8 Jan 2013

78. 11 Cara Makcik menjual Nasi Lemak untuk pusing Modal.


Direct to the point, ada 11 cara dan strategi menjual Nasi Lemak yang boleh dapat untung.

1. Delivery Order

a.    Iklan Ringkas. Anda perlu merekabentuk iklan ringkas bagi tujuan untuk pengedaran di kawasan anda sahaja. Dalam iklan tersebut, perlulah diterangkan mengenai servis penghantaran juadah pagi seperti Nasi Lemak, kuih muih dan sebagainya dalam masa 10 – 30 minit. Anda perlu sasarkan di setiap kawasan rumah anda dengan penghantaran serendah RM1.00 dan untuk kuih muih janganlah terlalu mahal berbanding dengan tempat lain. Sasarkan target hanya dikawasan anda dahulu. Pelbagaikan jenis Nasi Lemak anda dan yang paling penting sambal anda perlulah mempunyai 2 jenis untuk kepuasan pelanggan anda samada yang pedas, kurang pedas dan berperasa masam sedikit.

b.   Tetapkan Masa Penghantaran. Untuk kawasan kejiranan mungkin seawal 7 – 8 pagi sebab ini adalah masa yang sesuai untuk mereka yang keluar berkerja dan bagi mereka yang baru bangun tidur tetapi menghadapi masalah untuk keluar untuk sarapan. Sudah pasti dengan kehadiran anda akan memudahkan segala kemahuan pelanggan anda. Servis anda dalam bentuk SMS atau telefon. **** banyak lagi strategi yg boleh dilakukan**** 2B Con't....

Katanya lagi, dgn 11 cara itu dia boleh jual lebih dari 100 bungkus sebelum jam 1 tghari...


Satu cara yg menarik perhatian saya bagaimana dia boleh sampai 10 minit yg dijanjikan, memang tepat! Dia kata, esok sebelum penghantaran, petang ni dia survey dgn basikal jalan yg perlu dilalui.

Jadi, makcik tu survey jln short cutnya utk mudah dia sampai ke rumah setinggan, rumah teres dan flat yg berhampiran. Esoknya dia tidak perlu mencari jalan utk terus sampai kesitu.. maka pengantaran memang tip top! huh....


PENGIRAAN PERLU BETUL

Dalam perniagaan anda perlu mempunyai sasaran jika tidak segala apa yang anda usahakan akan menjadi sia-sia sebab ianya secara tidak langsung akan memotivasikan diri anda untuk mencapai sasaran tersebut. Setiap cara, anda perlu sasarkan 10 bungkus jualan dan jika dilihat dengan kemampuan anda tidak mustahil untuk menjual 10 bungkus untuk setiap strategi yang diberikan dan setiap strategi ini juga boleh melebihi 10 bungkus jualan jika anda lebih bertenaga dari saya, katanya..

10 bungkus setiap cara, bermakna anda berjaya menjual 110 bungkus dalam sehari, 110 x 5 hari utk yg fulltimelah (tolak sabtu & ahad) = RM550 (5 hari) x 4 = 2200 (sebulan) Ini hanya yang biasa-biasa saja, untung pun biasa juga tapi boleh melebihi 100 bungkus tidak sampai sehari.

2. Siang Malam Jaga Pintu

Saya pun pelik juga apa yg dimaksudkan dengan Siang Malam Jaga Pintu. Rupanya siang dan malam pun dia boleh dapat hasil dari cara tersebut. Sasaran yang dimaksudkan adalah JAGA a.k.a Security Guard. Dia buat macam ni, Dia saja saja sembang dengan orang tu, dia sembang time dekat dekat nak lunch tghari. Apa yang diborak pun saya tidak tahu cuma dia bagi saja iklan ringkas tadi, Iklan penghantaran Nasi Lemak untuk setiap JAGA. Headline, ORDER SAJA!

Betul juga, JAGA tidak perlu susah paya nak kuar, jln jauh untuk beli Nasi Lemak, dengan ORDER SAJA pakcik tu datang dgn motor tiga tayar untuk deliver pada semua JAGA di shoping complex, tukang jaga REST ROOM dan macam macam jenis JAGA.

Dengan cara yang kedua ni saja boleh melebihi 10 bungkus, fikir punya fikir saya rasa masuk akal juga caranya...


3. STRATEGI PETANG JUMAAT

Maksudnya, seperti biasa iklan yang mudah dan ringkas. Dia mengedarkan iklannya bukan seperti org lain tapi iklan diedarkan hanya pada petang jumaat bagi tujuan ALERT MINDA pada pembeli esok pagi.

Edarkan iklan untuk kawasan kejiranan, SAPA MAU ORDER NASI LEMAK esok pagi. Penghantaran Nasi Lemak panas sampai ke pintu dari jam 7 - 9 am. Malam sabtu, pelanggan sudah siap order by SMS dan TEL. Siap order berapa yang diaorg nak.

Esok pagi Makcik cuma hantar je...


4. Warung Kopi Kedai Mamak

Apa maksudnya makcik? Dia kata, guna cara ini pun boleh jual 50 bungkus dalam 2 - 3 jam. Bagaimana?

Makcik: Petang sebelum tu saya pergi tanya setiap warung kedai kopi, kedai mamak dan kedai yang berkaitan. Nak tak saya letak Nasi Lemak sambal 3 rasa kat kedai ini? Saya jual RM1, tuan kedai juallah dalam RM1.50 sen. 

