah yang kedua biasanya tidak jadi (isi rongak). Bila buah kedua dibuang, buah yang tinggal akan cepat membesar.

Pada peringkat pokok mula berbunga dan berbuah, kita tidak perlu risau pokok tumbang ditiup angin kerana akar pokok telah kuat. Jika pokok senget ditiup angin ia akan kembali tegak keesokan hari. Lihat gambar dibawah menunjukkan akar pokok jagung yang tumbuh.

Mungkin 10 ramadhan nie jagung honey jean saya boleh dituai. Kena makan masa berbukalah nanti. Hehe. Ok, setakat nie dahulu post saya. Jumpa lagi post yang akan datang..

BAHAN BAHAN
(5 tongkol jagung)

5 tongkol jagung

bahan sapu
3 sudu besar madu
1/2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
2 1/2 sudu besar mayonis
2 sudu besar mentega

CARA CARA
1. Satukan bahan2 untuk disapu dan gaul rata.
2. Jagung yang sudah dibersihkan disapu dengan bahan sos sekata.
3. Untuk dibakar ada beberapa cara. Cara pertama, panaskan grill pan diatas api dan letakkan jagung. Balik-balikkan sehingga masak dan ada hitam2 kesan dibakar.Didalam proses bakar, bolehlah disapu lagi dengan bahan sapu tadi.
4. Cara kedua adalah dimasak diatas grill pada arang. Balik2kan sehingga masak dan ada kesan hitam dibakar.
5. Cara ketiga adalah dengan menggunakan oven. Oven hendaklah pada setting "grill" dan dimasak didalamnya sehingga terdapat kehitaman kesan dibakar. Waktu membakar bergantung pada oven.
6. Bila dah masak, bolehlah disapu lagi dengan sos sapuan tadi.

102. Pisang Tanam

Pisang

Pastikan setiap pokok pisang yang ditanam mengandungi 8 pelepah daun sahaja.
Kekalkan bilangan daun pisang kepada 6 apabila jantung pisang telah keluar.
Untuk pisang berangan hanya 10 hingga 12 sikat buah sahaja dikekalkan. Selebihnya dibuang bersama jantung. Ini penting bagi menghasilkan buah yang besar dengan berat yang maksimum.

Setelah jantung pisang dibuang bilangan daun pelepah pisang yang dikekalkan hanyalah 4 pelepah. Pada waktu ini pembajaan pokok hendaklah dihentikan bagi mengelakkan buah pisang menjadi mangkal dan seterusnya menjejaskan kualiti buah.

Anak pisang pertama hanya dibela setelah jantung pisang keluar bagi memastikan pokok induk yang benar-benar subur.
Setiap tandan pisang perlu dibungkus dengan menggunakan kertas daripada jenis kertas simen atau kertas pembungkus dedak ayam. Gunakan staple dan ditutup rapat sehingga hujung pisang.

PEMBAJAAN
0~3: letakkan baja penggalak akar pada lubang sebelum ditanam
3~6: tabur baja subur 15:15:15
6~7: Taburkan baja buah 12:12:17:2
Kadar baja yang ditabur segenggam atau bersamaan 250gram bagi setiap pokok.

  Compound Fertilizers  
1. Smartgrow Compound 43 (B) 12:12:17:2
2. Smartgrow Compound 45 (G) 15:15:15

MERUMPUT
Gunakan baja sentuh ICI atau BASTA. Jangan gunakan racun serap. Pokok tidak perlu ditajak ketika merumput tetapi memadai dengan meracun sahaja. Tanah juga tidak perlu digemburkan disekeliling pokok bagi  mengelakkan pokok tumbang. Gunakan 70ml cecair racun untuk 18 liter air. Pastikan bancuhan dikacau dengan sempurna untuk kesan yang maksimum.
PENYAKIT
Daun pisang berkarat kekuningan atau batang pisang berbintik-bintik hitam dan berlendir menunjukkan serangan kulat. Untuk mengatasinya semburkan dengan bancuhan kapur keseluruh pokok sehingga pokok menjadi putih.
MEMETIK BUAH
Buah sudah boleh dipetik apabila 2 hingga 3 pelepah daun telah layu atau kering.

101. Soto

Angah Raja Lawak/ soto
Kue Teow
Cili boh, kicap pekat, cili sos, udang fish cake kerang, telur, sayur, kue teow, toge n kucai

Soto
Begedil Ayam
Oleh: Azie Kitchen

Bahan-bahan:
5 biji ubi kentang
Isi ayam - potong kecil
1 biji telur
Daun Sup
Daun Bawang
Bawang goreng 
Garam
Serbuk lada sulah

Cara cara:
Kupas dan basuh ubi kentang dan potong nipis. Goreng ubi kentang tadi sehingga empuk.

Semasa masih panas panas, tumbuk atau lenyekkan ubi yang di goreng tadi bersama sedikit garam dan serbuk lada sulah sehingga lumat.

Ayam dilumur garam kunyit dan digoreng seketika dan kemudian ditumbuk.

Masukkan ayam dan telur, gaul rata. Masukkan pula daun bawang dan sup serta bawang goreng yang ditumbuk atau diramas. Gaul hingga menjadi seperti doh.

Bulat-bulatkan doh tadi dan kemudian leperkan sedikit. Buat sehingga habis.

Panaskan minyak dalam 3/4 adunan sahaja bagi mengelakkan menyerap minyak dan digoreng sehingga garing. 

Jika suka, boleh juga dicelup ke dalam telur yang dipukul bersama sedikit garam sebelum digoreng.

