28 Nov 2012

77. Kursus Masak

Pi kursus masak kat Chef Asma Culinary Studio pada 25 Nov 2012 kat Taman Putra Perdana. dari Kl guna freeway KL~Putrajaya dlm 25.9 km keseluruhan 43 km. Pi jam 0900 sampai 1000. Kelas mula 1018 dan habis masak 1600. Gerak balik jam 1740 sampai umah KL 1840. Talam Part 2. Bayaran RM190

Kengkawan yg hadir, tekun nampak!

Tu dia, chef!

21 Nov 2012

76. Ikan Masam Manis

Lauk kegemaran saya sejak dulu lagi. Senang je, golek dulu ikan dalam tepung jagung pastu goreng. Kemudian baru sediakan sosnya.
Bahan:
1 ekor ikan bawal/ siakap
2 sdm tepung jagung
3 sdm sos tomato
3 sdm sos cili
2 sdm sos hoisin cop Life
2 labu bawang besar 
3 ulas bawang putih 
2 in halia 
3 biji cili merah
1 sdm cuka

Cara:
1. Ikan dibersihkan, lumur tepung jagung dan goreng sampai garing. Tepikan.
2. Panaskan kuali, masuk 2 sdm minyak masak, tumis bawang putih, bawang  merah (dipotong bulat) dan halia. Bawang besar tak payah mayang halus. Bila naik bau, masukkan air kira2 satu mug. Kalau nak kuah banyak, bubuhlah lebih. Pastu biarkan mendidih  seketika.
3. Masukkan sos, kacau dan biarkan mendidih lagi. Masuk cili merah yang telah dipotong halus2 dan panjang2. Cuka last sekali. Siap!!!
Peringatan:
- Kalau kuah terlalu cair, bancuh satu sudu tepung jagung dan masukkan ke dalam sos sebelum ikan dimasukkan.
- Masukkan jugak buah tomato, carrot, nenas dan lada benggala (selepas menumis dan bubuh air). Daun bawang yang dipotong panjang2 dua inci pun elok dimasukkan sekali.

75. Mee Kari Melayu

Apabila bercerita pasal Mi Kari, korang tak payah kelentonglah. Saya ni memang terer dalam bab makan mi kari. Pantang jer dengar ada restoran jual Mi Kari, saya akan terjah!! Tapi maaf yer, sekarang tak lagi, tekak saya tak lalu dah nak makan kat luar, masak sendiri lagi baik
Tu dia, mi kari ketam
Bahan:
8 ulas bawang putih
4 biji buah keras
1 sdm belacan Maggi
1/4 cwn cili boh
1/2 cwn serbuk kari Babas
5 tangkai daun kari
4 btg serai
2 ekor ketam bunga
1 cwn pati santan
kerang (rebus dulu), mee kuning/ bihun, taugeh (jgn lupa celur)
daun bawang, daun sup, limau kasturi, bawang goreng

Cara:
1. Tumbuk bawang, buah keras dan belacan kemudian tumis hingga wangi
2. Masuk cili boh, kacau sampai garing. Masuk kari, daun kari, serai dan 1/2 cwn air masak hingga jadi pes.
3. Bila pes dah wangi, masuk ketam diikuti 2 cwn air, melegak masuk santan
4. Macam biasa garam ikut rasa.

18 Nov 2012

74. Allah Maha Besar



"BISMILLAHILLAZI LA YADURRU MA’ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI’UL ‘ALIM"

Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : “Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui” sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya”
(Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan – Teks doa berwarna Merah Syeikh Syuaib ; Hasan)

Ingin saya utarakan satu lagi doa sohih yang dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s (iaitu Siti Sarah) yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri, saya sertakan sekali sumber rujukannya dari hadis Nabi s.a.w.

DALAM SEBUTAN RUMI: 

"ALLAHUMMA IN KUNTA TA’LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA ‘ALA ZAWJI FALA TUSALLIT ‘ALAYYA AL-KAFIR WA AZ-ZALIM"

Ertinya: Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim”


(Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih)

Semoga ia dapat dihafaz dan di amalkan oleh semua wanita Muslimah, Cuma jangan lupa bahawa doa ini bersifat tawassul dengan amal soleh anda, iaitu apabila diikat dengan imannya dengan Allah s.w.t dan RasulNya dan telah dijaga kehormatannya dan sudah tentu auratnya.

