2. (0306) Sekarang nie saya tengah setup satu projek tanaman jagung manis jenis honey jean no 2 lebih kurang satu ekar. Saya buat secara berperingkat dan target pengeluaran masa bulan puasa nanti. Buat masa nie tanah seluas satu ekar telah siap dipelau dan dibuat batas. Kerja-kerja pemasangan paip sprinkler sedang dilaksanakan.
Inilah kawasan yang akan di penuhi pokok-pokok jagung manis honey jean no 2:
Kerja-kerja buat lubang untuk menanam benih jagung sedang giat dijalankan. Satu batas saya buat 2 atau 3 baris lubang untuk menanam jagung bergantung lebar batas tersebut. Tujuan saya buat lubang nie adalah supaya pokok jagung tidak tumbang jika angin bertiup kencang. Lagi satu senang sikit kerja. Tak payah nak tibus-timbus akar jagung sebab lubang akan tertutup sikit-sikit apabila pokok semakin membesar. Pokok jagung pun tahan dan tak tumbang jika ditiup angin.
Pokok jagung boleh juga tanam tanpa batas. Saya tanam atas batas sebab lepas projek jagung nie nak terus tanam cili padi. Lagipun paip dah pasang atas batas. Senang sikit kerja nanti. Tanaman jagung ini mungkin lagi seminggu bolehlah ditanam. Kolam air dah pun penuh lepas hujan lebat hari tu.
3. (1506) Hai! Bertemu kita kembali. Hari nie saya memang seronok sangat sebab benih jagung honey jean yang saya semai 3hari lepas dah mula tumbuh. Gambar kat atas tu lah benih jagung honey jean no. 2. Benihnya memang kecut sikit, tapi memang cepat tumbuh. Kenapa benih jagung tu warna merah? Mesti ada yang tertanya-tanya. Memang dari dalam paket yang dibeli dah warna merah. Kemungkinan warna merah tu racun kulat supaya benih tidak kena serangan kulat . Dari pengalaman saya tanam jagung nie memang kurang nak jumpa pokok yang kena serangan kulat.
Memandangkan sekarang nie musim hujan kat sini memang cantiklah benih jagung tumbuh. Bila dah tumbuh kenalah sediakan racun serangga sebab belalang dan cengkerik menanti nak makan pucuk jagung muda. Kalau tak dikawal jawabnya matilah pokok jagung tu. Hehe.
Di sini saya ada upload gambar jagung yang berusia 4hari. Pokoknya nampak sihat. Majoriti benih yang disemai tumbuh semuanya.
Saya akan biarkan kedua-dua jagung yang tumbuh itu hidup sehingga mengeluarkan hasil. Tak perlu buangkan sebab pokok honey jean tak tinggi sangat seperti pokok jagung lain. 2 pokok tu berharga RM1 apabila hasilnya dituai sebab dapat 2 tongkol jagung.
4. (2506) Hari ini genap sudah setengah bulan atau 15 hari usia jagung manis honey jean kat kebun saya. Lebih kurang 7000 pokok jagung siap ditanam untuk fasa pertama dan dijangka dituai pada bulan 8 nanti. Fasa kedua akan ditanam pertengahan bulan 7 nanti dan dijangka akan dituai bulan raya aidilfitri. Makan jagung la masa raya nanti.
Pokok-pokok jagung majoriti tumbuh dan membesar dengan subur setelah setengah bulan walaupun cuaca panas dan dah 2 minggu hujan tak turun. Bulan nie duit minyak diesel kena lebih sikit. Satu hari kos siraman untuk pokok-pokok jagung pagi dan petang adalah RM1 sahaja. Jom lihat gambar jagung 7000 pokok berusia 15 hari.
Fasa pertama dah siap tanam dan tinggal jaga hingga tuai. Sekarang nie tengah buat persiapan untuk pemasangan paip spinkler dikawasan fasa kedua. Di jangka kawasan fasa kedua ini boleh ditanam 10000 pokok jagung honey jean. Sambungan paip spinkler 20mm dah siap digam dengan socket 20mm dan Tee 25mm x 20mm. Lepas nie nak cantumkan pula Tee 25mm ke paip 25mm di batas. Gambar di bawah adalah paip 20mm yang akan dicantumkan dengan paip 25mm dibatas.
Gambar di ataslah kawasan fasa kedua untuk tanaman jagung manis. Pertengahan bulan 7 nie baru proses menanam benih jagung honey jean dijalankan.
5. (0907) Bertemu kembali untuk post kali ini tentang jagung honey jean saya yang berusia 3 minggu. Dah besar dan banyak daun jagung. Kalau dilihat 90% jagung nie memang menjadi sebab mempunyai batang jagung yang besar dan daun yang sihat. Serangan ulat dan serangga lain masih dibawah 5%. Dalam masa terdekat nie kena berjaga-jaga untuk menyembur racun serangga kerana pucuk-pucuk daun jagung mula dimakan ulat. Setakat nie saya hanya guna racun jenis malathion + mancozeb. Lepas nie kena guna racun cypermethrin untuk bunuh ulat makan pucuk jagung.
Di bawah adalah gambar jagung honey jean yang berumur 3minggu
Wah rumput pun dah mula panjang.. Nak cabut tak larat nie. Nak kena upah orang lah lepas nie. Jagung nie terus cepat membesar setelah saya tabur baja gemuk 15.15.15. Lepas nie saya nak cuba letak baja urea pula setelah pokok berumur sebulan. Kita lihat nanti apa kesan pokok jagung nie. Pokok jagung honey jean nie memang perlahan masa mula-mula tanam. Bila dah berumur 2 minggu kita akan dapat lihat perubahan pokok yang cepat membesar. Mungkin lagi 2 minggu pokok jagung nie akan mula berbunga. Lihat perbezaan pokok jagung dalam gambar dibawah selang 8hari antara pokok besar dan kecil.