Boleh lah dihidangkan samada dimakan dengan nasi putih, soto atau dimakan begitu sahaja. Selamat menjamu selera.

Nota:
Jika ada lebih, boleh digoreng separuh masak dan dimasukkan ke dalam bekas bertutup sebelum disimpan di dalam freezer. Bila nak makan, dikeluarkan dan goreng seperti biasa.

Behun Siam (spice route):
Bawang besar, bputih, cili boh, perencah adabi, telur, behun, daun limau purut, toge n kucai

100. Cobaan Beriani n BBQ

Cobaan (beriani n bbq)
Jumaat 220814
http://www.delimazamrud.my/2012/08/nasi-briyani-daging.html
http://www.delimazamrud.my/2012/09/persediaan-untuk-bbq-party.html

1kg daging (potong cube besar2)
1 sdm pes halia + bawang putih
1/2 c bawang goreng
2 biji tomato (potong dadu)
3 biji cili hijau (potong kecil)
1/2 sdt garam masala
1/2 sdt serbuk kunyit
1/2 sdt serbuk cili
1 sdt rempah briyani
1 sdm lemon juice
1 c yoghurt (1 c susu cair + 1 sdm lemon juice)
3 sdm minyak zaitun
2 tangkai daun pudina
Garam secukup rasa.
Safron (pewarna kuning telur)

Cara2 nk masak
1. Masukkan daging kedalam periuk, kemudian masukkan pes halia + bawang putih, 1/2 c bawang goreng, tomato, cili hijau, garam masala, serbuk kunyit, serbuk cili,  rempah briyani, lemon juice, yoghurt , minyak zaitun, daun pudina dan garam secukup rasa.. Gaulkan sebati seperti dalam gambar.
2. Masak sampai daging empuk ( xperlu bubuh air sbb nnt air daging akan keluar, aku guna pressure cooker, kalau xde leh masak atas dapur behsa je api perlahan supaya tak hangit,.)
3. Mengikut resepi asal bahan nie perlu di perap selama 1 - 2 jam, tp aku xsabo lapo sgt so aku bedal je masak, stil sedap but kalau peram mungkin lg sedap kut..

Hah tu ler pressure cooker aku yg antik tu heheh.. Aku masak lebih kurang 1/2 jam, sampai daging betul2 empuk.. Kalau korang guna periuk biasa korang masak sampai daging empuk dan kuah dia sedikit pekat menggunakan api yg perlahan.. Hah tgk tu xletak air pun dah agak berkuah :D..

Nasi
4 cawan beras basmathi 
1 sudu besar butter 
2 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
2 biji bunga cengkih

Sementara tunggu daging tu masak.. Rendam beras selama 30 minit dan tos kan. Bila daging dah masak baru masak nasi. Masak beras dengan 4 cawan air ( jumlah air sama ngan beras ). Letakkan kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih ( kalau korang nk letak dlam bunjut pun boleh ) dan juga butter seperti dalam gambar, letak garam secukup rasa masak sampai air kering ( sebelum kering korang ambik ler air nasi tu dlam 3 sudu besar tuk rendam saffron dan pewarna ). Bila sudah kering toskan seperti dalam gambar.. Kalau korang letakkan 3 sekawan tu dlam bunjut korang leh buang je xyah risau kalau tergigit masa mkn nnt hehhe..

Gam
Bila daging dah masak n kuah dia sedikit pekat dan juga nasi dah masak.. Masukkan sedikit kuah sebagai base kat bawah ( kalau korang ade daun pisang lg bagus buat kan lapik supaya nasik tak berkerak dan hangit. Pastu masukkan separuh nasik, kemudian masukkan lebihan daging dan kuah nyer sekali, pastu tutup balik daging dengan lebihan nasi. Kemudian tuang saffron dan taburkan lebihan bawang goreng seperti dlam gambar. Tutup periuk dan masak selama 20 minit or sampai nasi betul2 masak dengan api yang paling kecil.

Bila sudah masak, Gemburkan nasik perlahan2 supaya beras tak patah. Siap tuk dihidangkan.. Korang boleh makan nasik nie ngan salata ataupun raita.. Aku masak nie aku gunakan bahan2 ape yg ada kat umah je.. Kalau leh daun ketumbar + daun pudina lg naik bau nasi briyani nie.. Kalau ikut ka resepi asal masak nasik tu pun letak daun bay leaf hehheh kire aku nie derhaka ckit ler orang nyer muahhahah..

Kuih Bakar
Bahan: 3 helai daun pandan + 250 ml air, 250 ml air + 200g gula pasir, 250g tepung gandum, 1 sdt garam, 3 biji telur, 300ml santan, 1/8 sdt pewarna hijau epal

300814
Koleh Kacang
A. 200g gmerah, 50g gpasir, 150ml air, 1/2 dpandan (250ml air gula)
B. 150g tkhijau, 1/2 sdt garam, 200ml santan 650ml air
TM: 300ml santan + 1/8 sdt garam (berlemak n naik minyak cepat)
Kacau 20~25 minit api sederhana