Kemaqbulan doa ini juga diikat tentang kewajiban untuk beriman dengan Allah dan rasulNya dan menutup aurat anda. Tanpanya, doa ini masih amat digalakkan untuk dilakukan, cuma jaminan seolah-olah lebih pasti bagi yang apa yang dikatanya (dalam doa ini) menepati apa yang sebenarnya penampilan fizikal anda.

Jika berbaju kebaya terbelah, baju sendat menampakkan susuk tubuh, berpakaian nipis seolah telanjang, bersolek canggih seperti artis bukan Islam..sudah tentu doa ini sahaja belum cukup mampu menjaga anda. Bukan kerana Allah s.w.t tidak mampu, tetapi Allah s.w.t tidak anggap wanita itu layak dek kerana kedegilannya sendiri.
Fikirkanlah.

12 Nov 2012

73. Kuih Getas

Hari ni Isnin, teringin lak nak makan kuih getas. Kebetulan dah sampai kat pasar Cokit belilah kelapa parut putih RM1. Sampai rumah terus buat kuih ni. Nie salah satu kuih kegemaran saya. Baru arini dapat buat!!! Memang sedap gileer! Konfom jadik punye, tak caya buat dulu komen kemudian. kalau tak jadi tu, memang sah korang takdak semangat memasak kuih muih!!!
Bahan:
125 g tepung pulut
10 g tepung gandum
75 g kelapa parut
75 ml air
1/2 sdt garam halus

Cara:
1. Tuang air dan masukan garam dalam bekas adun
2. Masuk kelapa dulu dan sama ratakan dalam air, pastu masuklah tepung
3. Gaul macam biasa hingga jadi doh
4. Bahagikan kepada 12 bahagian, bulat bulatkan pastu leperkan
5. Goreng hingga kekuningan.

Sira:
40 g gula pasir, 25 ml (1.5 sdm) air - masak air dan gula hingga agak agak nampak bertali, masukan kuih yg digoreng tadi hingga bergula. Senang je!

Cuba....kalau tak menjadi kita masukkan dalam tong sampah....esok cuba lagi. Jangan mengeluh bila tak menjadi dan jangan blame saya. Insyaallah anda akan berjaya.

5 Nov 2012

72. Cucur Badak

Hari ini kita akan buat cucur badak pula. Resepinya sama macam kuih cik mek molek & kuih keria, cuma inti berbeza. Tujuan sama tapi cara berbeza gitu!!!
 Inti:
3b bawang merah 3b bawang putih 3b serai 1" halia 1/4" lengkuas 4sdm cili boh 1sdm serbuk kari daging 1sdt  serbuk kunyit 1sdt pes asam jawa 8sdm gula pasir 1.5sdt garam 1sdt ajinomoto 2b kelapa parut


Cara:
Blend halus bahanx
Masak macam biasa ikut cara masingx
Masukan sedikit minyak ke dalam kuali masuk bahanx kisar dan masak hingga kekuningan. masuk cili boh kari kunyit asam jawa dan biarkan seketika. masukan pula gula pasir garam dan perasa. akhir sekali masuk kelapa parut dan masak hingga sebati.
Bila dah kering, tutup api dan sejukkan
Bahan:
500g keledek
160g tepung gandum
2 sdm tepung kanji
1 sdt garam
Kupas guna peeler cepat dan mudah!!!
Cara:

Kupas keledek dan potong kecil untuk mudah masak
Rebus boleh, nak kukus lagi boleh
Rebus keledek.. tapi kalau boleh jangan ikut macam kat atas nie yerp airnya.. .. kalau kita nak kuih cucur badak senang dibentuk tanpa lembik dan banyak tepung... cukup sekadar merebusnya dengan air yang sedikit.. Kemudian rebus tu tak payah sampai empuk sangat2 sampai lembik. nanti kuih cucur badak anda keras sebab kena tambah banyak tepung masa menguli.so agak2 bila dia dah lembut je, terus angkat.

Tos dan sejuk dulu
Lenyek ketika masih panas pun boleh, sejuk pun boleh, ikut suka!