6. (1707) Sibuk sangat sekarang dengan aktiviti di kebun. Bulan ramadhan semakin hampir dan semua umat Islam akan berpuasa. Bulan puasa nie adalah satu cabaran yang besar bagi petani kerana terpaksa menahan dahaga bekerja dibawah cahaya matahari yang terik. Walaupun bekerja ditengah panas dan bermandi peluh, namun kewajipan berpuasa kenalah dilaksanakan juga. Saya harap tahun nie dapat menyempurnakan puasa penuh seperti tahun-tahun yang sudah.
Untuk post kali ini saya nak kongsi gambar pokok jagung honey jean saya yang semakin tinggi dan bunga jagung mula kelihatan di celah-celah pucuk daun jagung. Lagi seminggu bunga jagung akan keluar dan akan nampak penuh bunga jagung. Insya Allah saya akan kongsikan gambar tersebut dengan anda nanti.
Gambar dibawah adalah pokok jagung honey jean berumur sebulan:
Ketinggian Pokok 70cm
Peringkat 1
Peringkat 2
Jagung Dah Nak Berbunga
Jagung honey jean memang tak tinggi seperti jagung lain. Ketinggian pokok jagung honey jean adalah diantara 110cm hingga 150cm sahaja. Ketinggian pokok jagung dikira dari tanah hingga hujung bunga. Masa mula-mula tanam jagung honey jean nie saya terkejut sebab pokok jagung dah berbunga masa ketinggian pokok hanya 2kaki dari tanah.
7. (1907) Hari nie dah masuk 40 hari usia jagung honey jean kat kebun saya. Pokok jagung dah mula keluar bunga, jadi baja buah perlu ditabur kerana buah-buah jagung sudah mula terbentuk. Lepas nie lagi seminggu dah boleh petik jagung muda. Sempatlah makan jagung muda sebelum puasa. Petang tadi saya dah tabur 7kg baja buah jenis kuda singa 12.12.17.2+TE untuk 4000 pokok. Cukuplah letak sekali sebab pokok pun dah subur. Lepas nie cuma tunggu tuai hasil jer.
Baja Buah Kuda Singa (12.12.17.2+TE)
30 minit juga masa diambil untuk menabur baja ke pokok jagung. Laluan nak tabur sempit sikit sebab pokok dah besar dan tinggi. Masalah yang timbul sekarang cuma rumput punyalah tebal dan tak sempat nak cabut. Kena dulukan kerja yang lain terlebih dahulu. Pekerja part time pun tak sempat nak cabut. Hehe.
Jagung Dah Mula Berbunga
Dah macam tak ada laluan kat jagung tu. Nasib baik tanam atas batas. Kalau tak ada batas memang susahlah nak buat kerja. Selepas menuai jagung rakan saya akan bekerja mengambil batang jagung untuk memberi makan pada kambing dia. Di sini dah untung sebab tak perlu upah orang bersihkan. Sama-sama untung (win-win situation). Memang makan mewahlah kambing dia nanti. Hehe. Nak tengok kambing dia klik sini.
8. (2707) Tinggal hanya beberapa hari sahaja puasa akan menjelang. Alhamdulillah, banyak kerja siap mengikut perancangan. Cuma traktor pelau tanah je tak masuk lagi untuk pelau tanah dan buat batas. Dah hampir 3 minggu kat kawasan kebun tak mengalami hujan yang lebat. Kolam air hampir kering dan sukar nak siram pokok. Saya terpaksa tangguh menanam jagung untuk fasa ke 3. Terpaksalah tunggu hujan lebat baru boleh tanam.
Jagung fasa 1 dah mula mengeluarkan buah setelah pokok jagung berbunga. Umur pokok jagung fasa pertama adalah sebulan setengah. Ini bermakna lagi 2 minggu hasilnya bolehlah dituai. Cuaca yang terlalu panas menyebabkan buah jagung kurang cantik terbentuk. Mungkin disebabkan kurang siram air kerana saya terpaksa catu air untuk menyiram tanaman yang lain. Kalau lagi seminggu tak hujan memang bermasalahlah bagi pokok kat kebun saya. Harap esok lusa hujan akan turun…
Buah Jagung Manis
Gambar kat atas adalah buah jagung yang mula terbentuk. Terdapat 2 buah jagung pada pokok jagung tersebut. Apa yang perlu saya lakukan selepas ini adalah membuang salah satu buah jagung tersebut. Biasanya saya akan membuang buah yang kecil sebelah bawah. Jagung tersebut kita boleh jual sebagai jagung sayur seperti dikedai. Kenapa buang jagung kecil? Pasti anda tertanya-tanya. Mengikut kajian saya selama menanam jagung, buah yang kedua biasanya tidak jadi (isi rongak). Bila buah kedua dibuang, buah yang tinggal akan cepat membesar.
Pada peringkat pokok mula berbunga dan berbuah, kita tidak perlu risau pokok tumbang ditiup angin kerana akar pokok telah kuat. Jika pokok senget ditiup angin ia akan kembali tegak keesokan hari. Lihat gambar dibawah menunjukkan akar pokok jagung yang tumbuh.
Mungkin 10 ramadhan nie jagung honey jean saya boleh dituai. Kena makan masa berbukalah nanti. Hehe. Ok, setakat nie dahulu post saya. Jumpa lagi post yang akan datang..