Santan 400ml, 1000ml
Gmerah 400

NASI MADGHOUT (nasi yang menggunakan periuk tekanan)
2 1/2 cawan beras basmathi@ egyption rice
1 kg daging kambing (guna pressure cooker 15 minit
4cawan air utk merebus daging (bergantung pada beras digunakan)
2 biji saiz sederhana bawang besar (dicincang/didadu)
3 ulas bawang putih (dicincang/didadu)
sedikit halia
2 biji lada hijau
3 sudu besar pes tomato
1 1/2sudu besar rempah kabsa
1sudu kecik lada hitam tumbuk
2 biji tomato dicincang /didadukan
1 biji limau kering, 5 biji buah pelaga, 2 biji bunga cengkih,1 batang kulit k/manis dan 2 helai daun bay
garam
2 sudu besar butter atau 1/2 cawan minyak jagung (mana2 yang ada kat umah)
mula2 skali perap dahulu daging atau ayam dgn 1 1/2sudu besar rempah kabsa dlm 2 @ 3 jam
dan 
basuh bersih dan rendam beras basmathi/egyption rice dlm 2 jam nanti time nak masak baru toskan air nya ye
cara masak
dlm periuk tekanan kalau takde periuk tekanan guna periuk nasi pun boleh
1. Panaskan minyak ... tumis buah pelaga, kulit kayu manis, bunga cengkih dan 
masukkan bawang merah dan halia ketuk dan lada hitam... tumis hingga 
agak2 layu sahaja
2. kemudian masukkan tomato paste dan bawang putih dan air, daun bay, 
limau kering dan tomato cincang... kacau dan masukkan daging perapan 
rempah kabsa tadi.. dan masukkan garam
3. tutup periuk tekanan dan masak dlm 15 minit utk daging kambing 
4. buka balik penutup periuk tekanan...dan masukkan beras dan lada hijau 
..masak mcm masak nasi tu.. agak2 dah kering tp masih basah nasi tu kacau sebentar dan baru tutup dgn penutup periuk tekanan dan slowkan api utk elak hangit dlm 5-10 minit..siap..
boleh dihidang dgn salatah dan satah
PENYEDIAAN SALATAH 
* 2 biji tomato dipotong dadu
* 2 cili hijau dipotong
* 2 biji timun - dipotong dadu
* sedikit daun ketumbar - potongkecik2
* lemon - utk diperah
* garam secukup rasa
-campurkan semua bahan ni dan perah ngan lemon
satah
* 2 biji tomato
* 2 biji cili hijau
* sedikit batang daun ketumbar
* garam dan secukup rasa
potong kecik2 tomato, cili hijau, batang daun ketumbar - kisar kasar bahan2 ni dan tambah garam/perisa

2. Super Moist Eggles Chocolate Cupcake

Bahan:
1 cawan tepung gandum
1 sk baking powder
1/2 sudu ecil soda bikarbonat
1/2 cawan serbuk koko (Rahel guna brand Tudor)
2 sudu besar susu tepung
1 1/4 cawan air sejuk (dr pt ais)
1 cawan gula perang
1 sudu kecil esen vanila
1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco
secubit garam
1/2 cawan minyak masak atau myk jagung atau mentega cair
1 sudu kecil cuka atau jus lemon

Cara:
1.Panaskan oven pd suhu 160'C.Sediakan loyang kek.Griskan dengan
   mentega.(Rahel bakar versi cupcake).
2.Ayakkan tepung bersama bkg powder,soda bikarbonat & serbuk koko
   di dalam bekas besar.Masukkan tpg susu,garam dan gula perang.Kemudian
   kacau rata-rata.
3.Masukkan air sejuk,minyak masak,esen vanila dan coffe emulco/chocolate
   emulco.Kacau perlahan-lahan dg whisk.Pastikan adunan tidak berketul.
4.Akhir sekali,masukkan cuka atau jus lemon.Terus dikacau serta merta se
   hingga sebati.
5.Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit atau hingga masak.
6.Sejukkan kek setelah masak.Boleh jugak dihiaskan dengan topping kegemaran.

Acar Buah
http://intai-intaidapurfha.blogspot.com/2013/04/acar-buah-traditional.html

BAHAN A (Bahan tumis)
1.5 cawan Minyak untuk menumis
5 ulas bawang putih + 5 ulas bawang merah (ditumbuk)
1 sudu besar biji sawi
halia sebesar ibu jari (ditumbuk)

BAHAN B (Rempah tumis, Campur semua sekali)
1/2 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar penuh serbuk cili
1/3 sudu besar 'halba sahaja'/ bukan halba campor ya.. (goreng kering dan ditumbuk)
1/2 Sudu Besar Jintan Putih biji (goreng kering dan ditumbuk)
1/2 Sudu Besar Jintan Manis biji (goreng kering dan ditumbuk)
1 sudu besar Rempah biji (goreng kering dan ditumbuk)

BAHAN C
3/4 botol cuka makan
1/2 kilo gula putih atau 3/4 kilo gula merah
Garam

BAHAN D (Buah-buahan)
1/2 Kilo Buah buahan Jeruk campur
3 biji Limau Jeruk (belah 12. Boleh di beli di Kedai Mamak: Limau Acar)
Prune tanpa tiada (* Tak dimasukkan sebab tak dapat cari. Kalau kat KL boleh dibeli di Pasar Chow Kit)
1 kotak Buah Kurma
1 cawan Cili Padi (lebih banyak lebih pedas .. lebih sedap)
15 ulas Bawang Putih (setiap ulas yg belah 2)
15 ulas Bawang Merah (setiap ulas yg belah 2)
1 cawan Kismis
1 paket buah pala (yang bersalut gula atau potongan dari 2 biji)
halia (sebesar 1/2 tapak tangan)
Buah belimbing kering  (* Tak dimasukkan sebab tak ada stok)
* Panas kan air sampai mendidih dan celurkan satu satu (SEKEJAP sahaja <> 0.5 minit) semua diatas kecuali 'Limau Jeruk dan buah pala'

