3 Nov 2013

86. Roti Budak Hitam

Asalamualaikum semua! Hari ni nak buat roti ni lak, selalu dok beli je kat Jusco. Roti ni memang sedap!

Roti Boy..Yummehh!! (14 biji)

Inti:
200g mentega
1/2 sdt esen vanilla
70g gula perang

Cara:
1. Pukul mentega dengan mixer pada kelajuan sederhana selama 3 minit.
2. Masukkan esen & gula perang. Pukul sebati. Ketepikan

Topping:
100g mentega
80g gula aising (@ gula pasir yg diblend)
2 biji telur gred B
1 sdm nescafe campur 1/2 sdm air panas
100g tepung gandum - ayak

Cara:
1. Putar mentega medium speed selama 5 minit.
2. Masuk telur, gula aising dan bancuhan Nescafe (bubuh semua air Nescafe tu tau, baru menggoda aroma dia).
3. Masuk tepung ke dalam adunan dan putar lagi pada kelajuan perlahan sehingga semua sebati. Ketepikan

Roti:
500g tepung berprotein tinggi (tepung roti) - diayak
1 sdt bread improver + 1 sdt bread softener (kalau xde, boleh ganti ngan shortening)
75g gula kastor
3 sdt yis kering
1 sdt garam
1 biji telur dipukul - guna garfu je
250 ml susu segar
60g mentega

Cara:
1. Gaul rata tepung, gula dan garam di dalam mangkuk. Masukkan yis, bread improver dan softener. Gaul rata.
2. Masukkan telur & susu segar. Gaul rata & mula uli doh
3. Masukkan mentega dan uli lagi sehingga doh kenyal dan tidak melekat di tangan selama 10- 15 minit @ hingga licin..
4. Rehatkn doh biar kembang. Pastu bahagikan doh ikut besar mana yg dikehendaki. Bulat2kan
5. Amik sebiji doh (dr Langkah 4) & leperkan ckit. Pastu masukkn inti dia. Tutup inti @ sealkan
6. Susun doh yg telah dibubuh inti di atas loyang pembakar yang telah digris dengan mentega. Jarakkan 1.5 inci antara satu sama lain.
7. Rehatkan selama 45 minit di tempat yg berhaba. Tutup bekas dan tutup lagi dgn tuala@ kain yg bersih supaya doh dapat haba..
8. Selepas 45 minit, paipkan topping di atas roti yg telah kembang tu
9. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170'C selama 15 minit atau bun keperangan. Letakkan loyang pd tingkat yg kedua @ tengah2.. SIAP!! enjoyyy!!

Ringkasan:
Tepung High Protein: 500g
Tepung Gandum: 100g
Mentega: 360g
Susu segar: 250 ml
Gula Perang: 70g
Gula Kastor: 75g
Gula aising: 80g
Telur gred B: 3
Nescafe: 2 sdm
Bread Improver: 1 sdt
Bread Softener: 1 sdt
Yis kering: 3 sdt
Garam: 1 sdt