Saya letak 10 bungkus, 3 bungkus lagi tuan kedai jual harga RM1.50 dan untungnya tuan kedai punya 100%. Tuan kedai angguk dan senyum tanda setuju. Kawasan deretan, pekan ada lebih kurang 10 warung. Makcik sudah letak 10 bungkus setiap warung, belum kira kedai mamak lagi.

Tuan kedai semua setuju, isi borang petang tu. Malam tu makcik sekeluarga masak, standby semuanya. Esok pagi tinggal hantar saja. Makcik balik umah tunggu sampai tghari. Selalunya 10 bungkus setiap kedai/warung abis!

Makcik tumpang je nak...tak bayar sewa pun...


"Tak pa, tak da masalah... sempat pakcik bercerita, kalau tak tau masak, discus dgn family, diaorg yang masak. Tugas kita cari market saja guna cara pakcik..

Nak cuba sendiri, tak da masalah juga sebab boleh cari resipi mana-mana sumber. Dalam berniaga ini katanya, tiada rahsia yang ada hanya RESIPI,CAYA dan TEKNIKNYA.

Semua org tahu cuma tak tahu mengimplimentasi saja..."


5. BANNER GANTUNG ~ Jika menjual di tepi jalan, perlu lakukan kelainan sedikit berbanding dengan jiran penjual nasi lemak.

a. Warung anda, letaklah sambal 3 rasa agar yang datang membeli boleh memilihnya, buat survey warung sebelah anda apa yang tidak dijual.

b. Ini jarang penjaja lakukan, gantung banner warna terang di warung anda. Letakkan service anda spt:
- Penghantaran nasi lemak jam 7 - 8 ( waktu berkerja), sabtu & ahad (8 - 9am)
- order by SMS, Telefon dan online (kawasan kejiranan anda)
- by offline, letakkan borang tempahan utk subscriber anda, jarang org buat tapi sangat efektif...

Jika nak save budget, guna kertas melukis, A3 size dan kreatif sedikit utk deco iklan anda. Selain tu, guna white board pun disarankan letaklah stand...

"Oh tidak, ia hanya nasi lemak biasa tidak kukus ataupun berempah ayam, yang menjadi kekuatannya ada pelbagai jenis sambal dan servis delivery.."

"Betul, kreatif sedikit pulangan berbaloi... boleh apply utk produk yg sesuai..."


4 perkara yang perlu diketahui apabila menjalankan bisnes Nasi Lemak.

1. Persediaan
2. Promosi
3. Pemasaran
4. Penghantaran

Gunakan Direct Response Advertising bagi memudahkan anda berkomunikasi dgn pelanggan..

"Mampukah anda hanya melihat sahaja orang lain menikmati nasi lemak terlazat di seksyen 18"


Lama juga makcik tu berehat, makcik tak jual nasi lemak lagi ke?

Urusan jual beli seperti biasa, Siang malam jaga pintu, delivery order, SMS order, warung mamak masih lancar dan banyak lagi kaedah jualan untuk pendapatan harian.

Sekarang bukan sahaja orang datang order nasi lemak tapi sampai ada yang ORDER RESIPI makcik, ada yang hairan macam mana boleh terjual nasi lemak sedangkan banyak lagi warung lain, gerai tepi jalan menjual produk yang sama. Ingat! warung harus ada 2, 3 sambal pilihan pembeli..

Jadi, makcik bukalah ruang sedikit dekat dapur untuk pengunjung yang ingin mengetahui resipi nasi lemak, dapur sudah ada, tempat menyediakan bahan semua sudah ada. Kos pun jimat juga, maka disamping order dari luar dan online SMS, kelas nasi lemak juga pun diajar juga. Tidaklah banyak sangat tapi pendapatan tu berterusan sebab, list resipi berbeza dengan balingan tangan masak terus rasa.. berbaloi memang berbaloi...


Agak lama tidak menyambung topik ini kerana agak sibuk mengendalikan bengkel http://speakconfidently.wordpress.com/ juga bengkel kecil-kecil akan datang termasuk 'Bengkel Nasi Lemak Makcik Pusing Modal'.

Ok, kita sambung lagi. Sedang makcik berdiri-diri di pintu pagar, kelihatan budak-budak bermain-main, lalu dipanggilnya untuk memberikan sesuatu.

Tip sesuai untuk hujung minggu saja.

Anak nak duit poket tak untuk simpan tabung? Ya, nak nak jawab mereka. Sini ada RM10. RM5 untuk tolong pakcik panggil orang diluar pagar, RM5 lagi upah anak untuk bawa balik bakul kosong ini nanti. Nak tak? Lagilah nak..

Tetuan yang sedang membaca, boleh bayangkan strategi yang makcik sedang buat cara halus? Kalau ya, sambung topik ini..

Ada banyak lagi strategi yang membuatkan muka makcik selalu terpampang depan penjual santan sehinggakan tukang parut santan terpaksa order buah kelapa tiap tiap minggu. Huh!

Sumber: http://www.wangcyber.com/forum/perniagaan-offline-konvensional/39610-11-cara-seorang-pakcik-menjual-nasi-lemak-untuk-pusing-modal-2.html#.UOugzOQUvqg