BAHAN E (Untuk tabur)
3 sudu besar bijan (goreng kering)
2 sudu besar biji sawi (goreng kering)

Cara-Cara Memasak:-
1. Panaskan minyak dalam periuk.
2. Tumiskan  bahan A sehingga garing.
3. Masukkan bahan B, kacau jangan biar hangit dan terus masukkan bahan C.
4. Biarkan sampai mendidih dan sedikit kering (berbuih-buih air gula..)
5. Masukkan bahan D dan akhir sekali bahan E dan digaul sedikit supaya bercampur. (JANGAN dikacau terlalu lama kerana buah akan hancur)
6. Bila mendidih terus padamkan api (Jangan masak terlalu lama kerana buah akan kecut)
* (Pastikan tiada air di gunakan. Air dari buah-buahan akan sendiri nya keluar sebagai kuah)

Boleh bertahan ~ 1 tahun jika dimasak dengan betul dan tidak bercampur dgn air.

bbq
http://secuitrasaumiejazz.blogspot.com/2013/10/kambing-panggang-bersos-bbq.html

http://pemanggang-ajaib.com/resepi-daging-kambing-panggang-dan-sos-black-papper-resepi-pemanggang-ajaib/

http://mystrawberi.blogspot.com/2012/06/cara-buat-kambing-bbq.html

99. Ayam Masak Merah

Ayam Masak Merah
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 ekor ayam - lumur garam + kunyit & goreng separuh masak.
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
2 sudu besar sos cili
60 ml santan (150)
250 ml air 
3 biji tomato - belah 4
1.5 sdt garam
Gula secukup rasa - saya tambah
Minyak utk menumis
Kacang peas - opsyenal (tambah 0.5 kiub ayam)

Bahan bahan kisar halus:
4 biji bawang besar
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 cm halia
15 - 20 tangkai cili kering - rebus sebentar dan kisar

Bahan bahan hiris:
3 biji bawang besar - lagi sedap bwg holland
5 ulas bawang putih
2 cm halia - hiris jadi 3 keping

Cara cara:
Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan hirisan sampai layu. Kemudian masukkan bahan kisar dan gaul rata.

Lepas tu masukkan cili kering yang dikisar dan sos cili. Tumis sampai pecah minyak. 

Bila dah pecah minyak, masukkan ayam yang digoreng separuh masak tadi. Jika digoreng garing, ayam akan menjadi liat. Dikacau rata dan biarkan seketika.

Kemudian masukkan air mengikut banyak mana kuah yang disukai. Lepas tu masukkan santan untuk memekatkan kuah mengikut yang disukai.

Masukkan buah tomato dan garam. Masak sehingga pecah minyak. Taburkan sedikit gula, jika suka. Bila rasa dah sebati, dan warnapun dah cantik, bolehlah ditutup api.

Jika suka, boleh masukkan kacang peas, sebelum ditutup api dan sedia untuk dihidangkan bersama nasi minyak, nasi briyani atau nasi tomato.

Nasi Minyak (buat pada 300713, sedaap!)
400 gm beras basmati praboil (rendam air suam 30')
500 ml air 
125 ml susu cair
3 s/b minyak sapi 
1/2 kiub ayam + 125 ml air
2 cm kulit kayu manis 
2 kuntum bunga lawang 
5 kuntum bunga cengkih 
2 biji buah pelaga 
sedikit carrot [potong dadu kecil]
2 sdt garam

masak Lemak telur itik
1. kunyit hidup, bawang besar n cili api + garam
2. panaskan santan cair, masuk bahan tumbuk, serai titik, gelegak masuk telur itik
3. gelegak lagi, masuk santan pekat n pegaga

98. Sardin

sardin
RESEPI SARDIN MERAH BERLADA (dah buat pada 250215 sedap!)

BAHAN A
1 TIN SARDIN YG BESAR APA2 JENAMA
6 BIJI LADA MERAH# >>(JANGAN GUNA LADA KERING )
2 BIJI BAWANG BESAR#
4 BIJI BAWANG PUTIH#
SEDIKIT HALIA#
( BAHAN2 BERTANDA# HARUSLAH DIKISAR)

BAHAN B
1 BIJI BWANG BESAR DIHIRIS2
5 BIJI LADA SIAM/ LADA API
1 TANGKAI DAUN KARI
1 KUNTUM BUNGA KANTAN DIBELAH 2
1 SUDU KECIL ASAM JAWA
1 BIJI TOMATO DIBELAH 4
1 BIJI KENTANG DIBELAH N DIGORENG EMPOK.
SETENGAH CAWAN AIR lebih kan sikit

CARA2NYA ♥
TUMISKAN BAHAN2 KISAR LEBIHKAN SEDIKIT MINYAK , MASUKAN DAUN KARI, TUMIS SEHINGA NAIK BAU, MASUKAN AIR, DAN MASUKAN 1 TIN SARDIN .
GARAM SECUKUP RASA, SECUBIT GULA, ASAM JAWA, LADA SIAM,SERTA KENTANG DAN BUNGA KANTAN,GAUL PELAHAN2 RASAKAN KUAH TU SECUKUP RASA LAST SEKALI MASUKAN TOMATO.DAN BAWANG HIRIS.. SIAPPP♥♥ pastikan kuah jgn kering.dan jgn cair,, sedang2

CUBALAH.♥♥ PERAH KAN LIMAU KASTURI.FULAMAK!!! TERBAIK.