Masuk tepung gandum, tepung ubi dan garam
Gaul rata, jangan risau, memang akan lembik sedikit dan doh akan melekatx kat tangan
Nak tau tips memudahkan membentuknya tanpa melekat kat tangan???? Sediakan piring kecil berisi minyak masak... bubuh sedikit minyak kat kedua2 tapak tangan.ratakan... insyallah adunan takkan melekat lagi semasa membentuknya.... So buat bentuk melengkung kemudian masukkan inti tadi... kemudian tutup rapat2 dan kemas...bulatkan dia kembali...

 Ratakan sedikit tepung pada permukaan loyang untuk mengelakkan ianya melekat... Minyak yang kat tangan kita tu sebenarnya membantu juga melicinkan permukaan kuih ini... seronokkan?

Goreng dalam minyak yang betul2 panas..Kalau tak panas, nanti kuih anda akan menyerap banyak minyak! balik2 kan dia selalu supaya masak sekata dan tidak hangus.

Toskan kuih tadi menggunakan penapis....Dah siap pun... lehla dihidangkan untuk keluarga tersayang~cucur badak ...cucur badak.... 3= rm1... haha..inti banyak baru sedap.. hehe. =)

4 Nov 2012

71. Popia

Hari ni nak kongsi pula pelbagai jenis inti popia goreng. Tak tau yg mana sedap, belum cuba belum tahu kan? Nak tau cubalah sendiri!
Resepi1
intinya ni adalah gabungan sengkuang, carrot, kobis, daun bawang dan udang....carrot dan sengkuang parut halus, kobis cincang kecil...udang buang kulit dan cincang kecil...

tumis sikit bawang merah, putih dan halia yang telah ditumbuk lumat...masukkan udang serta sayuran...masak hingga kering...season dengan garam dan serbuk lada putih/hitam, gula dan perisa...ketepikan biar sejuk...

Resepi2
1. Bawang besar dan isi udang dicincang halus, kemudian timun dan carrot di hiris bentuk anak mancis, kira nipis-nipis lah, tauhu goreng di potong kecil bentuk kiub serta pukul telur sedikit menggunakan garpu.

2. Kemudian panaskan minyak dan tumis bawang besar tadi hingga layu, masukkan isi udang dan hirisan carrot, kacau sebati dan biarkan sebentar, selepas itu masukkan mix vegetable kacau lagi, di dalam kuali yang same, ketepikan semua bahan dan curahkan telur, biarkan telur masak dan hancurkan. Gaul sebati.

3. Akhir sekali masukkan tauhu dan tauge, sesuaikan rasa, masukkan garam dan lada sulah, pastikan inti popiah ini tidak mengandungi air, dan sejukkan sebelum digulung.

Resepi3
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih hingga harum, masukkan sos tiram dan isi udang, kacau rata.
Masukkan senkuang, lobak merah dan cili hiris, gaul rata dan tuang sedikit air jika perlu. Masukkan kicap cair dan taugeh, tambah secubit gula dan kacau hingga semua rata. Matikan api, angkat dan sejukkan.

Resepi4
1. Tumis bawang putih hingga wangi, masukkan tauhu, udang kering & serbuk kunyit.
2. Kemudian masukkan sengkuang & lobak merah yg telah disagat tadi.
3. Akhir sekali masukkan taugeh, garam & lada sulah secukup rasa.
4. Angkat dan biarkan sejuk sebentar.
5. Bentangkan kulit popia, letak inti dan gulung kemas. Untuk melekatkan hujungnya sapu dgn putih telur.
6. Gulung sehingga habis dan bolehlah digoreng hingga kekuningan.
7. Enak dimakan panas2, dicicah dgn sos cili @ boleh juga disapukan sos atas popia tadi dan ditabur dgn kacang/bawang goreng.

Sos:
3 sb cili kisar
2 ulas bawang putih (blend)
1 biji bawang besar (blend)
 Air asam jawa
Gula kabung/ nisan
garam
Bijan (sangai)

Cara: Masukkan semua bahan sos kecuali bijan ke dalam periuk, kacau hingga mendidih dan pekat kemudian taburkan bijan.  Selamat mencuba!