97. Mee Macamx

Mee

KOEY TEOW GORENG KERANG
Bahan:
1 peket koey teow
Daun kucai - dicuci dan dipotong 1 inci panjang
Semangkuk kecil taugeh
Udang saiz sederhana - ikut suka banyak mana
1 mangkuk kecil isi kerang
1 sudu makan sos tiram
2 sudu makan kicap mee Tamin
3 sudu makan kicap cair
2 sudu makan cili kering kisar
3 sudu makan sos cili
4 ulas bawang putih - diketuk dan dicincang halus
2 biji telur
Sedikit minyak masak

Cara:
Panaskan sedikit minyak. Masukkan telur yang telah dipukul rata. Dikacau sentiasa hingga menjadi telur hancur (scramble). Ketepikan.
Masukkan lagi sedikit minyak. Tumis bawang putih hingga wangi.
Masukkan cili kisar. Kacau hingga pecah minyak. 
Masukkan semua sos dan kicap. 
Masukkan udang dan isi kerang. Kacau rata hingga udang masak.
Masukkan koey teow, kucai dan taugeh. Kacau rata.
Masukkan telur hancur. Kacau rata.
Bila bumbu dan koey teow telah mesra, tutup api dan hidangkan.
** Saya goreng telur secara berasingan kerana saya tidak mahu koey teow goreng saya terlalu kering. Dengan cara ini koey teow saya akan jadi agak lembab.

AIR ASAM BERKERISIK 3
Bahan:
** 3 biji cili merah 
** 15 cili api 
** 1 sudu makan belacan bakar
** 2 sudu teh garam
** 2 sudu teh gula
2 biji tomato - dibelah dua dan dihiris nipis
1 biji bawang besar - dibelah dua dan dihiris nipis
1 sudu makan kerisik
1 biji cili merah - dihiris bulat nipis
2 atau 3 biji limau kasturi - diambil jusnya. Kulitnya dihiris-hiris
2 sudu makan asam jawa + 1 cawan air masak - gaul dan asingkan bijinya.

Cara:
Di dalam lesung, tumbuk bahan ** hingga lumat.
Masukkan cili merah hiris. Lenyek-lenyekkan aje.
Masukkan bawang besar. Tumbuk manja-manja aje.
Masukkan tomato. Lenyek-lenyekkan aje.
Masukkan kerisik ke dalam air asam.Kacau rata.
Masukkan bahan tumbuk, gaul rata.
Masukkan jus limau kasturi dan kulitnya yang sudah dihiris. Gaul rata.
Hidangkan bersama ikan bakar... Memang sedap....

Mee Kuning Cop Tangan
Resepi mee kuning insyaallah bersih dan halal serta dr air tangan kita..dan sangat menjimatkan..500gm tpg gandum menghasilkan 1.5kg mee kuning..

Resepinya
500gm tepung gandum
1biji telor + pewarna kuning + 2 sudu besar air kapur + air = 200ml (pewarna ni agakla ye jgn banyak sangat...saya guna yang serbuk secubit je) kalau cecair tu agak2 ye.. kalau kunyit jika dicampur dgn air kapur akan jadi wane oren nanti ..sebaik2 pewarna kuningla..

caranya 
*panaskan air dalam periuk untuk merebus mee ni dan masa nak masukkan mee nanti masukkan garam dlm 2 sudu besar..(saya tak masuk dlm gandum sbb nak jaga mesin dr berkarat)

* masukkan tpg gandum dlm bekas dan tuangkan air 
* gaul sebati
* doh ni agak keras sedikit dr doh karipap ye.. 
* tak payah bagi licin pun tak apa..asal semua sebati je..
* bahagikan 3 bahagian dan leperkan
* menggunakan mesin mee..masukkan doh pada bahagian yang tiada gigi dan 
laraskan no.1... (kalau mesin mee saya ada 6 laras (1-6) 1 bukaan paling besar 
dan 6 tu bukaan paling kecil/ halus)... ada juga yang laras bukaan ada 1-9 (1 tu 
laras bukaan paling besar dan 9 tu laras paling halus/nipis) alirkan doh pada 
mesin tersebut sehingga abis buat 2x ye..(2x masuk) 
* kemudian laraskan semula ke no.4.. atau 6@7 bagi laras bukaan 1-9 masukkan kepingan mee tadi yang ni tuk nipiskan mee buat 2x
*kemudian masukkan kepingan yang dah nipis ni pada mesin yang ada gigi halus tu..masukkan kepingan mee tadi dan pulas sampai habis..
*skrang masa nak merebus mee..5 minit rebus mee... masa masukkan mee jgn kacau dulu ye..biarkan dlm 1-2 minit..baru kacau ye..kalau kacau masa taruk mee nanti mee tu putus..cukup 5 minit 
*tos kan mee dan terus masukkan mee dlm air paip biasa (ini utk menghilangkan kanji pada mee ni..kacau2 la mee ni ye tuk buang kanji.. toskan semula mee shingga kering dan masukkan 3 sudu besar minyak masak dan gaul mee sebati..saya copy paste resepi ni...tk...

Bihun Singapore

Bahan: (1 peket utk 8 orang) (dah buat, sedap bangat)
1 biji bawang besar, 4 biji bawang putih, 2 biji lada padi n 1 sdm udang kering di blend
4 biji fish ball, 1 ketul ayam dihiris, 1 sdt lada hitam, 1 sdt garam, 1/2 sdt aji n 1 c air

Cara:
  • Tumis bawang besar yang dihiris nipis dengan bahan kisar.. biar sampai garing
  • Masukkan telur.. hancurkan
  • Masukkan fish cake dan udang.. biar sampai masak
  • Bancuh sedikit gula dan garam dengan air.. agak2 ler.. kemdian masukkan dalam kuali biar mendidih..masukkan lada sulah dan lada hitam sesedap rasa
  • Kemdian masukkan lobak merah dan bihun.. kacau
  • Masukkan kubis.. 
  • Biar masak.. siap.. angkat, tabur daun ketumbar 
* Bihun Singapore yang biasa saya makan, dia lembap2 sikit, bihun dia lembut je

cili jeruk
Masukkan gula (untuk ½ kilo cili hijau, Kjee letak kira2 dua sudu besar gula), sedikit garam dan tuangkan cuka masak sehingga menutup paras cili. Tunggu dua jam, cili itu dah okay untuk makan.

Pes mee goreng ala mamak (buat pada 260215)
pes ni saya buat banyak dan boleh disimpan dlm peti..kat kampung saya ada satu kedai tiap kali beli mee goreng tiap kali tu la saya minta sambal extra..sambal tu toke tu letak dlm mee goreng dia..mee kari, cicah cucur dll... dr situ la saya teliti dan rasa apa bahan2 yang dia masukkan..so yang ni lebih kurangla insyaallah sedap..
resepi:
6 biji bawang besar*
1 labu bawang putih*
2 genggam lada kering (40g)
segenggam udang kering*
1/2 cawan sos cili/tomato
1/2 cawan kicap
garam, isi terakhir sekali..sbb kiub ayam dah ada garam
4 sudu besar gula
2 stok kiub ayam
1/3 cawan minyak masak
cara
*kisar bahan bertanda sehingga hancur - guna sedikit air
* panaskan minyak dlm kuali..masukkan bahan bertanda * ..tumis sehingga kering
dan pecah minyak..masukkan kicap..sos cili/tomato, kiub ayam, gula..tumis lagi
sehingga agak pekat..dah sambal menjadi agak gelap..
* tutup kuali ngan penutup sbb sambal mudah terpercik keluar... buka api dpur 
sederhana sahaja..
* sambal ni masak nya agak lama ..lagi lama lagi sedap tapi kene kacau sentiasa ye
takut hangus di bawah.. perasakan..kalau dah ok jgn isi garam tapi jika tawar tambah sikit je garam.. sambal ni tak la masin sangat .. simpan dlm bekas tertutup tuk kegunaan lain..
resepi mee goreng ala mamak - saya lebih suka goreng utk sorang makan..so kalau nak masak sekali banyak agak2 la ye
resepi tuk sorang makan
segenggam mee kuning + lebih sikit
kobis, tahu goreng yang di potong nipis, tauge, sawi dipotong
telor
isi ayam dipotong dadu dan sotong 
caranya
panaskan kuali..masukkan 2 @ 3 sudu minyak masak
masukkan 1 1/2 - 2 senduk lebih kurang pes mee goreng ..masukkan sotong, ayam..sehingga masak
masukkan sayur kobis, dan sawi dan rasa kalau tawar tambah garam
masukkan mee kacau semua dan buat lubang ditengah kuali masukkan 1 biji telor
biarkan sebentar kacau telor tu dan kacau sekali ngan mee...saya guna 2 sudip nak gaul mee... sekejap je lepas taruk telor kacau2 dan masukkan tauge gaul sebati dan terus angkat
*boleh dihiaskan dengan cili potong, taburan bawang goreng dan daun bawang dan limau nipis

MEE KARI (ida shahida II)
Bahan:
4 biji bawang merah} dikisar halus
2 biji bawang putih} dikisar halus
3 peket kecil serbuk kari daging atau 1/2 peket yg besar
3.5 sdm cili mesin
1 bungkus mi kuning-dicelur
Tauge 50 sen
ayam 1/2 ekor dipotong kecil kecil kecil dan jika suka belilah setengah ekor lagi untuk digoreng garam kunyit (dicadangkan agar menggoreng bahagian yang isi sahaja dan bila nak hidang ketuk2 sedikit dengan belakang pisau agar pecah2 sedikit-serapan kuah gulai nanti akan menyedapkan lagi ayam goreng ini)

Sawi-dicelur
Kacang panjang dicelur
Bawang goreng
Sedikit air asam jawa
Garam
Minyak 1/2 cawan untuk menumis
Bawang goreng
Sedikit air asam jawa ( tk bubuh pun tk apa)
Garam
3 biji telor rebus

(untuk dimasukkan dalam kuah gulai)***
4keping tekua goreng
1 peket tahu goreng yang kecil2
3 keping pucuk yang digoreng
5 biji fish ball/fish kek/ketam ball/atau apa2 je kalau boleh campur banyak jenis lg best
(macam steam boat )
Santan dari 3/4 biji kelapa (1/2 dicairkan) / 3/4 kotak santan (yg 1/4 kotak tu dibancuh cair 3 cawan air

SAMBAL KELAPA
Tumis bawg putih bawang merah.masukkan cili mesen 2 camca. kacau sampai cabai tu pecah minyak. Kemudian masukkan santan sedikit, garam, gula, ajinomoto. biar masak cabai ni sampai pecah merah dan menjadi warna merah cantik. tutup api. (untuk bubuh kat atas mee masa nak makan nanti)

Cara:
Mula-mula boh minyak dan tumiskan bwg putih halia bwg merah buah pelage kulit kayu manis bunga lawang bunga cengkeh sehingga naik bau. 2 camca cili giling dan serbuk kari dibancuh dengan air (pekat). bila tumisan dah garing masukkan rempah tadi.sederhanakan api. biar rempah tu masak lama sikit. dikacau2. bila rempah tu dah benar2 masak bertukar menjadi warna merah gelap dan dah pecah minyak, masukkan ayam bersama kuahnya tadi. Biar masak dan sebati dengan rempah tu dulu...bila ayam dah sebati dng rempah dah cantik warnanya masukkan 3 cwn air. Sambil dikacau terus.bila dah didih masukkan santan cair. sambil dikacau-kacau kuah dan Masukkan garam gula secukup rasa dan ajinomoto.
Tunggu didih sekali lg. BIAR AYAM TU JADI HANCUR hancur sikit....Bila dah didih lagi...masukkan semua bahan2 yang nak masukkan dalam kuah tadi tu *** fish kek fish ball, ketam ball, tekua goreng , tekua goreng, kacang panjang dan llg. Pastu masukkan sekali baki santan pekat tadi. Biarkan menggelegak sikit je pastu terus tutup api. (jangan ditudung masa sedang panas kuah tu...) –dah siap n dah boleh makan!!!! tambah air sikit jika kuah terlalu pekat dan rasa masin manisnya

96. Tanaman

Tanaman
http://ayorek.org/2013/06/how-to-make-a-self-watering-planter/

http://freepercuma.blogspot.com/2012/01/tanam-pokok-dalam-botol-air.html

Keledek
http://anazaujah.blogspot.com/2013/04/eksperimen-teknik-semaian-keledek.html

Taugeh
http://anazaujah.blogspot.com/2014/06/cara-mudah-buat-tauge-bunjut.html

Pekebun Sambilan http://pekebunsambilan.blogspot.com

Tips: http://www.doa.gov.my/html/download/Buku_100Tip_Tanaman.pdf

Tanah kat MZ Bangi: 0193182320..cuba call nombor tu ..lokasinya tepi jln menghala ke bangi..

pokok subur: http://pokoksubur.blogspot.com

Kunyit
tanam tempat teduh skit..siram waktu petang.. baja semggu sekali.. buh bawah awning.. knyit yg dah bmmbiak tu, pisah2 kan tunasnya.. tanam pasu lain tanam dari ubi kunyit lambat skit naik..kena sabar
Daun kunyit tu..ambik la...kerat..baru cpat keluar daun baru..
petua jiran.letak hampas kelapa dipangkal pokok kunyit.saya dh cuba,setakat ni pokok subur n x de ulat mkn daun lagi.
Tnm dan letak kwasan redup skit...bg bja organik...dn siram air beras....

Pudina
Pudina mmg jenis mcm tu... Senang cakap mcm Ros Jepun lah...btg kecik2 sbb x cukup baja tu.. ubah n tukar tanah yg gembur (tanah beli kat nursery),  Alhamdulillah dah gemuk2 sekarang.. Daun pun dah lebar2. Kalau rajin, tanah tu gaul dulu dgn baja organik @ baja tahi ayam ( yg di jual kat nursery - dah proses)

Halia
halia x ssuai tanah lmbab , biar tanah peroi ckit .. baja npk 12:12:17 .. campur baja organik tahi ayam / lembu .. x mudah dpt penyakit .. 8 bln bese nye dah bole kutip hasil

Kantan
Tuan pokme al wangsamajuri bolih tel saya 0162815778 untuk mengetahui alamat umah saya kalau nk anak benih bunga kantan. Mahmun

Pelam
boleh guna baja NPK biru (biasa dijual di nurseri dan pasaraya bahagian kebun).
Baja dacing itu khas untuk padi. Tidak berapa sesuai digunakan untuk tanaman lain jika tidak betul sukatannya.

Cili
Betul..sengetkan sikit...nnti ank cpat membiak...petua nk bg pokok cili api bercabang banyak..."ikat batang cili api.dgn tali dan tarik bagi bengkok kearah tanah..tpi jgn smpai patah....dlm seminggu banyak tunas baru tumbuh dibatangnya...pokok jdi rendang tnpa perlu dikerat pucuk nya...

Jangan tanam terlalu banyak, kalau cili tu tanam 2 batang dulu, pilih benih yang elok.  Cili padi kg yg beli di pasar tani tu pilih yang palig elok masak (matang sempurna) keringkan dan semai bebrapa ulas, bila tumbuh, biarkan  hingga 6 inci, alihkan ke batas/pasu.. baja dan siraman air mesti berjadual..

Pulasan
ni pokok tut. cuba bagi baja utk tumbesaran dulu. pastikan pokok cukup besar utk tampung buah. kalau ada berbunga potong dulu. jgn kasi dia berbuah. nanti nutrien habis sbb dia sibuk nk berbuah tp kosong. bersihkan rumput di pangkal 3 kaki sekeliling pokok. guna baja urea. dan prunning dahan yg bersesuaian...terutama dahan yg mencecah tanah
Pulasan kalau xbbuah xsiram pun xpe tp klu da keluar putik buah hari2 mesti siram n perlukn air byk utk isinye tebal n besar
Cara ni org fama y bgtau
Ambik 1botol minyak 5kg basuh bersih isi air n tebuk kecil pd botol tu agak2 air mnitis setitik2 
Ikat dipangkal pokok biarkn air menitik setitik2 da habis isi lg setiap kali air habis sehingga buah masak 
Selamat mcuba

Kacang Tanah 1111, 
saya guna Mel Mix. Square Foot Garden.  1/3 kompos, 1/3 peat moss, 1/3 vermaculite. Saya tanam 5 inci jarak setiap satu
mmg mula2 buka kebun, kami tanam 2 jenis sj.. Tapioca - Ubi Kayu, untuk gemburkan tanah.. & juga kacang tanah - kekacang kaya ngan nitrogen, bagus untuk suburkan tanah..
4 bulan. bila tanah kurang subur untuk sayur, saya ganti kejap dengan kacang tanah.

Jagung
Polibeg: 16 x 16
Cuba rendam dalam air suam  dalam 4 jam..kemudian semai dalam kain lembab...biasa dalam 2 atau 3 hari akan keluar mata tunas pada benih...kemudian boleh la tanam dlm tanah/polibeg/pasu...etc...
akar dia tembus di bahagian bawah lubang polibeg tapi polibeg tak rosak dan akar yang keluar tak banyak...polibeg masih lagi bleh guna macam biasa.
Lagi besar lagi baik....polibeg.....
Saya pakai baja organik tinja lembu+tanah bakar yang lama...pasir ...dan baja dekat kedai rm 2....yang warna hitam baja kopi
Dah ok dah tu...lagi banyak baja organik lagi suka pokok jagung ni...
Tanam la....hasil cepat jagung manis ni...dalam 2 bulan lebih je ni...mudah dapat hasil...
Rendam la...dalam 1 polibeg saya tanam 2 pokok. pastikan saiz polibeg besar.... 
Biasa kalau jambul dia tu dah berwarna perang gelap dan kering....makna jagung tu sudah boleh dituai.
Yup...cepat jagung ni tak sampai 3 bulan. Tak boleh nak jamin la kalau kat pasaraya tu...sebab biasa benih dah lama sangat ...sebelum ni saya pernah beli tapi satu pun tak naik...
Boleh...kasi lembab....apabila keluar mata tunas pada benih...boleh terus tanam...
Dalam seminggu selepas tanam...bubuh sikit.....
Kalau baja organik takder masalah...banyak...kalau baja kimia jangan....mati pokok tu....
Pastikan tanah lembab..gembur...air tak bertakung...baja cukup....matahari penuh....
Saya pakai 16 x 16 and 15 x 18...makin besar makin baik...kalau atas tanah tak perlu letak apa apa...kalau atas simen lapik 2 biji batu jongkong.di bawahnya....
Saya pakai tanah bakar lama+campur pasir sikit+tinja lembu+baja organik kat kedai RM 2 tu..baja hitam....baja kopi

43 jln keranji, tmn nira, bt pht johor

Tembikai: http://www.tanamsendiri.com/2013/05/tanam-sendiri-tembikai-susutembikai.html

Baja
Baja kopi N8 P8 K8 + Mgo. Sapa tau mana ada jual baja yg ada NPK+Mgo+TE? Dulu penah beli yg dalam botol kat carrefour.  la ni dh jd AEON,  x tau masih ada lg x.  tp baja tu sgt baguih.  jenama pon dh lupa. Ruslen Md Noh

Petua:
Minta maap lh dik... potong pokok utk galak ia tumbuh hukan mcm potong kaki kucing lps tu biar dia jln2. Kena bezakn tu!.. kalau nak bercucuk tanam kena faham cara pokok. Contohnya pokok yg tak berbunga... cantad n baja....bungalh dia

Nak bagi pokok rendang..kena rajin kerat rantingnya...nk bagi pokok rajin berbunga..kena kerap prunning dan tabur baja penggalak bunga.....buang daun yg berlebihan...gemburkan tanah selalu..pagi2 rajin siram sambil berlagu...

Benih rm28
Cara pembayaran adalah bank-in/transfer wang  pembelian ke nombor akaun maybank 158015028570 (ROSEHAMIZA BINTI RAMLI).Kemudian hantarka kepada saya nama penuh  berserta alamat lengkap dan nombor telefon (wajib) serta  Tidak lupa juga bukti pembayaran (resit online/dll yg sewaktu dgnnya).

Ni nama & alamat nurseri tu : Blue Green Herbs & Nursery, Lot 3181, Jln Hj Baie, Paya Jaras Hulu,Sg Buloh. No tel : 019-605 0044/011-1635 3585 kalau sesat, call sdri tanya jalan nya ye..Maaf, GPS x tanya lak.. macam2 pokok herba & bunga ade macam buluh madu ( org Korea makan ni macam sayur je tu sb kulit mereka lawa2..hehe..baik beli cepat Raya ni mesti sume nk cantik2 kan? akak pun akn p balik utk beli ros & buluh madu ni, sape nk ikut??? jommmmmmmm... )

Benih pisang tanduk dan berangan untuk dijual. Bukan kultur tisu. Lokasi di Pontian, Johor. Parit Hj Adnan
Mat Sim Mokri - 019:746,3101 / Md Noah Mokri - 014:915,8004

RACUN ORGANIK UNTUK HAPUSKAN BENA PUTIH

Masalah yang melanda sejak beberapa hari lalu adalah Bena Putih. Selain berada di daun pokok ros, ia juga gemar menyerang pokok Hoya. Pokok lain juga ada, kena rajin periksa ya.

Sekali ia menyerang pokok akan mati terus. Jadi langkah mudah untuk matikan terus Bena Putih ini adalah dengan sembur racun organik ramuan ini.

**sebab sepasu je kena serang, so saya bancuh 500ml saja**
- 500ml air
- 3 biji cili padi
- 5 ulas bawang putih
- dua cubit soda bikarbonat
- 1 sudu kecil sabun cecair cuci pinggan

## blender semua dan tapis, boleh spray anytime! ##
Saya spray tengah hari panas tu, mati terus bena tu. Puas hati!

mac 2015 apr mei jun jul aug  sep
10: pisang
12: jagung
17: cili